Tidak Sah Solat Berkain Pelikat, Kalau..


As salam,

Dah lama aku perhati tapi aku musykil. Jadi aku refer seorang ustaz untuk kepastian. Bagaimana kalau kita solat, memakai kain pelikat tapi tanpa kita sedar kita memperlihatkan lutut. Hmm.


Ustaz tu kata tak sah solat kita sebab memperlihatkan bahagian aurat yang terbuka. Korang faham kan? Biasanya berlaku kepada jemaah dalam solat. Dalam keadaan sujud rata-ratanya tak perasan bahagian lutut mereka terdedah. Mungkin kain pelikat terlalu cekang (tegang/ketat)


Jadi aku ingatkan diri dan jemaah yang lain, sebelum kita nak sujud pastikan kain pelikat kita tak terlalu cekang, dikhuatiri aurat kita akan terdedah dan solat kita menjadi tak sah. Kalau kita nampak jemaah lain dalam keadaan begitu, tegur-tegurlah ye. Kalau bimbang atau timbul rasa was-was, lebih baik lah kita pakai seluar panjang di dalam :)

Untuk pertanyaan lanjut dan sebarang kemusyikilan, rujuklah ustaz-ustaz atau mereka yang lebih arif berkaitan hal ni ye :) Wallahua'lam


11 Comments

  1. betul tu bro....lepas nie bli pelikat pants senang tak payah risau dah....he3

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat... bagus ni , saling mengingatkan..InsyaAllah utk menyempurnakan sholat kita..

    ReplyDelete
  3. Kalau tidak dilihat xpe lah kan?
    Tp baik beringt kan..

    ReplyDelete
  4. salam singgah. alhamdulillah terima kasih atas perkongsian ilmu. mungkin ada yg terlepas pandang pasal ni

    ReplyDelete
  5. dah lama tak singgah sini. haa selalu asyik sentuh bab2 orang perempuan ja. entry yang bermanfaat :)

    ReplyDelete
  6. betul juga..hurmm jd xsah lah yer..tq atas perkongsian zal :)

    ReplyDelete
  7. singgah sini....
    nice sharing....

    ReplyDelete
  8. Khusyuk bersolat tapi tak diterima kerana jahil ilmu agama..:(

    ReplyDelete
  9. Kain ihram pun sama. Jadi macam.mana tu?

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete