'> 6 Sebab Austin Heights Golf and Hotel Resort Menjadi Pilihan Terbaik Pengunjung | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Saturday, August 6, 2016

6 Sebab Austin Heights Golf and Hotel Resort Menjadi Pilihan Terbaik Pengunjung


Bismillah,

Minggu lepas aku berpeluang turun ke Johor Bahru untuk pelancaran satu majlis di sana. Bagi melengkapkan perjalanan dua hari di sana, kami ditempatkan di sebuah hotel yang asing bagi kami lebih lebih lagi bila kami lihat sebuah hotel yang tersergam megah di atas bukit yang mana pemandangan sekelilingnya adalah padang golf seluas saujana mata memandang. Mula mula aku rasa macam tengah shooting filem seram plak tapi rupa rupanya macam dalam cerita Cinderella haha.
Dan apa yang buat aku rasa berbaloi sangat penginapan hujung minggu aku  tu di Austin Heights Golf and Hotel Resort?
PERTAMA
Bilik bilik yang disediakan sangat besar dan selesa. Aku maksudkan bilik biasa ye. Aku anggarkan bilik tersebut boleh memuatkan 8 katil bersaiz king. Boleh main kejar kejar kot dalam bilik tu. Setiap bilik mempunyai dua katil bersaiz queen, ada tab mandi, kerusi rehat yang selesa dan tv bersaiz 60 inci. Sebenarnya boleh aku katakan bilik bilik di sana.. bersaiz dewan atau setaraf rumah 3 bilik! Dan apa  paling mengejutkan rate harganya lebih murah berbanding rate bilik biasa di hotel bertaraf 5 bintang yang lain
Ruang legar di hadapan bilik, bilik jacuzzi dan pawagam
saiz bilik biasa/normal
KEDUA
Selain bilik biasa, mereka juga ada menyediakan bilik lain yang lebih mewah seperti suite presiden dan suite premium. Apa yang menariknya, suite presiden menyediakan 2 bilik, 2 tandas, 2 tab mandi, 1 ruang tamu dan ada sauna. Yang membezakan suite presiden dan suite premium, suite premium ada bilik corner lot yang mana dindingnya adalah cermin kaca tembus pandang menghadap kehijauan padang golf. Itulah tarikan utama bilik tersebut selain mempunyai 3 buah bilik.
suite premium
suite presiden
KETIGA
Jangan main main, di resort ni ada pawagam hokay. Ada dua bilik pawagam yang mampu menempatkan seramai 30 hingga 50 orang pengunjung dalam satu satu masa. Ada banyak filem baru yang ditayangkan contohnya last seen aku tengok Independence Day 2016. Ditambah plak adjustable chair yang sangat empuk dan selesa sampai boleh baring baring bagai. Macam katil pon ada, boleh tengok movie sambil santai santai. Ko ada?
KEEMPAT
Ada jacuzzi weh haha. Aku tak sempat mandi tapi serius best. Besar kot boleh masuk ramai dalam kolam tu. Bukan satu tapi ada dua. Satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan. You should try this when you reach here.
KELIMA
Untuk peminat sukan golf, aku cadangkan Austin Heights Golf and Hotel Resort sebagai tempat korang pukul bola banyak banyak. Humangaih bapak besar padang golf dia. Aku tak pasti berapa lubang tapi jauh gak la kitorang memusing naik buggy. Sejam.. tak tak, sejam lebih kot. Tak mustahil one day lokasi ni akan dipilih untuk any big tournament bertaraf antarabangsa sebab saiz dan lokasinya.
KEENAM
Tarikan paling menarik, yang paling awesome dan paling cool ialah theme park! Ni bukan calang calang theme park hokay. Bukan kolam biasa yang boleh korang jumpa kat hotel hotel di Malaysia.. tapi taman tema setaraf Sunway Lagoon. Mungkin lebih hebat lagi. Lokasinya tak jauh daripada hotel dan kalau korang menetap di Austin Heights Golf and Hotel Resort, wajib untuk korang singgah di Austin Theme Park. Bukan setakat taman tema air, tapi ada 4 lagi jenis sukan dan permainan lain yang mampu menarik minat pengunjung untuk ke sana. Apa lagi permainan yang ada? Nanti aku story dalam next entry sebab kalau aku cerita kat sini, confirm ni entry paling panjang pernah aku buat hahaha.
Cukuplah 6 sebab untuk aku nyatakan di sini kenapa Austin Heights Golf and Hotel Resort menjadi lokasi terbaik kepada para pengunjung yang ingin menetap di Johor Bahru. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi yang aku listkan ni yang super duper awesome Aku sangat puas hati dan potensi aku nak repeat balik ke sini sangat tinggi.
Highly recommended dari kami sekeluarga dan geng blogger. Serius tak rugi beb. Sangat berpuas hati. Aku bagi 5/5 bintang. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh la hubungi nombor yang tertera di bawah.

credit gambar akumohdfakhrulislam.com | sayaiday.com |

6 comments:


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com