'> Perubahan Maal Hijrah Pada Aku.. | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Sunday, November 27, 2011

Perubahan Maal Hijrah Pada Aku..

Assalamualaikum,

Salam Maal Hijrah kepada semua muslimin dan muslimat seluruh dunia. Tahun baru dalam kalendar Islam di mana penghijrahan Nabi Muhammad dan umatnya yang akur dari Kota Mekah ke Madinah Muqarramah. Penghijrahan yang membawa seribu perubahan dan kebaikan di dalam sejarah perkembangan syiar Islam yang lebih meluas.

Sebut pasal perubahan, dalam kita umat Islam sibuk2 menanam azam baru untuk menjadi lebih baik.. ada juga kawan2 aku yang masih tak tau hala tuju dirinya. Semalam dalam sibuk2 orang mengucapkan salam Hijrah, terselit gak post yang menarik minat aku. Ada seorang kawan yang bangga mengulangi aktiviti lamanya mencucuk langit setelah sekian lama ditinggalkannya. Oh hebat! Yela aku anggap macam senaman la, cuma dilakukan pada waktu malam. Tahu asas menari sudah cukup, muzik yang kuat dan berpakaian sedikit seksi dan bercampur lelaki perempuan di dalam sebuah premis.

Aku kagum dan cemburu sebab aku tak mampu lakukan itu seumur hidup aku. Aku hilang separuh hidup aku kerana tak merokok. Aku bazirkan masa muda aku kerana tak minum arak. Kenapa aku dilarang meliar dan berbuat jahat? Rugikan aku? Sebab dulu kecik2 aku diajar tidak melakukan sedemikian. Jahatnya cikgu2 aku.. dengkinya ustaz dan ustazah yang mengajar aku dulu. Kenapa aku tak boleh berubah ke arah itu seperti mereka yang lain? Pasti seronok kan?


Aku akui.. setelah roh aku melafazkan taqliq sewaktu di luh mahfuz dulu, berjanji untuk beriman kepadaNya, aku dilarang untuk berbuat demikian. Jiwa, udara dan apa yang ada pada aku sekarang..semua adalah milikNya. Aku pilih Islam dengan rela hati jadi perlukah aku merungut dan menyesal kerana aku tak mampu berubah dan melakukan sesuatu yang dilarang? Aku sedar aku dilahirkan Islam tanpa syarat.. tak seperti apa yang Rasulullah dan umat terdahulu lakukan. Terpaksa berperang menyabung nyawa semata2 demi meneruskan kelangsungan syiar Islam untuk umat2 baginda hari ini.

Tepuk dada tanya iman. Fikirlah sejenak. Kita boleh berubah.. tapi perubahan seperti mana yang kita mahukan. Jika kau bangga dengan nikmat dunia yang sementara ini.. maknanya ko menolak nikmat syurga yang hakiki. Aku pun bukan seorang yang baik.. tapi aku berazam dari tahun ke tahun agar aku akan terus memperbaiki dan muhasabah diri menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya hatta sekelumit zarah sekalipun.

Berhijrahlah kawan2.. berhijrahlah ke suatu fasa yang diredhaiNya. Salam Maal Hijrah dari aku Afzalsukasuki

33 comments:

  1. Salam Maal Hijrah juga untuk Afzal..Insya'Allah semoga kita sama-sama berhijrah kepada yang lebih baik.

    P/s : Afzal, bila awak nk berhijrah status? :P

    ReplyDelete
  2. Salam Maal Hijrah. Semoga diperlindungkan drpd syaitan yg direjam.

    ReplyDelete
  3. xsangka ko nie berjiwa kental tuk berjihad ke arah yg lbey baek..moga dipermudahkan..insyAAllah..

    ReplyDelete
  4. assalamuaalaikum....moga azam untuk berubah bukan sekadar angan2...

    ReplyDelete
  5. Salam Maal Hijrah 1433H. Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijrah menjadi lebih baik dari sebelum ini.
    Amin…

    ReplyDelete
  6. salam maal hijtah bro..sama2 kita lakukan penghijrahan

    ReplyDelete
  7. Salam Maal Hijrah Afzal..Banyak kenangan manis pahit telah berlaku..semoge sempena tahun baru niy kiter dapat mengubah diri menjadi yang terbaik..tanamkan nawaitu dalam diri..

    ReplyDelete
  8. slm maal 1443hijrah buat af & rakan2 yg lain..:))

    ReplyDelete
  9. samo2 la kito berhijrah yer...

    salam Maal Hijrah yer...

    ReplyDelete
  10. Semoga bertambah keimanan kitya kepada Yang Maha Esa

    ReplyDelete
  11. we were what we wish...

    salam maal hijrah :)

    ReplyDelete
  12. salam maal hijrah. aku pun nak berubah. aku harap tahun baru ni aku dpt jd lbih baik. huhu. aku nk nangis dh ni.

    ReplyDelete
  13. betul tu.. sebaik2 nya hindari lah diri dari melakukan bnde yg dilarang..

    ReplyDelete
  14. Salam Maal Hijrah/ Awal Muharram yer cik apzal



    semoga tahun baru ini kita dapat membina semangat dan azam yang baru..huhuhu

    ReplyDelete
  15. salam maal hijrah buat adikku cayangggg....... :)

    ReplyDelete
  16. salam maal hijrah afzal.

    semoga kita dapat berhijrah kepada yang lebih baik. amin. :]

    ReplyDelete
  17. Kemahuan untuk berubah membuatkan kita boleh berubah :)

    ReplyDelete
  18. sama-sama berhijrah untuk kebaikan...

    ReplyDelete
  19. salam maal hijrah jgk...bkk bku baru yer...

    ReplyDelete
  20. salam maal hijrah abg . semoga azam tercapai ya .

    semoga dapat berhijrah menjadi lebih baik :)

    ReplyDelete
  21. Salam maal Hijrah Afzal..
    Insyallah..sama2 kita berhijrah ke arah yg lebih baik..^^

    ReplyDelete
  22. salam maal hijrah sahabat

    aku xbaik, sbb aku pernah buat maksiat

    ReplyDelete
  23. selamat! tapi aku suka kat pic tu ajer heheheeh :p

    ReplyDelete
  24. semoga azam baru kita tercapai. insyallah

    ReplyDelete
  25. salam maal hijrah..

    semoga kehidupan kita sentiasa dirahmati Allah..:)

    ReplyDelete
  26. salam maal hijrah...semoga menjadi insan yg berguna :) aminnn

    ReplyDelete
  27. smoga azammu tercapaiii.amin :)

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com