Lights Out : Filem Genre Seram Kini Di Pawagam

1:01 PM


Bismillah,

Aku ni bukan penakut, cuma lemah semangat je tapi minat sangat dengan cerita bergenre seram. Baru baru ni aku tengok trailer movie ni kat tv. Tajuk dia Lights Out, mak aih terkucil aku terkejut. Bila tengokkan cerita ni, aku teringat cerita Darkness Fall dulu. Lebih kurang sama je ceritanya.

Filem ini diarahkan oleh James Wan, pengarah filem Conjuring. Ia mengisahkan seorang kakak yang cuba menyelamatkan adiknya daripada diburu hantu yang muncul sewaktu mereka bergelap. Dalam pada itu satu persatu misteri kewujudan hantu itu terbongkar yang mengaitkan sejarah silam keluarganya.


Aku kalau nak tengok ni, kompom puan isteri taknak ikut sebab dia mudah bawak cerita cerita seram ke dalam mimpi dia. Pastu mula la mengigau. Tapi kalau ada peluang memang aku nak pergi tengok. Dah berada di pawagam seluruh Malaysia 21 Julai 2016. Filem ini berada di tangga ke-3 di US dengan kutipan sebanyak USD21.7M selepas tujuh hari tayangan. Aku baca banyak komen positif dan mengatakan filem paling seram untuk tahun ini.

Seram atau tak, apa kata kita layan TRAILER filem ini dulu. Kalau berani, kita proceed tengok di pawagam. Kalau tak berani, kita tengok je poster dia depan pawagam hahaha.





Lepas tengok, konfom korang tido tak nak tutup lampu hehehe.



You Might Also Like

10 comments

  1. lemah semangat juga tahap sampai tak lalu tengok cite seram..haha
    kalau nak tengok juga, bantal kena ada cover muka
    malam tidur, lampu mesti pasang...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kita geng la kiranya ni hahaha :D bukan takut, cuma antu tu je tak takut kita :D

      Delete
  2. Seram tengok.. part yang kat rumah kak dia tu, dgn part last tu masa rumah mak dia... perghhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tengok banyak scene terkejut2 hoho. Mcm citer conjuring gak. Ko dah tgk ye?

      Delete
  3. hahaha. Macam x mampu je fyna nak tgk filem nih.

    ReplyDelete
  4. Memang taklah nak tengok cerita seram, nanti masuk dapur pun nak berteman..

    ReplyDelete
  5. Cerita ni ada yg cakap best, ada jugak yg cakap tak best. Boleh review filem Jason Bourne? Ehehehe nak tahu jugak. :D

    ReplyDelete
  6. Cerita ni ada yg cakap best, ada jugak yg cakap tak best. Boleh review filem Jason Bourne? Ehehehe nak tahu jugak. :D

    ReplyDelete
  7. kekadang malas nak tengok cerita seram ni..lambat nau waktu siangnya..rimas tengok gelap je.haha

    ReplyDelete