'Nia cuba ko tengok tu', Myra memuncungkan bibir. Nia berpaling. Tapi apa yang Myra dapat, Nia sekadar menjuihkan bibirnya. 'Agak2 la beb..kalau nak suggest pon biar la yang layak dipandang sikit. Ni macam Osman Kering ko tunjuk kat aku?', getus Nia membuatkan Myra dan Zita terkekek2. Si 'Osman Kering' sempat memandang gadis2 mongel yang sakan tergelak2 di hujung sudut kafeteria. Mungkin dia tau mereka menganjingnya tapi apa mereka peduli!
Nia tak pernah nak berubah. Semua orang dipandangnya rendah waima pensyarahnya sekalipun. Pernah sekali dia memerli seorang pensyarah kelasnya kerana memakai beg Gucci tiruan. Merah padam pensyarah tersebut.. Nia tak peduli. Dia bangga dilahirkan cantik dan dari keluarga yang serba mewah. Bagi mereka yang ada di depan matanya semuanya sampah! Sebagai medium untuk dipijak2!
Nia melihat Myra dan Zita berhenti gelak. Pandangan mereka tertumpu pada seorang jejaka yang baru sahaja memasuki ruang legar kafeteria tersebut. 'Nia ko tak nak test mamat ni ke?', Zita mencelah. Nia sekadar tersengih. 'Apa habuan aku dapat?' Myra dan Zita berpandangan. 'Ko nak apa?' Myra memandang mamat tu sekali lagi. 'Sebab budak ni quiet looking good, aku terima setin koka kola je. Amacam?', Nia seperti biasa menganjing, Myra dan Zita tak mampu berkata apa2. Mamat ni hanya untuk setin koka kola? Ai penat mak ko lahirkan ko. Tak berbaloi langsung!
Nia menjalankan tugasnya. Baginya tempoh sebulan yang kawan2nya berikan itu terlalu lama. Padanya cukuplah seminggu untuk dia 'jatuhkan' mamat tersebut. Itulah rutin yang Nia lakukan, memainkan perasaan setiap lelaki. Padanya itu menyeronokkan apabila melihat lelaki sanggup menggadai maruah, menjadi hamba kepada wanita serba sempurna seperti dirinya..berhabis wang ringgit. Nia tahu dia punyai misi, dan dia cuba selesaikan sebelum tiba harinya. 'Lelaki semua sama', bisik hatinya.
'Takpe saya bayar, lagipun saya nak pecah duit', ujar Nia membuatkan mamat tersebut terpinga2 sewaktu beratur di kaunter pembayaran. Nia sekadar membalas senyuman. Mamat tersebut kelihatan tidak keruan sambil menyeluk2 saku seluarnya. 'Err..Cik..'
'Nia! Just called me Nia', mereka berdua berjabat tangan. 'Macam ni, kalau saya ada duit tukar..saya pulangkan pada awak balik ye?', ujar mamat tersebut yang dikenalinya sebagai Daim. Daim? Eww kampungnya. 'It's ok. Tapi kalau awak nak repay me back, why not you treat me lunch after class?', Nia mula memasang umpan. Dilihatnya Daim tersenyum lega.. Puas? Atau gembira dapat keluar makan dengan wanita secantiknya? Dia peduli apa janji kerjanya selesai. Nia sempat mengerling ke arah dua orang kawannya tadi sambil membuat muka. Kawan2nya lantas menekup mulut menahan gelak. Apa la nasib si mamat tu ye?
Sudah 2 minggu Nia bersama Daim. Dilihatnya Daim sedikit berbeza dari kebanyakan lelaki yang dikenalinya sebelum ini. Tiada kata2 manis, tiada pujuk rayu. Kehidupan lelaki ni pasif sahaja. Tidak langsung menunjukkan perasaan teruja terhadap dirinya. Nia seolah2 menemui jalan buntu, tapi bukan semudah itu untuk dia mengaku kalah. Lelaki ini lebih kental dari jangkaannya. Tetapi adakalanya dirinya juga turut terhibur kerana Daim pandai berjenaka kerana sedikit sebanyak menghiburkan hatinya, tahu apa kegemarannya, tidak pernah merungut dan sangat penyabar. Apa yang Nia boleh katakan Daim seorang lelaki yang baik. Tapi dia sekeras2nya menafikan perasaan hatinya yang cintanya sudah mula berputik.
