Tutorial Menjahit Arnab Stokin
Bahan-bahan:
(Bahan untuk seekor arnab)
1. Stokin (stokin panjang dengan lipatan berjahit pada bahagian atas), 1
2. Butang shank (sebagai mata) 3/8″ [10mm], hitam, 2
3. Benang Floss, Biru / Merah jambu
4. Riben, Biru / Merah jambu
5. Kekabu atau bahan poli-sintetik (tujuan mengisi)

Peralatan:
1. Mesin jahit
2. Jarum (yang panjang) dan pin
3. Gunting
4. Pensel warna fabrik
5. Seterika
1. Mesin jahit
2. Jarum (yang panjang) dan pin
3. Gunting
4. Pensel warna fabrik
5. Seterika
Nota:
- Memandangkan stokin akan meregang setelah di isi, stokin yang tebal adalah lebih baik daripada yang nipis.
- Arnab stokin ni takleh duduk sendiri, jadi kena guna pin untuk bagi dia statik.
- Korang leh letak bijian atau beras pada dasar arnab supaya menjadi berat dan dia boleh duduk sendiri. Masukkan bijian atau beras ke dalam uncang kecil dan masukkan ke bahagian dalam bawah arnab.
- Selain daripada itu korang leh jahit tali pada kepala arnab supaya leh gantung di mana2.
1. Bahan2 untuk membuat arnab stokin ditunjukkan seperti di atas.
2. Hati2 sewaktu tetas benang pada bahagian lipatan sebelah dalam stokin menggunakan penetas
2. Hati2 sewaktu tetas benang pada bahagian lipatan sebelah dalam stokin menggunakan penetas
3. Bahagian dalam stokin dikeluarkan dan gosok dengan seterika dengan bahagian tapak kaki
menghadap hadapan
4. Lukiskan gambaran arnab stokin seperti gambarajah 4 dengan menggunakan pensil warna
4. Lukiskan gambaran arnab stokin seperti gambarajah 4 dengan menggunakan pensil warna
fabrik.
1. Pinkan stokin dan jahit garisan yang dilukis tadi dengan menggunakan mesin jahit atau jahit
sahaja menggunakan tangan
2. Gunting pada sisi garisan yang dilukis pada anggaran 1/8 inci daripada jahitan
3. Gunting hujung stokin dan gunting kepada 2 bahagian.
4. Lukiskan bentuk bulatan dan guntingkannya.
3. Gunting hujung stokin dan gunting kepada 2 bahagian.
4. Lukiskan bentuk bulatan dan guntingkannya.
1. Pusingkan balik bahagian dalam ke luar, muka, badan, tangan, kaki dan ekor.
2. Sumbatkan telinga dengan bahan isian poli (macam kekabu tu). Hanya bahagian telinga
2. Sumbatkan telinga dengan bahan isian poli (macam kekabu tu). Hanya bahagian telinga
disumbatkan muat2 dan cukup padat.
3. Sumbatkan bahagian muka juga, bentukkan pada bahagian tumit hingga menjadi mulut arnab.
4. Jahit keliling bahagian bawah kepala dan ikatkan hingga membunjut seperti gambarajah 4.
4. Jahit keliling bahagian bawah kepala dan ikatkan hingga membunjut seperti gambarajah 4.
Gunakan pensil warna fabrik, lakarkan bentuk hidung dan mulut
pada bahagian kepala arnab.
Sulam jahitan pada garisan mulut dan hidung arnab seperti
gambarajah di atas.
1. Tandakan titik untuk bahagian mata. Pastikan sejajar pada kedua2 belah mata
2. Jahitkan butang shank pada titik yang telah ditanda tadi.
3. Buat jahitan berulang supaya butang tersebut cukup kuat dan tak mudah tercabut.
4. Bawa jarum tersebut menembusi ke titik mata sebelah yang lain, tarik sedikit kuat untuk

membenamkan mata pada muka arnab seperti ditunjukkan di bahagian 4. Matikan jahitan
terlebih dahulu supaya bentuk mata dapat dikekalkan sebelum mula menjahit mata yang
satu lagi.
1. Lukiskan bentuk bulatan pada bahagian bawah kepala. Bahagi dan tandakan bulatan tersebut
kepada 12 bahagian seperti gambarajah 1..
2. Lukiskan garisan pada bahagian badan arnab, bahagi dan tandakan juga kepada 12 bahagian..
3. Jahit keliling badan bersama kepala berpandukan garisan yang ditandakan tadi.
4. Tanda itu dibuat untuk memastikan bahagian badan dan kepala sama.

