Blog Sihatimerahjambu

Semangat Biskut Raya

3:15 PM


Bismillah,

Petangnya..

"Abang, kita keluar beli barang ye. Ayang nak buat biskut raya"

Aku anggukkan je kepala. Elok gak tu kalau boleh buat sendiri, dah boleh berjimat dah kat situ.


**********

Malamnya..

"Abang mintak tolong keluarkan itu.. keluarkan ini.. yang tu letak atas meja.. yang tu..bla bla bla"

"Okey", aku buat saja apa yang diminta puan isteri. Ye la dia tengah rajin nak buat biskut raya tu, aku boleh la tolong apa yang patut. Haishh bukan selalu nak merasa biskut raya air tangan puan isteri nih.

"Abang tido la ngan Jasmeen dulu ye, ayang nak stay up malam ni.. nak siapkan biskut"

Amboi semangat kemain. Daripada 10 balang yang dibeli, aku anggarkan malam tu boleh la penuh diisi paling kurang 6 ke 7 balang setimpal dengan semangat yang ditunjukkan puan isteri.


**********



Esoknya..

Aku bangun, tengok puan isteri terlentang.

Biskut raya? Ada lah satu per empat tinggi mangkuk aiskrim

Tak boleh jadi cenggini. Nak kena seru balik semangat kuih raya dia nih. Mana tercampak aku pun tak tau isk



You Might Also Like

4 comments

  1. hahah..bole dah tuu..tengah semangat kann..klau ko cuba makan nanti puji2 la skit kuih raya dia buat tu zal..sure mcm2 jenis dia buat nanti..kekeke

    ReplyDelete
  2. sambil buat sambil makan? alah afzal tolonglah sekali baru banyak leh dapat tu

    ReplyDelete
  3. Haha mungkin semangat dia tercampak sekali dalam bancuhan biskut2 dia tu.

    ReplyDelete
  4. semangat yang hilang nampaknya...hahah..

    ReplyDelete