Kecik La Hati Shuib Cenggini..

9:51 AM

Shuib bukan seperti yang penduduk kampung kenal dulu. Bukan bermakna dulu dia menatang.. sekarang dia dah bertukar jadi manusia. Sapalah yang tak kenal Shuib dulu.. kaki sakat orang, kaki klepet, kaki rembat selipar time semayang Jumaat. Eh senang cakapla semua kaki2 yang jahat ada pada dia lah. Tapi sejak dia dihantar ke sekolah pondok 3 tahun sudah, perangai dia benar2 sudah berubah. Humang aih nak cerita punya baiknya dia, sampai ke sudah tak habis. Kalau lalu depan orang tua.. punyalah sopan santun, punyalah kecik langkah disusun. Macam kepit bola pingpong kat celah kelengkang layaknya. Tu kalau jalan menunduk.. dahi dah boleh gesel ngan lantai. Dia kini bukan Shuib Dajal yang dikenal dulu.. tapi lebih dikenali dengan Shuib Surau. Walaupun begitu.. dia masih berteka teki kenapa imam surau masih tak benarkan dia melaungkan azan. Musykil.. musykil.

Nak dijadikan cerita.. suatu masa di kampung berkenaan, seorang gadis telah disampuk pontianak. Gegak gempita kampung berkenaan. Semua orang bingung.. tak tau lagi nak buat apa. Ramai dah bomoh dipanggil untuk mengubati gadis berkenaan, tapi masing2 menyerah kalah. Kuat benar kata mereka hantu tersebut. Mak bapak gadis berkenaan mula bingung. Tak tau apa yang hendak dilakukan lagi. Berita mengenai gadis tersebut sampai ke pengetahuan Shuib. Shuib tersenyum.. ai apalah guna ilmu di dada kalau tak digunakan dengan sebaik2nya. Shuib merasakan inilah masanya dia cuba nasib. Manalah tau maka bapak gadis tersebut berkenan nak jadikan dia calon menantu. Paling koman dapat nombor telefon buat main2 mesej pun okey dah katanya.

Setibanya Shuib melangkah masuk ke rumah berkenaan. Semua mata terus terpaku ke arahnya. Jubah yang dipakainya mengerbang2 seolah2 seperti iklan syampoo rambut lagaknya. Dia melangkah perlahan2 seperti  scene hero tamil muncul dalam cerita. Semua yang ada bertepuk tangan.. almaklumlah pada masa itu hanya Shuib lah harapan terakhir mereka. Shuib merenung Ani, gadis berkenaan. Ani kelihatan sedikit takut.. membuktikan betapa takutnya pontianak yang merasuki Ani ketika itu kepadanya. Semua mata2 yang melihat kelihatan kagum.. rasa nak tepuk tangan lagi, tapi kalau asyik tepuk je dah macam tengok sarkis plak..

Shuib memulakan upacara. Mulutnya terkumat kamit membaca ayat dan doa sendirian. Suasana menjadi sunyi dari dalam rumah. Kilat sabung menyabung di luar di tambah dengan bunyi dentuman guruh dan tiupan angin kuat menambahkan lagi efek jalan cerita. Bila mana Shuib lantang menyuruh pontianak yang merasuki Ani keluar.. tiba2 Shuib terdengar Pontianak tersebut ketawa berdekah2. Bukan setakat pontianak, orang yang memerhati sekelilingnya turut gelak tak ingat dunia. Ada yang pengsan sebab ketawa melebihi limit. Shuib masam mencuka. Rasa nak menangis pun ada.

"Ngoghang nghelak la puah2. Sengshuke hahi je ngoghang han. Hakhu hahu la haku senghau, hok ye hun haghak2 la hihit. Hecik hahi hahu. Minhik la henghini", Shuib mencebik. Dari elok2 situasi cemas.. tetiba bertukar macam tengok maharaja lawak pulak. Ye Shuib sengau orangnya.. macamana la dorang boleh lupa! Patutlah imam tak bagi dia laung azan. Cheh!


Tapi Ani pulih juga akhirnya. Dengar kata pontianak tersebut surrender sebab tak tahan asyik gelak guling2 teringatkan si sengau Shuib punya penangan. Harum lagi nama Shuib.. walaupun dia sekarang tengah nangis teresak2 tepi peti ais dapur rumahnya. Kecik hatinya dengan pontianak tu. Taknak lagi la dia ubatkan orang. Hampeh!

You Might Also Like

50 comments

  1. hahahah keji lah.. potianak pon join gelak sekaki :P

    ReplyDelete
  2. hahaha..
    kureng nye pontianak...
    nasib blah jugak..

    ReplyDelete
  3. hehe..sian shuib..
    apalah nasib..pontianak pun gelak ye.. ;)

    ReplyDelete
  4. ingat nk citer pasal shuib sepah.hehehhe

    ReplyDelete
  5. kesian shuib..pontianak pun memperkotak katik kan dia..

    ReplyDelete
  6. sabaq jelah shuib..nak buat genna dah nasib gitu.

