'> Aircond | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Tuesday, June 2, 2015

Aircond


Bismillah,

Last week Angah aku pergi honeymoon kali kedua. Berapa kali dia nak honeymoon pun aku tak tau padahal kalau dia main kejar-kejar ngan suami dia kat rumah pun boleh. Agak-agak dah penat berkejar kat ruang tamu.. berenang plak atas katil. Ala boleh je honeymoon kat rumah sambil mengadap gambar Pantai Cherating.


"Encik, hotel encik ni ada aircond ke?", tanya Angah masa buat reservation

"Maaf hotel kami memang tak ada aircond", jawab pelayan tu.

Angah aku pandang atas bawah.. hotel gah kemain. Rate pun ratus-ratus tapi takde aircond? Mula rasa nak marah.

"..Jangankan hotel kami, kalau Puan pergi hotel mana-mana pun kat Cameron Highland ni pun memang tak sediakan aircond"

Ok! Tetiba Angah terfikir nak buat-buat gila, berbuih-buih mulut sikit sebagai kesan khas as long orang tau bukan salah dia tanya soalan bingai macamtu tadi :)

3 comments:

  1. bhahahaha!! okey ini kelakar! >_<

    ReplyDelete
  2. Kah kah kah. Mujur tak kena maki dengan staff hotel tu. :D

    ReplyDelete
  3. Paling kelakar! Comel la Angah kamu ni.

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com