Bismillah,
Semalam puan isteri ajak keluar cari susu si Jasmeen. Almaklumlah, si Jasmeen kalau kurang makan nasi.. kuatlah tang susunya dan begitulah sebaliknya. Susunya ada je lagi, tapi sengaja aku beli lagi semalam untuk dibuat stok.
Bila di kaunter, harga yang di
scan tak sama lagi seperti seminggu yang lalu. Naik RM5 untuk sepek susu seberat 1 kg. Terkejut juga aku tapi tak seteruk puan isteri. Mula-mula dia
query sebab baru minggu sudah dia perolehi susu tersebut dengan harga lebih rendah.. tup tup belum sampai masa untuk dinaikkan harga, harga sudah pun melonjak naik.
At last aku lihat puan isteri senyap sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Aku tau dia marah. Sesiapa pun berhak rasa marah lebih-lebih lagi bila melibatkan keperluan anak. Kalau barang lain naik harga, selagi kita tak mati kalau tak beli.. boleh
discard tepi. Tapi kalau susu anak, nak tak nak terpaksa juga beli.
Aku teringat bila abah aku cerita masa kecik dulu, dia adik beradik minum susu pekat manis sebab nenek aku tak mampu beli susu tepung. Aku pandang Jasmeen kat pangkuan puan isteri yang sedang menyusu. Aku usap lembut ubun-ubunnya.
Takpe lah sayang, selagi babah dan ibu mampu menggerakkan tulang temulang ini.. selagi itu janganlah kau risau biarpun bergolok bergadai babah dan ibumu ini. Tak suap ke mulut ibu.. tak mengapalah, asal ada sesuatu untuk disuapkan ke mulutmu.
Itu apa yang aku rasa, belum lagi isteri aku kerana dia lebih berhak rasa marah kerana dia yang menanggung beban 9 bulan lamanya, mengerang sakit melahirkan anak-anak. Betullah kata mak aku
"Along dah ada anak nanti.. along tau lah macamana rasanya"
Susah payah aku.. perih jerih aku, semuanya untuk anak-anak aku. Ingah pesan babah, andaikata kau baca entri ini suatu hari nanti.. jangan kau biarkan ibumu menangis dan bersedih lagi.
9 Comments
Tu baru rege susu, blom pampers lagik..ape pon terpakse la tabahkan hati utk beberapa tahun lagik..cecah umur anak 4 thn ke atas takde risau dah bab susu n pampers nih..tu pon klau tak menambah lagik la kan..kekeke
ReplyDeletesedih pulak kita baca..itulah kan..selagi kita mampu memberikan yang terbaik untuk orang yang tersayang,
ReplyDeletedah bsar si Jasmin! ^^ jap jap. "anak-anak"? Dah bertambah ke tok? :O
ReplyDeletebiasalah perasaan motherhood tu dia lebih sikit. Gua yg belum beranak ni pun kalau boleh nk bg yg terbaik je utk anak2 buah. Tambah la anak seniri :)
Buat akak ketawa pun pandai..buat akak menangis pun pandai jugak ye...!
ReplyDeleteterima kasih sebab jadi lelaki yang paham tentang perempuan..
beruntungnya si isteri dan anak2...
Mummy pun nak marah nie..
ReplyDeleteSemoga bertabahlah kita
Memang naik banyak kan? Tak tahu mcmana nak hadapi hidup lpas ni. Mmg kena berjimat.
ReplyDeleteHai Abg Afzal and semua di sini, jemput join GA Sayang oleh Scha eh? :)
Giveaway Sayang by Scha Nazri
Comel Jasmeen. Moga jadi anak yang solehah :)
ReplyDeleteSedih betul. Itulah penangan GST. Tapi, peniaga yang tak berhemah pulak naik kepala sama. Yang kena, kita pengguna juga. Hadoi.
ReplyDeleteSubhanallah, Cair hati makcik tgk muka budak tersenyum manja tu. Ada lesung pipit plak tu.
ReplyDeleteBetul la afzal, mmg berhak kita semua marah kalau brg keperluan yg 'tak boleh tak beli' tu naik harga.