Nostalgia Kad Raya dan Mesej Bergambar

12:09 PM


Bismillah,

Dulu aku ngan Angah bergaduh pasal kad raya. Setiap kali nak menyambut Syawal, kitorang mesti bertekak kad raya siapa yang paling banyak. Kad raya tu sebagai kayu pengukur tahap kefemesan dan kepopularan kami berdua.


Asal posmen datang je, berebut-rebut kami menyambut surat. Dalam banyak-banyak tahun tu, aku pernah kalah sekali ngan Angah aku. Tu pun kurang dua kad raya kalau tak silap aku. Kelebihan aku mungkin sebab aku sekolah berasrama, kenalan pun ramai.. so tak hairan lah kalau aku banyak terima kad raya. Lagipun dulu mana la aku ada telefon bimbit.



Awak apa khabar?
Tahun  ni berapa helai baju raya?
Baju raya awak warna apa?
Tahun ni buat kuih raya tak?
Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas


Ececeh jangan nak kencing aku la. Macam la aku tak tau soalan dan pantun yang sama gak korang guna kan? Siap buat garisan tak nak bagi tulisan senget tu yang paling aku tak tahan. Agak dah banyak, aku gantung kad raya kat dinding. Perghh meriah tak hengat! Serius

Then beransur ke mesej raya bergambar. Ada mesej berkelip-kelip, mesej bersambung.. macam-macam lagi. Tu pun seronok gak walaupun tak seseronok dapat kad raya.  Asal nak raya je, konfom mesej pending.. mesej hanged. Aku selalu gak dapat dan selalunya mesej-mesej tu aku forward je. Senang kerja. Kalau kad raya, modal sikit tapi kalau hantar by mesej, 10 sen je

Kad raya atau mesej bergambar.. dua-duanya nostalgia bagi aku. Kalau la dapat diundur waktu, nak je aku sambut Syawal ke masa dulu.


P/s : Trimas Shida, kad raya awak saya baru terima semalam :)

You Might Also Like

3 comments

  1. dah lama x dapat kad raya.. sedih plak

    ReplyDelete
  2. tahun ni akak baru dapat 3 keping..tu pun dah rasa macam banyak dah tu..hehe

    ReplyDelete
  3. kannn..dulu memang selalu compete dengan akak pasal kumpul kad raya..setiap tahun of course lah Fiza menang.kahkahkah..yang mesej bergambar pulak..jenuh nak delete dalam inbox sebab dah full message lain takleh masuk..apepun sekarang dah boleh ada kad raya exclusive sendiri punya untuk bagi kat orang pulak..tunggu kad raya dari Fiza ye..heee

    ReplyDelete