Shuib bukan seperti yang penduduk kampung kenal dulu. Bukan bermakna dulu dia menatang.. sekarang dia dah bertukar jadi manusia. Sapalah yang tak kenal Shuib dulu.. kaki sakat orang, kaki klepet, kaki rembat selipar time semayang Jumaat. Eh senang cakapla semua kaki2 yang jahat ada pada dia lah. Tapi sejak dia dihantar ke sekolah pondok 3 tahun sudah, perangai dia benar2 sudah berubah. Humang aih nak cerita punya baiknya dia, sampai ke sudah tak habis. Kalau lalu depan orang tua.. punyalah sopan santun, punyalah kecik langkah disusun. Macam kepit bola pingpong kat celah kelengkang layaknya. Tu kalau jalan menunduk.. dahi dah boleh gesel ngan lantai. Dia kini bukan Shuib Dajal yang dikenal dulu.. tapi lebih dikenali dengan Shuib Surau. Walaupun begitu.. dia masih berteka teki kenapa imam surau masih tak benarkan dia melaungkan azan. Musykil.. musykil.
Nak dijadikan cerita.. suatu masa di kampung berkenaan, seorang gadis telah disampuk pontianak. Gegak gempita kampung berkenaan. Semua orang bingung.. tak tau lagi nak buat apa. Ramai dah bomoh dipanggil untuk mengubati gadis berkenaan, tapi masing2 menyerah kalah. Kuat benar kata mereka hantu tersebut. Mak bapak gadis berkenaan mula bingung. Tak tau apa yang hendak dilakukan lagi. Berita mengenai gadis tersebut sampai ke pengetahuan Shuib. Shuib tersenyum.. ai apalah guna ilmu di dada kalau tak digunakan dengan sebaik2nya. Shuib merasakan inilah masanya dia cuba nasib. Manalah tau maka bapak gadis tersebut berkenan nak jadikan dia calon menantu. Paling koman dapat nombor telefon buat main2 mesej pun okey dah katanya.
Setibanya Shuib melangkah masuk ke rumah berkenaan. Semua mata terus terpaku ke arahnya. Jubah yang dipakainya mengerbang2 seolah2 seperti iklan syampoo rambut lagaknya. Dia melangkah perlahan2 seperti scene hero tamil muncul dalam cerita. Semua yang ada bertepuk tangan.. almaklumlah pada masa itu hanya Shuib lah harapan terakhir mereka. Shuib merenung Ani, gadis berkenaan. Ani kelihatan sedikit takut.. membuktikan betapa takutnya pontianak yang merasuki Ani ketika itu kepadanya. Semua mata2 yang melihat kelihatan kagum.. rasa nak tepuk tangan lagi, tapi kalau asyik tepuk je dah macam tengok sarkis plak..
Shuib memulakan upacara. Mulutnya terkumat kamit membaca ayat dan doa sendirian. Suasana menjadi sunyi dari dalam rumah. Kilat sabung menyabung di luar di tambah dengan bunyi dentuman guruh dan tiupan angin kuat menambahkan lagi efek jalan cerita. Bila mana Shuib lantang menyuruh pontianak yang merasuki Ani keluar.. tiba2 Shuib terdengar Pontianak tersebut ketawa berdekah2. Bukan setakat pontianak, orang yang memerhati sekelilingnya turut gelak tak ingat dunia. Ada yang pengsan sebab ketawa melebihi limit. Shuib masam mencuka. Rasa nak menangis pun ada.
"Ngoghang nghelak la puah2. Sengshuke hahi je ngoghang han. Hakhu hahu la haku senghau, hok ye hun haghak2 la hihit. Hecik hahi hahu. Minhik la henghini", Shuib mencebik. Dari elok2 situasi cemas.. tetiba bertukar macam tengok maharaja lawak pulak. Ye Shuib sengau orangnya.. macamana la dorang boleh lupa! Patutlah imam tak bagi dia laung azan. Cheh!
Tapi Ani pulih juga akhirnya. Dengar kata pontianak tersebut surrender sebab tak tahan asyik gelak guling2 teringatkan si sengau Shuib punya penangan. Harum lagi nama Shuib.. walaupun dia sekarang tengah nangis teresak2 tepi peti ais dapur rumahnya. Kecik hatinya dengan pontianak tu. Taknak lagi la dia ubatkan orang. Hampeh!
50 Comments
hahahah keji lah.. potianak pon join gelak sekaki :P
ReplyDeletehahaha..
ReplyDeletekureng nye pontianak...
nasib blah jugak..
hehe..sian shuib..
ReplyDeleteapalah nasib..pontianak pun gelak ye.. ;)
ingat nk citer pasal shuib sepah.hehehhe
ReplyDeletekesian shuib..pontianak pun memperkotak katik kan dia..
ReplyDeletekuang asam punya pontianak..ekekeke
ReplyDeletesabaq jelah shuib..nak buat genna dah nasib gitu.
ReplyDeletehaha bongok gilo .