Isikan badan, kaki, tangan dan ekor. Buat jahitan pada keliling bukaan kain, jerut dan ikat. Untuk
bahagian kaki dan ekor, guling2kan bahan poli-sintetik pada tapak tangan hingga menjadi
bentuk bulat dan kecil sebelum dibalut dengan stokin yang dibentuk tadi. Untuk kaki dan ekor,
jahit keliling bukaan kain, jerut dan ikat seperti yang dilakukan pada bahagian badan tadi.
Tandakan 3 garisan pada bahagian kaki arnab.
Jahitkan dan bentukkan kaki tersebut.
1. Tandakan untuk bahagian tangan pada sisi badan arnab.
2. Jahitkan tangan pada sisi badan arnab.
3. Tandakan ekor dan jahitkan ekor pada bahagian belakang arnab.
4. Ulang perkara sama untuk bahagian kaki.
2. Jahitkan tangan pada sisi badan arnab.
3. Tandakan ekor dan jahitkan ekor pada bahagian belakang arnab.
4. Ulang perkara sama untuk bahagian kaki.
Lakukan beberapa jahitan pada bahagian telinga supaya ia
dapat diikat bersama nanti.
Akhir sekali ikat bahagian yang dijahit pada bahagian telinga tadi dengan
reben berwarna biru atau merah jambu. Siap!!
Comel kan? Simple sangat, leh la buat banyak2 pasni :)
30 Comments
cutenyaaaaaaaaa
ReplyDeleteni blog afzal ke blog mak jemah ni konpius aku
ReplyDeleteni blog afzal ke blog mak jemah ni konpius aku
ReplyDeletebetul2 punya tutorial niii :D
ReplyDeletebuat tutor tuk buat kambing pulak pahni ..hehe
ReplyDeletenak suruh org bagi hadiah kawen lettew..kui3
ReplyDeleteblog afzal ni kan???refresh bnyk kali da ni..lain macam je...haha
ReplyDelete*anywayss cute lorh...nk buat hantaran ke :)
awwwww cuteeee! boipreng, tlg buatkan! :<
ReplyDeletehahahahaha..sengal punya phat..hahaha.. tak mungkin ni blog mak jemah.hahahahaha
ReplyDeletecik afzal...aku rasa..esok apa kata ko buat entri arnab masak lemak cili api..baru umpphh...hari tu ko buat coin purse macarooon...hari ni bunny dr stoking..hehehehhe
ReplyDelete*aku gurau je tau, jgn sentap*
sumpa comel..xpena terlintas setokin bley buat gini, haha
ReplyDeletewOOOw
ReplyDeleteweeiii apesal comel sgt!!..rase nk pijak jeee..haha tak reti pulok nk buat bnde2 craft ni..mmg x berseni
ReplyDeleteeh? ni afzal ke fazila?
ReplyDeletevery the kreatif kau jah...
aiyaaa..comelnye..apjal tolong buatkan leh..hehe..nanti bolehlah buat doorgift kawen apjal nanti kan
ReplyDeleteewahhhhhhhh! cntiknya stokin bila upgrade jd arnab nie kan
ReplyDeleteohh makk....sungguh kreatif u....tp terpegun sekejap tgk tuan tanah nie lelaki....tak sangka saya....barvo2x....gogogo....
ReplyDeletehttp://wadahberbicara.blogspot.com/
comel nyer zal...... dah siap nanti kasi remy satu,......
ReplyDeletetak sangka dlm brutal2 zal..... masih terserlah kesenianmu......he3
comel zal..mcm xsgka zal ni tgan blh buat suami ^_^
ReplyDeletewah.. boleh jimat duit. tak payah dah nak membazir duit beli bear dah kan?
ReplyDeletenak tempah dekat afzal boleh? haha. cute kot, lepas nie nak buat katak pulak lah.
ReplyDeletesangat2 kiut macam afzal hihi...tp eyza tak kreatif nk buat camtue...tempah kat afzal boleh sebab kat umah eyza ada banyak stokin yg berwarna warni huhu...
ReplyDeletecomel betei ni,tengah cari stocking,nak try buat kalau ada masa.
ReplyDeletememang comel.. tapi xreti la nak buat.. x kretif.. mcm susah je..
ReplyDeleteboleh la ajak mak join bw blog ni...asek duk layan blog masak2 aje...lps ni gerenti ramai la stok kawan baru ko dikalangan kwn2 mak aku...haha
ReplyDeletewaahhhh jah kelas kau buat stokin renab skrg :D
ReplyDeletelast year pnah wt cmni tapi huduh laa plak, hukk...
ReplyDeletetok buat la mende ni bnyk tuk cenderahati kawen nnti..akaka
ReplyDeleteTetiba je tutorial stokin ingat salah masuk blog hahahahah
ReplyDeletebrilliant..
ReplyDelete