D'Saji di Kajang Perdana Avenue


Bismillah,

Selama ni aku sangka D'Saji hanya di Tasik Titiwangsa sahaja, rupa-rupanya anak syarikat FELDA ini telah membuka 11 cawangan dan merupakan caterer terbanyak di sekitar Lembah Klang. Sebelum ni aku sempat mengunjungi cawangan mereka di Tasik Titiwangsa yang pernah dimiliki oleh Restoran Nelayan.

Semalam aku bersama team Projek Travel dijemput untuk menghadiri perasmian cawangan baru mereka yang ke 11 di Kajang Perdana Avenue oleh YB Pengerusi Kumpulan FFLDA, YB Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Bagi mereka yang masih tak tahu di mana lokasinya, ia terletak betul-betul di seberang jalan restoran Mc Donald Saujana Impian. Lokasinya pula terletak di tepi jalan besar sebelum menuju ke lebuhraya SILK.- LEKAS.


D'Saji terkenal sebagai syarikat yang menyediakan khidmat majlis perkahwinan, catering lauk untuk sebarang majlis dan venue untuk majlis perkahwinan. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan masakan mereka sangat berkualiti dan sedap.


Kajang Perdana Avenue mampu menempatkan seramai 200 orang tetamu di ruang berhawa dingin, 250 orang di setiap kiri dan kanan di bahagian luar dan menjadikan seramai 700 orang tetamu dalam satu-satu masa. Di situ juga disediakan kemudahan parkir kereta dan motosikal, tandas dan surau. Lokasinya yang mudah dicari juga merupakan faktor utama mengapa Kajang Perdana Avenue menjadi pilihan pasangan bakal pengantin terutamanya di sekitar Kajang, Bangi dan Putrajaya.




Sehingga semalam (hari perasmian), sebanyak 69 tempahan telah diterima oleh pihak D'Saji untuk majlis perkahwinan sahaja. Selain majlis perkahwinan, D'Saji juga menyediakan pakej untuk majlis makan malam, majlis pertunangan, majlis aqiqah, majlis akad nikah, hari keluarga, kem motivasi dan seminar.


Aku sangat berpuas hati dengan servis dan makanan yang disediakan semalam. Sangat pantas mengangkat pinggan yang sudah diguna dan makanan baru di refill dari semasa ke semasa. Tak usah risau tentang panas cuaca kerana majlis diadakan di dalam ruang berbumbung yang terbuka untuk pengudaraan ditambah dengan kipas saiz gergasi (kipas helikopter) pada siling bangunan. Kebanyakan majlis-majlis kahwin yang biasa aku hadiri sebelum ini juga mengambil tempahan daripada pihak D'Saji.






Bagi yang merancang untuk mengadakan majlis dalam masa terdekat, segeralah menghubungi pihak D'Saji untuk tempahan awal. Takut kalau lambat nanti jadual penuh. Untuk tempahan, sila hubungi

                                                                NOOR AZIMAH MOHD AINI
                                                                Sales & Reservation Department
                                                                Tel : 014-277 6323
                                                                       : 03-2698 8302

                                                                EMILDAH SAINI
                                                                Sales & Reservation Department
                                                                Tel : 017-288 6920
                                                                       : 03-2698 8302

                                                                Fax    : 03-2694 4159
                                                                Emel : d'saji@felda.net.my


Terma kasih diucapkan kepada pihak D'Saji kerana sudi menjemput dan team Projek Travel kerana memberi ruang dan peluang untuk mengikuti perasmian cawangan terbaru D'Saji di Kajang Perdana Avenue.


14 Comments

  1. bestnya makan...
    bestnya tengok makanan yang banyak tersusun tu...

    sambil2 tu jom singgah ke blog saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sedap masakan dorang. kira berbaloi la kalau hire dorang utk majlis @ kenduri kahwin :)

      Delete
  2. wow...bestnya..menu nampak sedapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik itah lepas ni kenduri cik itah boleh la hire dorang ye huhu

      Delete
  3. Apam balik tu sedap.. alaa gambar kita dr belakang erkk stress tgk,, hahahhaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya plak lupa nak makan apam balik tu. atas moto baru teringat :'(

      Delete
  4. hebat sungguh makanan diorang. rasa macam nak tapau

    ReplyDelete
  5. Uuuuuu, lauk pauk dia nampak best. Sedap. Untunglah dapat pegi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah dapat test masakan dorang kat sana. even mee goreng dorang pon sedap hahaha. unsangkarable :D

      Delete
  6. slurp slurpppp sedapppnyaaaaa.... meriahnya tgk suasana mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaza punya kenduri nanti boleh pilih d'saji ye :D

      Delete