Assalamualaikum,
Hari ni apa kata kita berkongsi ilmu, yela aku tau ada antara korang yang arif mengenai perkara ni dan ada gak yang tak tau apa sebenarnya hijab tu. Aku ni sebenarnya baru balik dari tengok Al-Hijab, cerita yang menarik. Tetapi kalau sesiapa yang lemah jantung mahupun tenaga batin, takyah la tengok. Memang horror penuh kejutan!
Ok2 berbalik pada tajuk asal, aku sebenarnya ada diberitahu pasal hijab ni masa sekolah dulu. So apa yang aku akan sampaikan ni, harap sedikit sebanyak dapat bantu korang memahami apa hijab pandangan sebenarnya dan sekiranya ada percanggahan pendapat, aku harap pada mereka yang lebih arif sudi untuk berkongsi ilmu :)
Menurut para ahli Tasawuf, hijab bermaksud tirai yang mendindingi di antara hamba dengan Allah, sehingga seorang hamba menjadi terhalang dalam memandangNya. Dalam hal ini Syekh Abdul Qadir Al Jailani ra. menegaskan pengertian hijab adalah : “Tabir yang menutupi pandangan atau penglihatan manusia”. Secara spesifiknya hijab yang dimaksudkan adalah menutupi pandangan mata hati. Ertinya, apabila hijab menyelimuti hati seseorang, maka mata hatinya menjadi buta, dan ketika seseorang buta mata hatinya, ia tidak mampu menyaksikan hakikat sesuatu, kerana kemampuannya hanya terbatas pada pandangan yang lahiriah semata2.
Rasulullah pernah bertanya kepada Jibril, “Hai Jibril pernahkah kamu melihat Allah?” Jawab Jibril, “Bahawa di antara aku dan Allah ada 79 hijab yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Allah ada 71 lapisan hijab dari cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangnya.”
Aku pernah diberitahu yang pandangan kita terdiri daripada beberapa hijab. Sekiranya terbuka hijab pandangan yang paling luar, kita berupaya melihat alam jin, kemudian alam roh, malaikat, syurga neraka dan seterusnya Allah swt mengikut peringkat2 hijab yang telah ditetapkan. Hijab kita banyak..bukan selapis dua. Lapisan2 hijab terbuka bergantung kepada hati kita. Tetapi ada kalanya hijab terbuka sejak dari lahir lagi, ada di antara kita yang dianugerahkan untuk melihat alam jin. Samada itu satu anugerah atau tak.. terpulang pada individu itu sendiri untuk menilainya.
Dulu pernah kawan aku mengatakan dia ada kebolehan melihat jin, tetapi cuma nampak dalam bentuk warna sahaja dari warna putih sehingga warna hitam. Dia mengatakan jin juga seperti askar, berpangkat2. Sekiranya putih prebet diikuti warna2 lain dan hitam adalah ketua angkatan tentera. Tak semua antara kita berkebolehan sedemikian. Itu menandakan samada hijab paling luarnya terbuka akibat hatinya yang bersih atau sebab Allah telah tentukan semenjak azali lagi. Andai korang pernah ternampak alam ghaib sekali sekala..itu bermakna hijab korang paling luar sangat nipis.
Aku juga pernah dengar kaedah2 untuk melihat alam ghaib seperti menngunakan tahi mata anjing la, sapu mata dengan air mandian jenazah la dan macam2 lagi. Samada itu betul atau tak, aku sendiri tak dapat pastikan lagi tetapi sekiranya betul.. itu cuma bersifat sementara. Lebih baik kita tak lakukan macamtu sekiranya kita tak bersedia lebih2 lagi kita tidak punya sebab yang kukuh untuk berbuat demikian
Tak hairanlah rasulullah dicuci hatinya terlebih dahulu sebelum diangkat naik ke langit yang 7 sewaktu Isra' Mikraj. Hijab2nya telah dibuka untuk melihat lautan hakikat dan zat Allah. Para wali2, para anbiya' dan solihin juga begitu. Boleh la dikatakan lapisan2 hijab ini bergantung pada sejauh manakah tawaduq dan istiqamahnya hati kita..kecintaan kita terhadap Allah swt.