ReplyDeleteadei . yess cerita yang panjang dan dila boleh habis kan . haha
hahaha...lawak giler n3 ni...
ReplyDeletekesian kat Shuib, pontianak pun gelakkan dia sekali...kehkeh...
masa baca ayat pak imam x bagi shuib laungkan azan aku dah terpikir dah yg shuib ni sengau....power x 6th sense aku...tp mmg mcm haram la...yg gelak sampai pengsan tu dah anta p klinik ke?hahahaha
ReplyDeletehahaha pontianak dgn orang kampung bleh join gelak berjemaah. gila tak boleh blah. hahahaha.
ReplyDeletemcm mn shuib bleh jadi manusia ni?bkn ka shuib musa seorang kucing wanita...keekekek
ReplyDeleteala baru nak minta shuib jadi tok bomoh tp dia tanak dah ubatkan orang hikhikhik...
ReplyDeletepatut le tok imam tak bagi dia bang azan kat surau...haha
ReplyDeleteada ke pontianak pndai gelak..;p
ReplyDeleteheee..igtkan shuib suami sarah raisudin!;p
lalala..ingtkan shuib sepah akd..mujur bacer sapa abih..hee
ReplyDeletelawak tol..pontianak pn tkut dgr sengau si shuib..adoi..heee..
hakhakhak ! ~~ ingatkan napela sebab nyer..sian syuib sengau..=)
ReplyDeletepontianaK mne de ketawa berdekah2. dioarng ketaw mengilai-ngilai la :P hahaha...
ReplyDeleteAHAHAHA~ kesian shuib! tak baik taw gelakkan dia..AHAHAHA :))
ReplyDeleteopsss..sori shuib^^
nak gelak gak r, hahahaha
ReplyDeletesian si shuib tu =D
x terai buat pembedahan lelangit ke? hehe
ReplyDeleteaku sokong ko shuib..!!!
ReplyDeletenaseb la hang shuib haha
ReplyDeletenice to be here, interesting write
ReplyDeleteKalau lalu depan orang tua.. punyalah sopan santun, punyalah kecik langkah disusun. Macam kepit bola pingpong kat celah kelengkang layaknya. Tu kalau jalan menunduk.. dahi dah boleh gesel ngan lantai. << ske ayat nih .. hahaha :D
ReplyDeletehadoiiiyaii..lawak betul la bace citer ni ha..cam tgk maharaja lawak pulak dah..
ReplyDeleteponti ni jahatlah,haha
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekhakhakha!!! cian shuib.. x baik tau hahhaa... kelako... rasenyer pontianak tu pun gelak ngekek2 hahaha
ReplyDeletesian shuib, sengau rupanya....
ReplyDeletex bahik hko helak kan shuhib.. kesihan dihe.. lenguh puhak cahakap mahacam ni.. :P
ReplyDeleteanak sorang murid mama tahun 6 sengau jugak...tapi rajin budaknya..anak nelayan dapat 5A dlm UPSR....semoga dia terus berjaya
ReplyDeletelerrrr... apa kes? lawaknya... tak baik ketawakan dia... kesian shuib tu... huhuhu...
ReplyDeletealahai sian si shuib....haiiiii rain! lama benor tak sembang sembang..mana ada wanie nak tunang..aigoooo! tu saja nak tanya pendapat manusia alam maya pasal tunang ...hek3
ReplyDeletenak kena lempank ngan aku shuib ni hahaha
ReplyDeletekcian shuib...sngau rupanya..hihihi
ReplyDeletehahahaha..sengau rupanya...hahaha
ReplyDeletehahhhaha.. kesian kat shuaib... tapi sekurang2nya dia da jadi herokan???
ReplyDeletehak3 pontianak join gelak skali..hehehe
ReplyDeleteHaha..membaca dari awal entry dengan serius..bila sampai nak azan imam tak bg, ada terfikir jap..sian wak shuib, tak baik tol org2 kampung..pontianak pun sama..aduh, sian shuib.. :)
ReplyDeletememang lawak cita ni..hahahhaa
ReplyDeletedatang dari bloglist
Hanif bin Idrus Blog
bodo punya pontianak...gelakkan si sengau tuh..
ReplyDeleteaku pon rasa nak tergelak dah..hahahahhaha :P
kesian kat shuib tu . tapiiii . nak gelak jgk . hehehe :)
ReplyDeletela ingat shuib sepah.....
ReplyDeleteNice Site. Share your favorite link with other Funny Video | Exchange Link | Weird Stuff | Advertise Product(Free) go to http://surfeeds.com/youtube/
haha.. tak ley bla punyer ponti.. kihkihkih.. apepun aku sokng shuib!!! hidup shuib!!
ReplyDeletehaha.. tak ley bla punyer ponti.. kihkihkih.. apepun aku sokng shuib!!! hidup shuib!!
ReplyDeleteKisah benar ke ni??
ReplyDeletehehe..puntianak pun nakal
ReplyDeletehahahaha...pontianak pon surrender...hahahaha
ReplyDeletetrajis betol lah cara dia nangis ni ekekekeke
ReplyDelete