    ReplyDelete
  7. haha bongok gilo .
    adei . yess cerita yang panjang dan dila boleh habis kan . haha

    ReplyDelete
  8. hahaha...lawak giler n3 ni...
    kesian kat Shuib, pontianak pun gelakkan dia sekali...kehkeh...

    ReplyDelete
  9. masa baca ayat pak imam x bagi shuib laungkan azan aku dah terpikir dah yg shuib ni sengau....power x 6th sense aku...tp mmg mcm haram la...yg gelak sampai pengsan tu dah anta p klinik ke?hahahaha

    ReplyDelete
  10. hahaha pontianak dgn orang kampung bleh join gelak berjemaah. gila tak boleh blah. hahahaha.

    ReplyDelete
  11. mcm mn shuib bleh jadi manusia ni?bkn ka shuib musa seorang kucing wanita...keekekek

    ReplyDelete
  12. ala baru nak minta shuib jadi tok bomoh tp dia tanak dah ubatkan orang hikhikhik...

    ReplyDelete
  13. patut le tok imam tak bagi dia bang azan kat surau...haha

    ReplyDelete
  14. ada ke pontianak pndai gelak..;p

    heee..igtkan shuib suami sarah raisudin!;p

    ReplyDelete
  15. lalala..ingtkan shuib sepah akd..mujur bacer sapa abih..hee
    lawak tol..pontianak pn tkut dgr sengau si shuib..adoi..heee..

    ReplyDelete
  16. hakhakhak ! ~~ ingatkan napela sebab nyer..sian syuib sengau..=)

    ReplyDelete
  17. pontianaK mne de ketawa berdekah2. dioarng ketaw mengilai-ngilai la :P hahaha...

    ReplyDelete
  18. AHAHAHA~ kesian shuib! tak baik taw gelakkan dia..AHAHAHA :))
    opsss..sori shuib^^

    ReplyDelete
  19. nak gelak gak r, hahahaha
    sian si shuib tu =D

    ReplyDelete
  20. x terai buat pembedahan lelangit ke? hehe

    ReplyDelete
  21. nice to be here, interesting write

    ReplyDelete
  22. Kalau lalu depan orang tua.. punyalah sopan santun, punyalah kecik langkah disusun. Macam kepit bola pingpong kat celah kelengkang layaknya. Tu kalau jalan menunduk.. dahi dah boleh gesel ngan lantai. << ske ayat nih .. hahaha :D

    ReplyDelete
  23. hadoiiiyaii..lawak betul la bace citer ni ha..cam tgk maharaja lawak pulak dah..

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. khakhakha!!! cian shuib.. x baik tau hahhaa... kelako... rasenyer pontianak tu pun gelak ngekek2 hahaha

    ReplyDelete
  26. x bahik hko helak kan shuhib.. kesihan dihe.. lenguh puhak cahakap mahacam ni.. :P

    ReplyDelete
  27. anak sorang murid mama tahun 6 sengau jugak...tapi rajin budaknya..anak nelayan dapat 5A dlm UPSR....semoga dia terus berjaya

    ReplyDelete
  28. lerrrr... apa kes? lawaknya... tak baik ketawakan dia... kesian shuib tu... huhuhu...

    ReplyDelete
  29. alahai sian si shuib....haiiiii rain! lama benor tak sembang sembang..mana ada wanie nak tunang..aigoooo! tu saja nak tanya pendapat manusia alam maya pasal tunang ...hek3

    ReplyDelete
  30. nak kena lempank ngan aku shuib ni hahaha

    ReplyDelete
  31. kcian shuib...sngau rupanya..hihihi

    ReplyDelete
  32. hahhhaha.. kesian kat shuaib... tapi sekurang2nya dia da jadi herokan???

    ReplyDelete
  33. hak3 pontianak join gelak skali..hehehe

    ReplyDelete
  34. Haha..membaca dari awal entry dengan serius..bila sampai nak azan imam tak bg, ada terfikir jap..sian wak shuib, tak baik tol org2 kampung..pontianak pun sama..aduh, sian shuib.. :)

    ReplyDelete
  35. memang lawak cita ni..hahahhaa
    datang dari bloglist

    Hanif bin Idrus Blog

    ReplyDelete
  36. bodo punya pontianak...gelakkan si sengau tuh..

    aku pon rasa nak tergelak dah..hahahahhaha :P

    ReplyDelete
  37. kesian kat shuib tu . tapiiii . nak gelak jgk . hehehe :)

    ReplyDelete
  38. la ingat shuib sepah.....

    Nice Site. Share your favorite link with other Funny Video | Exchange Link | Weird Stuff | Advertise Product(Free) go to http://surfeeds.com/youtube/

    ReplyDelete
  39. haha.. tak ley bla punyer ponti.. kihkihkih.. apepun aku sokng shuib!!! hidup shuib!!

    ReplyDelete
  40. haha.. tak ley bla punyer ponti.. kihkihkih.. apepun aku sokng shuib!!! hidup shuib!!

    ReplyDelete
  41. hahahaha...pontianak pon surrender...hahahaha

    ReplyDelete
  42. trajis betol lah cara dia nangis ni ekekekeke

    ReplyDelete