As salam,
Last week wife aku pegi temuduga kerja, sepatutnya semalam dia dapat keputusan tapi takde panggilan pun daripada syarikat tersebut. So kitorang anggapkan yang wife aku gagal dapatkan kerja tu. Takpe la takde rezeki dia kat situ.
So semalam pun dia ada satu lagi temuduga kat sebuah kolej swasta di Serdang. Temuduga kemain rajin tapi susah nak melekat. Tengah aku terbaring dia kat sisi aku, bawak baju kurung untuk digosok.
"Ayang nak pakai baju ni la. Ayang dapat kerja dulu pakai baju ni la", dia tersengih berseloroh.
Baju kurung biru air, ada corak bergaris ke bawah. Dah lama aku tak tengok dia pakai.
Then petang semalam aku jadi supir, hantar wife aku pergi temuduga
Selepas satu jam
Wife aku datang dengan muka ceria.
"Amacam temuduga? Ok?" tanya aku.
"Ok je.. tapi kan..", wife aku diam sekejap. Aku pun diam. Mata kami bertentangan. Tapi wife aku kalah sebab dia kelip mata dulu. Ehh??
"Ayang diterima bekerja, tapi bukan jawatan admin. Ayang ditawarkan jawatan marketing executive. Bos india. Boleh start anytime.."
Ehh?? Aku terkedu jap. Wife aku sebenarnya mohon jawatan admin exec tapi dia ditawarkan marketing exec kat kolej tu. Bosnya india. Seingat aku la.. semasa wife aku kerja kat kolej di KL dulu pun, jawatan dia marketing exec dan bos kolej tu pun india..
"Gulp!", telan air liur aku. Aku terus pandang baju kurung yang dia pakai. Masin mulut wife aku.
baju ihsan Google. Baju asal dirahsiakan agar buat orang tertanya-tanya
(padahal dalam mesin basuh..cuci)
IKLAN : Baju kurung untuk disewa kepada sesiapa yang ingin memohon jawatan
marketing executive. Harap makjah!
13 Comments
hahaha..nak je sewa,tapi untuk jawatan lain,maybe warna lain..biru utk jwtan mark. exec je kot..heeee..jus joke
ReplyDeletemiahaha... ada semua boss macam tu ade taste yang same kot =)
ReplyDeleteahaks
haha terbaik punya baju kurung :D
ReplyDeletehehe. terbaikk
ReplyDeleteSempat lagi main tanding mata siapa kelip dulu. Hehe....
ReplyDeleteTahniah buat isteri dan baju kurungnya.
Pantang ada peluang terus buat bisnes ye..memang bijak..kepala otak boleh buat batu cincin nih..hahah
ReplyDeletehahaha.. rezeki Allah nak kasi dekat situ..hehe
ReplyDeletekadang2 ada satu benda yang buat semangat kita naik untuk lakukan sesuatu...saya pun ada baju feveret pegi interview keje..dan baju interview tu jugak saya akan pakai untuk first day bekerja :)
ReplyDeletewah... betul2 mengena tu. Agaknya warna baju betul2 menarik kot.
ReplyDeleteAlhamdulillah...rezeki baju.. ehhh ?
ReplyDeletesalam.. hehehe.. kalkor.. comey jer bj kurung tu.. mmg org india suke kaler tu kot..
ReplyDeletehaha.. macam karma pun ada.. tapi alhamdulillah.. rezeki.
ReplyDeletebolehlah fiza sewa untuk interview nanti kan :p..alhamdulillah rezeki kan..finally!
ReplyDelete