So percayalah yang pandangan kita sebenarnya terhijab dari melihat Allah secara terus. Cukuplah bukti2 yang ada disekeliling kita..apakah kita masih tak nampak bukti2 yang ada atau kita terus2san menafikannya kekuasaan Allah?Tepuk dada tanya iman masing2 ye :)
P/s : Hijab terakhir akan dibuka sewaktu melihat Allah di syurga kelak. Wallahua'lam
46 Comments
Al-Hijab arahan Pierre Andre tu ke?
ReplyDeleteRasanya apa yg Allah dah bagi dah cukup sempurna dah..
kalau movie al hijab tu hari tu tengok poster dah takut...
ReplyDeletehurm... apa yang telah Allah beri sudah terbaik... tak perlu la nak mengamalkan apa2 untuk memandang dunia lain itu... kadang2 kita rasa kita kuat, padahal kita x kuat...
hati adalah tempat yang paling penting dalam diri seseorang... jika rosak daging ini, maka rosaklah keseluruhannya.. berilah maknan dan zat2 untuk hati dengan zikir dan ingat Allah... :)
begitu mulia junjungan Nabi S.A.W.... hati nya suci dan bersih..:)
hijab itu adalah penutup yang melindungi sebahagian kawasan dari pandangan... terbukanya hijab, maka terpamer lah kawasan yang satu lagi... x pandai sangat tentang nih... tapi thanks for da info..:)
entri yang . teruskan
ReplyDeletemungkin 1 kelebihan kpd mereka yang di bukakan hijab untuk melihat makhluk di alam lain.
ReplyDeleteHanya insan terpilih sahaja yang ada kelebihan ini. allah knows the best. Sebab, tak smua orang kuat untuk melihat benda-benda halus ni..
SAYA TIDAK ARIF TENTANG HAL INI TETAPI SEKADAR MEMBACA UNTUK MENAMBAH ILMU..
ReplyDeletep/s:kadan2 saya terbaca nama ablog anda dengan nama aflin shauki..maaf ye jika silap ..susah juga nak sebut nama blog ini..
lelaki pakai hijab gop ke bro ...
ReplyDeleteingat hijab tuu tudungg, huhu .
ReplyDeletemmm menakutkan jaalaa bab bab alam ghaib nihh -_-'
the best bro!! kih3 ;P
ReplyDeletelihatlah dengan mata hati pasti terbuka hijab...
ReplyDeletekalau kita boleh nampak benda2 ghaib tuh...sekarang nih pun dah leh pengsan rasanye...
ReplyDeletesebab tuh sebelum tidor kita digalakkan mengibas2 tempat tidur terlebih dahulu...sbb ada jin tumpang tidur...
jgn biarkn makanan trdedah...nnti jin akan jilat..huhu
masuk tandas kene baca doa...setan suka melepak dlm tandas...
kita hidup di dunia nih brkongsi dgn makhluk ghaib ciptaan Tuhan sebenarnya...
menngunakan tahi mata anjing la, sapu mata dengan air mandian jenazah la dan macam2 lagi (seram oi zal..)
ReplyDeleteentry yg sgt menarik..^^
ReplyDeletelecturer zeeqa kata kalau jin hitam tu maknanya jim kafir. jin putih tu jin Islam. takkan jin hitam berpangkat tinggi pulak ek? wallahualam..
ReplyDeletelike2 n3 nie :)
ReplyDeletezeeqa - sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia :) wallahua'lam :)
ReplyDeleteassalam.
ReplyDeleteeya penah dgr tp x la sedetail yg awak bg taw nie...
tq for sharing...
pa yg Allah anugerahkn tue mmg yg terbaek wat kita...
sma2 la kita mencari keredhaanNya....
nice sharing bro... like!
ReplyDeletecm nak g tgk je...bru je sembang benda2 macam2 ni.
ReplyDeleteada kawan dia boleh nampak juga makhluk halus. lagi pulak dia kje dekat hospital..mcm2 dia boleh nampak..tunang kaki dia kne tarik hantu pun dia nampak...
cuak gak cmni...
kalau takde hijab antara dunia kita dgn dunia ghaib, apa la agaknya akan berlaku.hidup dalam ketakutan mungkin.bagus pengertian hijab yang dinyatakan dlm entry ni,sblm ni xpnh taw pun...:)
ReplyDeletesesiape yang dapat tgok dengan mate kasar, satu kelebihan buat mereka..aiN ade mengetahui seorang ustazah di sini yang terkenal dengan perubatan islam nyer..dapat melihat syaitan, jin, disekeliling..dier kene betol2 azan maghrib..syaitan lari bertempiaran mendengar azan..memang satu kelebihan buat dier..
