Dashing Adventurer 2.0 : Revolusi Wangian Lelaki


Bismillah,

Aku pengguna produk Dashing semenjak sekolah menengah lagi. Tapi time tu aku hanya mampu guna bedak dan body spray je la. Ye la budak sekolah lagi time tu. Kalau dapat pakai perfume Dashing pun, dapat dari kengkawan lain. Time tu kalau pakai Dashing, rasa dah cukup maskulin dah. Kira dah boleh kahwin la katakan haha.

Tapi sekarang produk Dashing sedikit demi sedikit mengalami revolusi dan inovasi seiring dengan perkembangan semasa. Terbaru Dashing memperkenalkan koleksi ADVENTURER 2.0 yang merangkumi Deodoran, EDT dan wangian Roll-On. Untuk produk terbaru ini dirumus untuk lebih tahan lama dan khas untuk lelaki yang lasak dan aktif.


Produk ini di datangkan dengan dua (2) variasi iaitu BOLD 2.0 dan EDGE 2.0. BOLD 2.0 beraroma akuatik, aroma patchouli dan nuansa lumut. Kombinasinya menghasilkan wangian yang menyegarkan, tidak terlalu keras dan manis. Bagi EDGE 2.0 pula, harumannya berbau citron iaitu kupasan lemon dan daun lemon ditambah juga dengan geranium tumbuhan hijau, kayu cedar, kayu gaharu dan lumut. Baunya lebih kuat dan mempersonakan.

Aku suka kedua-dua variasi ADVENTURER 2.0 yang ditampilkan Dashing kali ni. Aku pengguna Dashing BOLD 2.0. Tapi bila aku pakai, kawan perempuan aku pun suka akan baunya. Dia kata baunya tak terlalu keras, dan tak juga terlalu lembut. Baunya tahan lama. So dia pun beli satu variasi BOLD 2.0.


Nah sekarang ternyata Dashing ADVENTURER 2.0 bukan sahaja untuk lelaki malahan boleh juga dipakai dan digemari oleh wanita masa kini yang bersifat lebih aktif. Ye la kalau lelaki pakai, dia tak pakai untuk dirinya sahaja. Dia juga akan pastikan pasangannya juga suka akan baunya. Itulah yang dihasilkan Dashing ADVENTURER 2.0.


Cuba sendiri dan rasai kelainannya berbanding versi sebelum ini. Pada aku, aku lebih sukakan wangian Dashing ADVENTURER 2.0 kali ini. Aku berbangga produk ini mengalami evolusi sehingga menjadi sehebat ini.


3 Comments