Cik Bini Sudah Insaf

10:17 AM


As salam,

Akibat terpengaruh ngan iklan2 kat tv ditambah plak ngan sokongan padu depan belakang.. eh2 tukar la, kiri kanan dari korang tempohari akhirnya aku pasrah. Bawak gak la wife aku pegi Mid Valley.

Kemain suka dia. Kitorang sampai awal sebab aku tau kalau lambat wajib jem. Kena plak time tu PC Fair, hamik ko nok. Kemain ramai punya makhluk, punyala sempit ruang nak berjalan dah serupa macam biri2 masuk kandang. Aku terus mentabah.. sebab aku dah merasa semua tu. Bini aku fine lagi. Takpe2.. tunggu beberapa adengan lagi ye.

Masuk lunch hour, kitorang pon cari la port nak makan. Hahamek ko, semua tempat kena beratur. Aku rasa dah kembali ke asrama plak. Amik makanan kena beratur2 bagai. Aku usha sipi2 muka wife aku. Ada sedikit toya la kihkihkih. Berdecit2 jugakla mulut dia. Hehehe sabar sayang ada lagi kita kena hadap. Setakat beratur nak makan ni apa la sangat kan?kan? :P

Time keluar nak bayar parking, dari pukul 2.30 membawak ke pukul 4.30 still dalam parking area. Bini aku dah hangin. Tu dia tak bawak kereta, kalau dia yang bawak kereta ada yang koyang rabak jadik hulk! Aku kena tempias, dok main minyak. Area pukul 5 petang baru keluar nampak matahari. Huhuhu

'Abang, lain kali sumpah tak nak lagi pegi Mid Valley!', kata bini aku. Aku sengih


Haa part ni yang paling aku suka. Selagi dia tak merasa azabnya masuk KL, selagi tu la dia tak percaya. Aku tau la sebab hari2 aku tersengguk2 ngantuk dalam jem time nak pegi keje.

Minggu depan ada Maternity & Baby Fair kat Mid Valley tapi dia dah bangkang awal2 hahaha :D

Alhamdulillah akhirnya cik bini sudah insaf dan kembali ke pangkal jalan :P

You Might Also Like

25 comments

  1. ko saje bawak cik bini time-time tu kan...

    ReplyDelete
  2. kesian bini Zal...takpelah,bawa jugalah tapi g kat kawasan sipi2 bandar pulak...

    ReplyDelete
  3. bukan syurga donia ke KL tu haha..

    ReplyDelete
  4. kalau masa ngandung dulu sy xpeduli pun sesak bagai mana pun tetp nak p.. kaki da bengkak n masuk 9 bulan masih p shopping 2-3 pagi.. padahal bukan beli apa pun.. sja nak jalan, smpai bby pun sekrg da teriku na k p jalan je kejenya

    ReplyDelete
  5. dasatnya...lama tul nk membayar parking...

    Akak kalo ke KL...mmg tak penah gi mid valley, pavilion dan mall yg besar2 ni...tak reti rasanya nk tengok2 orang jual itu ini. Gi KLCC 2x pun sbb nk gi petrosains. Ntah ler, sbb dh biasa dok taiping ni amannnn damaii jer, hehe..
    Tambah2 pulak...keluarga kitorang bkn jenis banyak wang nk berbelanja kat tempat2 mcm tu..

    ReplyDelete
  6. Tahniah kerana berjaya bawak cik bini ko ke jalan yang benar...hahah

    ReplyDelete
  7. Mak aih lama beno kt parking. Baik keluar jalan kaki cepat sampai. HEHEHEH

    Syu last pegi Mid tahun 2006. Sebab 1,xstay kl.2, pi la KL,xkan sesekali minat nk pegi Mid. SESAK! Nak jalan rasa sempit.

    ReplyDelete
  8. hahaha... saje je bawak time2 cnggitu :p

    ReplyDelete
  9. haha kesian cik bini abg tu . saje letu bawak time2 cenggitu , taknak bagi pegi dah lepas ni . mihmih

    ReplyDelete
  10. Sib baik x pg last week. Ramai org kata sesak

    ReplyDelete
  11. Macam mendera bini jer gaya nyer. Bawak pi peak hour kenapa. Harap bini kau minta second experience. haaha

    ReplyDelete
  12. pc fair kat mid vally, comferm jem kat pc fair....berhimpit3x..
    taun lepas siap ada jalannya tak leh jLn sesuka hati.mmg takleh nak patah balik kena juga sampai habis..kedai ke kedai pg...perghh!!..haha

    ReplyDelete
  13. Kesian plak kat wife tu.. tak kan dah mengaku kalah kot jalan2 kt KL?hehe..
    dulu2 duk KL suka naik LRT je ke mana2..tak lah sangkut jem..hehe:)

    ReplyDelete
  14. salam =)

    Mid Valley?teruk beno ke jem tu..ni mesti kes balik lmbt la kann..lau xnk jem,senang prking,kenela p awal..tp mmg xleh lame benaran la kt mid tu..lepas tghri mmg sesak kan..

    pergi awal pagi.. ^,^

    ReplyDelete
  15. hari tu pi jugak mid valley, ada job fair.

    ReplyDelete
  16. hehehehe.. lepas ni mesti dia dah tak nak ke sana lagi kan..hahaha.. aku pun naik menyampah kat sana tau

    ReplyDelete
  17. tak penah lg ika sampai mid valley T_T

    ReplyDelete
  18. akak masa belum ada anak dulu,sesak tak sesak akak redah je...asal apa yang dihajati tercapai..muahahah..dah ada ank ni tak boleh la..kang sakit2 rimas..

    ReplyDelete
  19. hahahahhaha..bila dah merasa baru tahu...

    ReplyDelete
  20. Hahahha.. terus insaf... bagus lah kalo cmtu.. keh3

    ReplyDelete
  21. kena plak time cuti. erk, cuti ke masa tu.. hehe

    hana pun teringin nak p sana. xpernah p pun.

    ReplyDelete
  22. kenapa aku tak thu semua ni erk.. nama je umh dekt dengan mid..tak thu plak ada PC fair tori haha..bgus la wife anda dah insaf..Mid ni memang jem. parking plak penuh mnjang

    ReplyDelete
  23. grrr lamanya kat dalam parking...mau tak rimas akak tuh..mas sendiri pun tak pernah p. (okey malu lak duk kl tapi xnah g)adoiii

    ReplyDelete
  24. hahahah. kelakar. mid valley kalau ade event masyaAllah semua tempat nak ramai

    ReplyDelete