Assalam,
Aku pon tak sedar dah masuk 20 hari kita puasa. Aku ni bukan jenis kira pon, bukan pattern pangkah kalender tanda dah berapa ari puasa. Habis puasa kompom raya. Pernah berlaku tak habis Ramadhan, tetiba masuk Zulkaedah. Tetiba je taun tu takde Syawal *melampau! Pernah tak korang fikir alasan2 yang menyebabkan suasana hari raya korang jadik haru biru?
Tetiba anak bulan jadik seterika
Tengah2 orang sibuk nengok anak bulan, anak bulan tak kelihatan kat langit tu.. tapi yang keluar seterika! Agaknya ape perasaan orang yang nengok? Ye betul berkemungkinan besar dia teringat baju belum diseterika kat umah, tapi kalau takde anak bulan boleh raya ke idak?
Pengumuman hari raya versi sinetron
Pakcik tu dah takde dah duduk2 baca skrip maklum raya macam biasa dah. Kali ni dia tukar sikit, ala2 citer sinetron. Ada watak Rangga, Paiman dan beberapa watak picisan yang lain. Korang kena tengok sampai habis citer tu baru leh tau apa kerana di dalam cerita tu akan diselitkan pengumuman raya. Lagi haru citer tu sambung2 cam sinetron seberang sampai patbelasratus episod. Oi bila nak raya cenggini!
Taip ON RAYA la pulak!!
Raya tahun ni tak macam raya tahun2 lepas, tetiba pacik yang umumkan raya buat muka kanak2 tak cukup bulan bagitau suruh buat undian pulak. Ada ke dia buat isyarat tekan2 keyboard dan isyarat telefon depan skrin mintak korang undi hari apa yang korang nak pilih untuk raya. Undian tertinggi menentukan hari raya. Cenggitu punya gaya harus seminggu pose terus raya!
Bank bertukar jadik booth askim
Korang datang kaunter bank macam biasa dan kerani kaunter tu tanya korang nak berapa scoop askim. Siap ada loceng2 askim bagai. Tak lupa gak ada maskot Mat Kool kat sebelah dia sambil menari2. Harus la ko ternganga kan? Mana ko nak cekau duit? Nak raya dah ni. Dalam sedih2 cenggitu korang masih tersenyum sebab duit raya tahun ni tapayah bagi kat anak2 buah. Hahaha puas hati aku!
Lagu raya ganti ngan lagu harijadi
Di radio2 dikeudarakan lagu2 harijadi pelbagai versi. Versi rock, inang, balada dan juga patriotik. Ko pon nyanyi sama sedangkan korang sendiri tatau besday sape la yang korang sambut tu. Hail Amir ngan Uji Rashid turut mendendangkan lagu Seloka Harijadi dan Sudirman plak ngan lagu Harijadi di Perantauan. Sadis!
Takde baju raya songkok bagai
Korang pegi shopping raya, orang tak jual dah baju raya baju kurung ni. Yang ada dijual baju kalis peluru dipadankan ngan legging. Nah pakat2 la korang tengok pakcik2 ngetes baju kalis peluru ngan legging pelbagai warna dan corak depan cermin pasaraya2. Yang berlabuci2 tu mahal la sikit. Lagi seksa time semayang raya penuh masjid ngan pacik2 berlegging pelbagai warna dengan pelbagai rupa bentuk buntut termasuk imam. Mampos!
Raya Aidilfitri bertukar jadi raya lain
Ko punya la kemain puasa bagai nak rak, baju raya dah siap tersangkut 4 pasang kat almari, dengan ringtone lagu raya kat enset, tiket bas dah beli.. tup2 pacik yang buat pengumuman hari raya memaklumkan yang anak bulan telah kelihatan dan raya deepavali jatuh pada keesokan harinya. Nah! Sekarang ko fikir ko nak pakai baju melayu ke.. nak pakai sari? Harus makan tosei capati kalau pegi umah kengkawan cenggini.
Macam2 benda lagi aku nak citer, mengarut2 semuanya. Tapi tu la kan haru biru gak kalau berlaku menda2 cenggitu. Harap2 tak jadik macam tu la kan untuk tahun ni sekurang2nya sebab kalau ada yang buat lawak cenggini punya ganas harus aku tibai pakai kerusi urut Ogawa tu haha :D
28 Comments
tidakkk..jgn la jadi begini!hahahahaa...
ReplyDeletemampos kalo gini hahaha
ReplyDeletebanglong , tajuk lu tu typo ke wa yang tak paham ? errrr -_-"
ReplyDeletekah kah kah..macammm..haaa..hahah sedey setahun aku kalau btol2 terjadi..mau trauma..:P
ReplyDeletebukan haru biru dh ni....terharu jadiknyeee...hehhee
ReplyDeletehuaaa tak sanggup kalau jadi cenggini...
ReplyDeletekalo cenggini, raya ape ke nama nya... cacamerba jadiknya.. afzal, imaginasi kau ni melampau sgt... kurangkan sikit berhalusinasi yerp...
ReplyDeletekau janagn nak mengarut zal..... kerat 18 belas baru tahu...he3....
ReplyDeleteasyik tiap2 tahun makan rendang ayam ngan rendang daging.... tahun nie kita mkn rendang org pulak ....kih3.... tu baru haru biru......
zalim tak remy ??????
kalau jadi..aku tau nak urutkan sapa..
ReplyDeleteko la zal, aku balut dgn kerusi ogawa tu..haahahahaa
radio dah start pasang lagu raya...
:)
taip ON RAYA tu, aku rasa x sempat puasa seminggu org dah undi esok sruh raya.
ReplyDeletehanya mampu tersenyum sendiri bila baca n3 tok ketua hari ni..nak gelak kuat2,takot bebudak pikir maknya dah biol!!!
ReplyDeletejangan macam tu...baju raye dah siap 18 pasang nih...huhuhu...
ReplyDeleteperghh..kalau camni mak amukan latip borgiba wa dibuatnya!
ReplyDelete*mau
ReplyDeleteharu birulaaa raya eden cmni gamaknye . hewhewhew
ReplyDeletetak yah raya pun tak pe kalau gitu..hhhaha
ReplyDeletehal-hal lain shida xkisah sgt zal..jgn xjadi raya dahla..da byk prepair ahahhaaa.. :D
ReplyDeleteX denya tok jd cenggini
ReplyDeletekalaulah tiba2 jadi cenggini, orang pertama yang aku cari ialah kau untuk aku sunatkan kali kedua..ahahaha
ReplyDeletekejadahnyaa..jaja xjd kawen laaa raya nntt...
ReplyDeletehaha
hahahahhaha
hahhahah ! lawak gilerr ... tapi takmau lahh jadi cenggitu :D
ReplyDeletekalau cenggini bukan haru biru lagi dah...mahu haru pelangi. wuuu...sedih.
ReplyDeleteimaginasi tok memang tahap tip top. haha
ReplyDeletepulakk
ReplyDeleteimaginasi gila! salam ...saya singgah sini...dan terbaca entry ini..haha..
ReplyDeleteLets join me buat duit before 27/08/2012 thru FB atau BLOG. Lepas 27/08/2012, PRELAUNCHX akan mengenakan bayaran sebanyak RM100. Sekarang percuma lagi ni! CEPAT!
ReplyDeleteLawati link ini untuk join ---> http://prelaunchx.com/x/sofinah169
#PRELAUNCHX ialah company under FOREX.FOREX tu company matawang dunia dan Malaysia ada juga FOREX.
mampoeh klu kena mcm ni :)
ReplyDeletesenget betul kalau raya mcm ni..
ReplyDelete