Assalamualaikum,

Sebelum ni aku pernah tengok ofismate aku yang sorang ni teruja semacam. Datang awal2 pagi terus mengadap komputer. Entah hape yang dibukaknya aku pun tak tau. Ada sekali tu aku menge-joinkan diri dengan sukarela tengok apa yang dia buat. Eh..laman sosial, tapi kenapa aku macam baru tau je? Mungkin kerana sifat lelaki melayu terakhir aku ni yang buatkan aku tak terdedah dengan unsur2 negatif macamtu. Cheewah! Korang biasa dengan Tagged kan? Ala yang leh kenal2..jumpa2 orang tu. Tengok orang posing bagai, budget macam hot tapi haram buat sakit mata aku je!

Ko tanak buat akaun ke Afzal? Leh kenal2 kawan baru? Perghh ayat memancing. Aku geleng2 sambil mencebik sambil kata isk isk isk, muka ketat tanda protes. Aku cepat2 berlalu ke meja, taknak aku buat keje2 lagha tu. Sampai je ke meja aku terus bukak akaun baru. Pergh menjadi gak lakonan aku tadi. Haha :D Bukan apa, elak dari disyaki. Niat aku baik.. nak cari kenalan ajak main batu seremban, main kejar2 di samping saling bertukar2 setem sebagai hobi masa lapang. Tak ke mulia niat aku tu?

Aku pun survey cewek2 sekitar Kuantan yang pandai main batu seremban. Nah 8 orang aku klik.. tunggu approve je. Berbekalkan gambar 10 tahun lepas (nampak lebih muda).. aku rasa teramat yakin daripada 8 orang yang aku tag tu..16 orang akan approve untuk main batu seremban ngan aku. Petang tu jugak aku tengok ada mesej dari Tagged. Perghh ada orang nak jumpa aku laa! Tak sia2 aku edit muka aku guna Photoshop.. beruntung benar orang tu. Memang tak salah dia pilih aku!


Bila aku bukak. Eh eh..betul la dia nak jumpa aku, tapi jantan nih. Ayat dia memang tak boleh blah macamni bunyinya "Hai abang, boleh kenal? Jumpa nak? Kita main2 boling ke. Abang comel sangat!" Erk rasa nak putus urat kentut aku! Ni kalau aku layan..bukan setakat main2 boling je nih..main2 lain plak aku nanti. Pergh konfom buasir aku nanti! Aku terus ke individu seterusnya. Wah perempuan. Dahlia namanya. Wee shuweet sangat. Paling koman pun mau macam Dalia Teck ni. Mesti manja dan ayu ni. Rambut lurus..macam barby doll. Bila aku perhatikan..eh eh atas bibir dia pun ada rambut la..jarang2 pulak tu. Humang aih ni bukan ayu lagi nih.. ni kayu namanya! Adoi pitam aku tepi bakul sampah sekejap. Ape kejadah semua jantan nih? Meremang bulu kaki aku. Dari kerinting terus jadi straight cut! Apekejadah la jodoh aku ngan jejantan. Mimpi ngeri sepanjang hidup kalau ni jodoh aku!

Cukuplah.. taknak lah aku terjebak ngan kejadah ni semua. Hilang nafsu aku nak cari geng main batu seremban. Semua stok jejantan ajak aku geli2. Siang2 keje pakgad, malam main mekap2. Nasibla aku ni straght lagi. Lain yang dicari, lain plak yang muncul. Eww.. tetiba aku rasa macam nak demam!


P/s : Haram sorang pun tak approve aku membuatkan aku tarik diri dan bercita2 untuk
         melakukan pembedahan plastik. Kalau pembedahan plastik mahal.. aku guna plastik
         sampah je.