Tetapi kejadian semalam benar2 merenggut jiwa kewanitaannya. Nia hampir kemalangan apabila sebuah kereta yang dipecut laju hampir2 melanggarnya tetapi kerana Daim berada tidak jauh darinya, Daim sempat menolaknya ke seberang jalan menyebabkan Daim menerima akibat buruk. Daim kini berada di wad kecemasan apabila tulang kakinya patah 3 manakala tangan kirinya retak. Nia termenung, menemani Daim di sisi katil. Dia sendiri keliru kenapa Daim sanggup membahayakan dirinya sendiri sedangkan dia tahu pengorbanan yang dilakukan Daim langsung tidak berbaloi untuk wanita sepertinya. Mengalir juga air matanya di sisi Daim yang masih tidak sedarkan diri. Kalau lah Daim tahu..
Pernah suatu ketika Nia berhasrat untuk menyelami hati Daim. 'Awak tak suka saya ye?', Nia cuba memancing dengan soalan. Daim masih kaku..terus melemparkan pandangan sejauh mungkin. 'Kenapa awak tanya?', Daim membalas namun Nia sekadar menjungkit bahu. 'Awak..Saya tak perlu mencari cinta dan cinta bukan sesuatu yang perlu dicari. Ia datang dengan sendiri. Jika kita ikhlas, kita boleh rasakan kehadirannya. Apa yang patut kita lakukan..serahkan cinta kita pada Al Walid, pasti Dia akan bukakan seluruh pintu cintaNya kepada kita kembali', singkat tetapi begitu dalam maknanya. Ikhlas.. ye, itulah perkataan yang pernah dibuang dalam kamus hidupnya dahulu yang kini diperingatkan Daim kembali.
Daim benar2 telah meruntuhkan tembok egonya, meracik2 jiwa kewanitaannya sehingga Nia merasakan dirinya begitu hina di sisi Daim. Terhumban ke dalam lohong yang amat dalam, ditelan nafsu dan sikapnya yang selama ini diagung2kannya. 'Awak.. maafkan Nia. Nia banyak berbuat salah pada awak. Andai awak dengar apa yang Nia katakan ni.. Nia nak awak tahu yang Nia benar2 menyintai awak!', Nia melafazkan kata2nya ditemani tubuh Daim yang masih kaku tidak sedarkan diri. Nia tahu yang kata2nya hanya sia2..tapi dia puas. Dia benar2 berharap saat itu Daim mendengar luahan hatinya dan sudi menerimanya sebagai kekasih. Padanya Daim terlalu baik untuk dilepaskan dari sangkar hatinya. Ya! Nia kini akur yang dia menyintai Daim akhirnya.
Hari yang dinanti2kan kini tiba. Myra dan Zita turut mengikut Nia untuk mengambil Daim di hospital kerana Daim sudah boleh mulai pulang hari ini. Kegembiraan di wajah Nia jelas terpancar, Myra dan Zita juga turut perasan akan perubahan sikap Nia. Apa yang boleh mereka katakan..mereka turut gembira melihat Nia sekarang. Sesampainya mereka di sana, Nia mendapati katil Daim kosong, sudah dikemaskan. Nia menghampiri kaunter bertanyakan mengenai Daim. Jururawat yang bertugas memaklumkan yang Daim baru beredar dan meninggalkan sepucuk surat beserta setin koka kola untuknya.