ReplyDeletep/s : thanx apzal!!~~the best in the world..huhu..pertanyaan saye sudah kamOo jawab..=)..
bagi sy , biarlah terhijab sampai bila2 dr ternampak alam ghaib ni..hehe ;)
ReplyDeletebagus afzal...dapat wt entri cmni..hehehe...
ReplyDeletect xbpe nk phm..klau adew something yang mudah sbg contoh mungkin ct ley phm..a
pepon ct xnk tgk jin, ct nk tgk tuhan kat syurga nanti :)
terima ape saje anugerahnye yang dikurniakan oleh Allah swt.
ReplyDeletepernah juga ade pengalaman bersama kwn macam ni..naek seram jugak bile semua tempat die nampak golongan paranormal ni..
setiap sesuatu ade kebaikan dan keburukan
mcm beshh je!
ReplyDeleteterima kasih perkongsian ni.
ReplyDeletenice info.. syukron.
ReplyDeletetima kaseh berkongsi ye . nice entri nie :)
ReplyDeletesuka entry ini..
ReplyDeletethis is best bro ;)
ReplyDeleteramai yg ingt HIJAB tu utk tudung..
rupenye ade pengertian lain..
dahsyat gak idea pierre..
nasib baik ALLAH wujudkan HIJAB antara alam kita dgn alam lain..
kalo x,masyallah tak tahulah cane..
luv,
cik ana :)
ingat hijab tuu tudungg, huhu
ReplyDeletenice sharing bro... like!
ni wat entry sbb nk tau mksud hijab.. klu x msti ingt tudung je :P
ReplyDeleteterima kasih ats perkongsian yang sgt brmanfaat..syukur dgn nikmt penglihatn yg telah Allah berikan..Alhamdulillah....
ReplyDeletehijab mcm cite pierre andre tu x lebih mcm org yang kena buatan org blh nmpak benda2@ makhluk halus..klu betul hijab dia dh terbukak sepatutnya dia blh nmpak makhluk lain di sekeliling bukan hanya satu jenis hantu yg kerjanya hanya mengekori..
ReplyDeleteSaya ad kisah. Kawan saya ni jenis kata boleh nampak makhluk halus. Nak jadi cerita suatu hari berlaku kes rasuk di asrama. ustaz kami yg pakar mengubatinya dan seleesaikan kes rasuk. Ustaz menerangkan jin yg menyerupai makhluk bengis sedang menggangu. Rakan saya yg duduk dibelakang pula berkata nampak jin wanita berwajah cantik mengganggu yg dirasuk tersebut.
DeleteSo kesimpulannya sesapa sahaja boleh claim nampak makhluk halus yg orang lain x nampak sebab tiada saksi kedua.
Jika saya claim saya nampak jin lelaki , sapa boleh nafikan ? Allahualam...
Maha Suci Allah Ta'ala..Pemerintah segala yang di langit dan bumi...kita hanyalah hamba-hambaNya yang tiada apa2...
ReplyDeleteSalam..btl kata ko, hijab terbuka ni, bergantung kepada individu itu sendiri. DAn mcm mana cara kita nak menghargai anugerah itu. Mcm aku, semua terjadi masa umr 18. Hijab ada banyak lapisan. Hijab yg akan plg awal terbuka, adalah antara alam kita dan alam jin.
ReplyDeleteHuhu~ Ni ker? Saya tak tahu pun. Saya baru jer tulis entri di blog berkaitan perkara ini...
ReplyDeletehttp://tintanurish.blogspot.com/2013/04/nampak-hantu.html
Moga Allah ampunkan dosa saya..:(
As salam. Memang agak menakutkn bila kita dpt melihat makhluk2 ciptaan Allah swt yg halus ni. Bila saja ia boleh terlihat sama ada kita rela atau tidak. Ada juga yg dpt merasakn kehadiran makhluk2 ini berhampiran dan dpt merasai sedang si perhatikan. Bulu roma juga sering naik bila pd masa2 trtentu. Bagi manusia yg biasa ini..yg x ketahui hijapnya telah terbuka..ia adalah pengalaman yg menguji kekuatan dalaman kita. Sesungguhnya pemberian Allah swt itu pasti ada sebabbya dan hikmahnya..cuma kita xtahu bila kita memerlukannya.. Wallahualam.
