Tengah dok belek2 cekelat kat kedai, aku tengok rege cekelat yang dulu aku rajin makan time sekolah menengah dulu dah naik. Adoyai rokok naik rege takpe, tapi pelis jangan cekelat. Naik 40sen. Sikit?? Banyak la tu kalau 10 kali aku makan seminggu dah boleh isi minyak motor. Ape la sangat rege cekelat RM3.20 yang aku makan ni kan kalau nak dibandingkan ngan rege2 10 Coklat Termahal Di Dunia ni kan? Uhuk! *tersedak lalu terkentut aku
Oh ni harga untuk se-pound ye. Sepound dianggarkan 1/2 kg atau lebih tepatnya 0.453592 kg dan 1 pound = RM4.9397. Korang kira la sendirik!! Erk!!
10. Vosges Haut Chocolat ($69 se-pound)
Dorang kata : Diperbuat daripada coklat bermutu tinggi dan sedikit rasa manis kari India
Aku kata : Lepas makan roti canai cicah kari, duit baki aku beli cekelat 20sen
9. Richard Donnelly ($75 se-pound)
Aku kata : Walaupun aku minat cekelat, mak aku tetap tak bagi aku makan cekelat di mana2 bar
8. Chuao ($79 se-pound)
Firecracker Bon Bon
Dorang kata : Chuao merupakan nama tempat di Venezuela di mana bahan membuat coklat tersebut diperolehi di sana. Dikatakan coklat ini dibuat tanpa menggunakan perasa tambahan.
Aku kata : Chuao Zhen Li kawan aku tak perlu pergi ke Venezuela untuk mencari cekelat Firecracker Bon Bon, malah di kedai depan jalan pon ada menjual kopok Bon Bon mahupun kopok Tam Tam
7. Debauve & Gallais ($94 se-pound)
Dorang kata : Pencipta cekelat ini mengatakan cekelat yang dihasilkannya adalah khas untuk mereka yang diabetik mahupun tidak diabetik
Aku kata : Daripada aku makan cekelat diabetik, lebih baik aku makan betik
6. Pierre Marcolini ($102.50 se-pound)
Dorang kata : Diperbuat daripada biji koko premium terpilih diadun dengan pelbagai bahan dan perasa
Aku kata : Sekiranya aku dapat sijil simpanan premium, aku akan bukak ladang koko setelah puas dan terasa diri dibahan hari2
5. Richart ($120 se-pound)
Dorang kata : Diperbuat daripada 70% coklat daripada Venezuela dan rata2 berpendapat Richart adalah coklat terbaik di dalam dunia
Aku kata : 70% cekelat yang dibeli di kedai Ramli bukan dibeli oleh warga tempatan tetapi warga Venezuela dan rata2 berpendapat bulu dada warga Venezuela adalah yang terbaik di dunia
4. Godiva "G" Collection ($120 se-pound)
Dorang kata : Diperbuat daripada adunan biji koko terbaik bersama rempah eksotik dan ramuan turun temurun.
Aku kata : Koko, penari eksotik yang insaf kini mula menceburkan diri menjual rempah ratus dan ramuan turun temurun maknya
3. Delafee ($508 se-pound)
Dorang kata : Diperbuat daripada adunan biji koko terbaik bersama serbuk emas 24 karat.
Aku kata : Selain emas, cekelat ni boleh di dapati dengan taburan serbuk besi karat mahupun emas zhulian
2. Noka Vintages Collection ($
854 se-pound)
Dorang kata : Merupakan coklat hitam terbaik di dunia. Ia diperbuat daripada biji koko terbaik dari Trinidad, Ecuador, Cote d’Ivoire dan Venezuela. Tidak mengandungi lesitin dan perisa vanila
Aku kata : Jangan berharap korang akan mendapat cekelat ni secara percuma dengan setiap pembelian henpon Nokia. Harap makjah
1. Chocopologie by Knipschildt ($ 2,600 se-pound)
Dorang kata : Sejak tahun 1999 ia diangkat sebagai coklat termahal di dunia dan hanya akan dihasilkan sekiranya mendapat tempahan sahaja
Aku kata : Cekelat Ferrero Rocher adalah cekelat termahal yang diangkat tangan aku masuk ke dalam mulut dan hanya akan dimakan sekiranya ada orang bagi free sahaja
P/s : Dah makan cekelat mahal, berus gigi ngan ubat gigi pon haruslah mahal. Setakat
Kodomo Lion tak jalan beb!!