'Sekiranya awak menerima surat ini, bermakna saya sudah tiada lagi di sini. Apa2 pun saya mengucapkan terima kasih kerana selama ini awak sudi menemani saya kemana2. Rasanya tak berbaloi untuk awak menghabiskan masa seumur hidup bersama saya semata2 untuk setin koka kola. Ingatlah awak, cinta tak perlu dicari, ia datang dengan sendiri. Andaikata permulaan cerita cinta kita baik, saya pasti kesudahan kisah kita takkan begini. Inilah wak..apa yang saya maksudkan cinta'
Nia terjelopok ke lantai. Dia menangis semahu mahunya. Kini dia mengerti yang cintanya pada Daim hanya untuk setin koka kola semata2. Tidak lebih dari itu. Daim pula terus menghilang tanpa jejak..setelah dia membuka hati Nia untuk mengenal erti cinta sebenarnya dan membawa sekali cinta koka kola Nia pergi bersamanya.
P/s : Sekiranya kita ikhlas..kita akan dapat penyudahan yang baik insyaAllah
38 Comments
wuwuuwuuu! nangis! tu lar Nia.=.=
ReplyDeletehadooi..haha..
ReplyDeletesedihhhhhhhh . nak nanis ah cmni *__*
ReplyDeletealaaaaa asal cite nih sedehhh uwaaaaaaaaaaaa ='(
ReplyDeletealaaaaaaa friday ni xmo yang shesedeyy
ReplyDeleteaaaaaa nape perlu sad ending? :((
ReplyDeleteluv,
cik ana
alahhhh dah xlei dahhhh kuar msg ni dahh..
ReplyDeleteShoutbox limit of 60 posts per hour reached.
Please try again in the next hour.
This shoutbox version is Basic and can accept up to 60 posts per hour only.
follow2.....follow balik eyhh .....nak smiley tuuuuuu :((
ReplyDeleteas salam...tu lah...nasib koka kola bukan koala bear...lagi senduuu...uhuhuhu
ReplyDeleteIkhlas dari hati..
Yang Ikhlas : sepetkuku..weee!
sekali sekala sad ending...
ReplyDeletejgn dibakornye blog nih sudah...huhu
pengajaran..mesti nia da taubat tak nak minum koka kola lagi..hehehe
ReplyDeleteokay.. :)
ReplyDeletelepas ni mungkin setin pepsi pulak...nice cerita ni !
ReplyDeleteala..tak ensem la buat citer sedih..sob sob sob..huwaaa..[sambil lap air mata]
ReplyDeleteheh! sad ending! huhu
ReplyDeletesedih,nak nangis.aduhh
ReplyDeletecerita ini best boleh meruntun jiwa.kehkeh
moral yg bagus.
ReplyDeletelike this entry ^^
cantik laaa gambar tu...payung tu colour memang terbaik...
ReplyDeleteA'aa la; lama aku tenung payung tu :)
ReplyDeletecinta ku 100%...ngeee...
ReplyDeleteOk..penyudahan yang baik.. :)
ReplyDelete*Thumbs up*
alalaa ... Dah macam hari sedih sedunia je baca cerita desih :'(
ReplyDeleteEndingnya menyedihkan ya sahabat...
ReplyDeletekalau dari mula lagi katanya ikhlas kan senang....................................................................
ReplyDeletetragisnya....huuuuuuuuuuuu
ReplyDeleteadoiii.. pnjang nye..x sampai nak bace..bru tgh dah hbi skotak tisu..huhu..
ReplyDeletemacam mana Daim boleh tau pasal rancangan Nia tu? siapa bocor rahsia? cer citer cer citer. jeng jeng jeng !!!
ReplyDeletesedih ke???
ReplyDeletetak sedih la...
adil la tu...
sdh plak.. tp gmba tu cntik
ReplyDeleteIkhlas... =')
ReplyDeletefull of moral..
ReplyDeletep/s: sila sambung .sekian..hee!
alahai sedih la plak...
ReplyDeletepeh...tak sangka ko ni jiwang juga kdg2...best stori...suka...ending yg buatkn org tertanya2 dan mengalir air mata...huhuhuhu...
ReplyDeletesedihnya.~
ReplyDeletepndai lua wat cite koka kola :) amat jaiwa gak lu nih.. :)
ReplyDeletesedihlah citer ni. sob..sob..
ReplyDeletepandai jugk kamu buat cter...cm crita syurga cinta da :D
ReplyDeletemaksud yg mendalam :)
ReplyDelete