ReplyDeleteHijab.. mmg ade dua maksud.. maksud tersurat.. tudung.. maksud tersirat.. pembukaan tirai halangan pandangan dimana ia tersangatlah banyak lapisannya.. apabila ia terjadi.. tidak pasti ia adalah anugerah ataupun penarikan nikmat pancaindera dari segi hijab pandangan.. terpulang kepada individu utk menilainya.. apa2 pun.. kepada mereka yg mempunyai kebolehan ini.. tahniah kerana anda mempunyai anugerah tersebut...
ReplyDeleteAs Salam ..
ReplyDeleteKalo Nk Di Ikutkan Memang Menakutkan Bila Pertama Kali Hijab Terbuka ..Terasa Diri Mcm Tak Normal .. Mcm-2 Benda Pelik Yg Akan Nampak .. Ada Yg 1mata La , Bertanduk , Muncung Panjang , Bdn Berduri , Mengesot Dan Mcm-2 Lg .. Biasa La Jin Mcm-2 Rupa .. Tapi Lama Kelamaan Akan Terbiasa Jugak .. Anugerah Yg D'beri Pasti Ada Sebab D'sebaliknya .. Hanya Ini Saja Yg Dpt Sye Kongsikan .. Sye Kongsi Sbb Sye Dh Alami Nya ..
As Salam ..
ReplyDeleteKalo Nk Di Ikutkan Memang Menakutkan Bila Pertama Kali Hijab Terbuka ..Terasa Diri Mcm Tak Normal .. Mcm-2 Benda Pelik Yg Akan Nampak .. Ada Yg 1mata La , Bertanduk , Muncung Panjang , Bdn Berduri , Mengesot Dan Mcm-2 Lg .. Biasa La Jin Mcm-2 Rupa .. Tapi Lama Kelamaan Akan Terbiasa Jugak .. Anugerah Yg D'beri Pasti Ada Sebab D'sebaliknya .. Hanya Ini Saja Yg Dpt Sye Kongsikan .. Sye Kongsi Sbb Sye Dh Alami Nya ..
As Salam ..
ReplyDeleteKalo Nk Di Ikutkan Memang Menakutkan Bila Pertama Kali Hijab Terbuka ..Terasa Diri Mcm Tak Normal .. Mcm-2 Benda Pelik Yg Akan Nampak .. Ada Yg 1mata La , Bertanduk , Muncung Panjang , Bdn Berduri , Mengesot Dan Mcm-2 Lg .. Biasa La Jin Mcm-2 Rupa .. Tapi Lama Kelamaan Akan Terbiasa Jugak .. Anugerah Yg D'beri Pasti Ada Sebab D'sebaliknya .. Hanya Ini Saja Yg Dpt Sye Kongsikan .. Sye Kongsi Sbb Sye Dh Alami Nya ..
As Salam ..
ReplyDeleteKalo Nk Di Ikutkan Memang Menakutkan Bila Pertama Kali Hijab Terbuka ..Terasa Diri Mcm Tak Normal .. Mcm-2 Benda Pelik Yg Akan Nampak .. Ada Yg 1mata La , Bertanduk , Muncung Panjang , Bdn Berduri , Mengesot Dan Mcm-2 Lg .. Biasa La Jin Mcm-2 Rupa .. Tapi Lama Kelamaan Akan Terbiasa Jugak .. Anugerah Yg D'beri Pasti Ada Sebab D'sebaliknya .. Hanya Ini Saja Yg Dpt Sye Kongsikan .. Sye Kongsi Sbb Sye Dh Alami Nya ..
Hello there! This article could not be written much better!
ReplyDeleteáo lớp
http://ksvadl.com/khach-san-ha-noi
http://anhngubingo.com/su-kien-bingo
Sư trụ trì
alhamdulillah, dapat hijab tebal, tak pernah dengar, tak pernah lihat, tak pernah disentuh..tak pernah bersemuka dalam apa jua cara dengan makhluk Allah yang itu, walaupun beberapa kali duduk di tempat yang sama dengan 'mangsa2'..tak pernah dan tak hingin..kalau orang kata hati kurang bersih, sebab tuu tak terbuka hijab pun..lantaklah...bagi aku, ini nikmat..
ReplyDeleteAda ke orang yang boleh bukakan hijap mata.. Saya nak buka.. Nak cakap apa cakaplah, saya nak buka.. Kalau ada yg berkebolehan untuk buka, sy nak buka
ReplyDelete