32 Comments
xmakan coklate pon xpe la camni :(
ReplyDeletecokelat yang masuk ke lobang jamban tak de pon T_T
ReplyDeletebeli cadbury je la.. lagi sedap.. hehe
ReplyDeletemak aih mahalnya...
ReplyDeleteSuka Cadbury..
Murah dan sodap ^_^
dalam banyak2 coklat, GODIVA yang terbaek weh. peh peh peh. siyes best.
ReplyDeleteaku makan pun sebab tahun lepas kerja kat klia. mamat saleh n mamat kpop jepung suka bagi coklat kat anak gadis melayu cun menawan berbaju kurung bertudung bawal seperti aku ni. kahkahkah. kalau tak padan makan cloud 9 je lah gamaknya =D
fire cracker bon bon tu ade kne mgena dgn blogger yg nama boni tu tak?
ReplyDeletemacam yuyu ..uncle pun suka godiva..satu lagi cokelat..cote d or ... tapi uncle pilih dark cokelat..ckelat tenusu kena pantang...satu lagi cokelat yg pernah uncle beli masa kat epot ..cokelat dari venezuale berperisa cili ..gila !!! tapi habis juga ngapnya hahaha
ReplyDeletemakan coki2 la gamak nya
ReplyDeletegilak mahal...sekali ngap je pon..duet beribu melayang..haha.kadberi lagi best..ahak :D
ReplyDeletecoklat ye ke3 uh mcm Nelofaa je...delafee....hehhee
ReplyDeleteapsal tak penah nampak pun cokelat2 ni kat kedai depan umah aku?
ReplyDeletegelak ketawa sendiri gua tok, seb baik takda org..
ReplyDeleteerr, coklatporoginie tu ada stok tak??
baca entry ni time tengah lapar. ohh sungguh kejam dirimu tok!
ReplyDeletemummy makan cokelat 20sen je pon sedap gile! hahaha banyak stok dalam peti ais tu :P
ReplyDeleteuhuk2 wa bukan orang kaya , tak payah lah nak mbazir duit hanya semata-mata demi coklat
ReplyDeletebaik takyah beli..membazir je.
ReplyDelete#mujur la aku bukan peminat coklat.
pernah gak buat entry pasal coklat. suka coklat roka je
ReplyDeleteperghhh..mahalnye..makan chocki2 je lah..lagi sedap.. :)
ReplyDeletemahalnya!! berbling-bling biji mata tengok harga, kalau dapat free bahagia rasa sampaikan bahagia tu rasa coklat.
ReplyDeletexblh nk mkn coklat sgt..migraine =.=
ReplyDeletesemua mahal-mahal -.-
ReplyDeleteBaik beli makanan lain. hehe
fuyoooo!
ReplyDeletemahal~
x sanggup aku nk mkn..jilat2 simpan dlm peti ais hahaha
ReplyDeletegiler bapak mahal! ferero tu pun dah rase mahal kemain.
ReplyDeletehahah aku tak makan cekelat...mekasih hehehe
ReplyDeletexpa la kalo mahal, janji puas hati makan. kalo buah hati beli, aihh,...bertuah la sngt XD
ReplyDeletemkn coklat mahal2, harus la x gosok gigi. biar la lama sket kat gigi. rugi la kalo dah gosok gigi.
ReplyDeleteselalu mkn godiva tu..... sebab kat tempat remy free.....
ReplyDeletemampus kalau boss tahu nie.....bkn curi.... ambik mkn jer...
mak aihhh apesal mahal bebeno..makan coklat murah dan sedap pun dah ok..
ReplyDeletehumangai mahai bebenor cekelat tue semua...baik ler makan coklat masakan...murah sket...hihi
ReplyDeletegiler la mahal, maksudnya farero roshe tu murah lagi la ye,, ingatkan tu coklet mahal
ReplyDeletemahalnya
ReplyDelete