As salam,
Dah lama aku perhati tapi aku musykil. Jadi aku refer seorang ustaz untuk kepastian. Bagaimana kalau kita solat, memakai kain pelikat tapi tanpa kita sedar kita memperlihatkan lutut. Hmm.
Ustaz tu kata tak sah solat kita sebab memperlihatkan bahagian aurat yang terbuka. Korang faham kan? Biasanya berlaku kepada jemaah dalam solat. Dalam keadaan sujud rata-ratanya tak perasan bahagian lutut mereka terdedah. Mungkin kain pelikat terlalu cekang (
tegang/ketat)
Jadi aku ingatkan diri dan jemaah yang lain, sebelum kita nak sujud pastikan kain pelikat kita tak terlalu cekang, dikhuatiri aurat kita akan terdedah dan solat kita menjadi tak sah. Kalau kita nampak jemaah lain dalam keadaan begitu, tegur-tegurlah ye. Kalau bimbang atau timbul rasa was-was, lebih baik lah kita pakai seluar panjang di dalam :)
Untuk pertanyaan lanjut dan sebarang kemusyikilan, rujuklah ustaz-ustaz atau mereka yang lebih arif berkaitan hal ni ye :) Wallahua'lam
11 Comments
faham dan jelas disitu..
ReplyDeletebetul tu bro....lepas nie bli pelikat pants senang tak payah risau dah....he3
ReplyDeleteSalam Jumaat... bagus ni , saling mengingatkan..InsyaAllah utk menyempurnakan sholat kita..
ReplyDeleteKalau tidak dilihat xpe lah kan?
ReplyDeleteTp baik beringt kan..
salam singgah. alhamdulillah terima kasih atas perkongsian ilmu. mungkin ada yg terlepas pandang pasal ni
ReplyDeletedah lama tak singgah sini. haa selalu asyik sentuh bab2 orang perempuan ja. entry yang bermanfaat :)
ReplyDeletebetul juga..hurmm jd xsah lah yer..tq atas perkongsian zal :)
ReplyDeletesinggah sini....
ReplyDeletenice sharing....
Khusyuk bersolat tapi tak diterima kerana jahil ilmu agama..:(
ReplyDeleteKain ihram pun sama. Jadi macam.mana tu?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete