Kembalikan Memori Permainan Tradisional Bersama Lengit By Guligeng


Bismillah,

Siapa sangka suatu masa dahulu permainan Baling Tin, Kejar Teng Teng, Konda Kondi atau Rounders menjadi kegilaan kanak-kanak yang lahir di zaman 80 an macam aku boleh dimainkan semula pada hari ni?

Dulu asal balik sekolah petang je, kami akan ke kawasan lapang untuk bermain Rounders. Hari berikutnya main Baling Selipar. Kalau tak cukup korum, kami dalam kuantiti yang kecil berkumpul untuk bermain Ceper atau Tutup Tin. Tak pun Tepuk Daun Terup. Amacam? Ada yang masih ingat lagi?


Minggu lepas aku berpeluang merasai kembali keseronokan bermain permainan tradisional setelah hampir 20 tahun ia ditinggalkan. Syarikat Guligeng Event telah dilantik oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk memeriahkan acara tahunan Festival Laman Seni Shah Alam dengan pengisian acara Permainan Tradisional.



Guligeng adalah syarikat perunding acara yang mana kelainannya berbanding syarikat lain ialah mereka mengetengahkan acara dan permainan tradisional. Mereka menerima banyak permintaan di kalangan syarikat dan agensi sama ada korporat mahupun kerajaan untuk mengendalikan majlis. Melalui acara seperti ini, matlamat mereka untuk melihat aktiviti kekeluargaan di antara ibu bapa dan anak-anak contohnya di majlis Hari Keluarga atau Hari Lahir tercapai.


Hari tu kami berpeluang untuk bermain beberapa jenis permainan tradisional antaranya Kaki HantuTerompah Gergasi dan Baling Tin. Aku sampai ke sudah tak dapat imbang badan bila bermain Kaki Hantu. Kerjanya asyik nak jatuh je. Tapi kehebatan kumpulan kami jelas terserlah apabila mengalahkan pasukan lawan dalam pertandingan Baling Tin.


Sebenarnya ada banyak lagi acara yang boleh dipertandingkan. Kalau nak diikutkan aku nak main semua. Yela bila lagi kita dapat peluang berkumpul dan mengembalikan kegemilangan permainan sewaktu kita kecil dahulu. Penat, memang penat.. tetapi hilang bila difikirkan rasa seronok bermain. Dapat berkumpul sesekali macam tu, rasa happy sangat.

Untungla PonPon Aiskrim diberikan secara PERCUMA sepanjang hari tu. Pantang penat sikit je mesti cari aiskrim PonPon dulu. Bukan setakat percuma, tetapi sedap plak. Rugi la siapa yang tak cuba aiskrim PonPon ni hari tu.


Aku sangat berterima kasih kepada syarikat Guligeng, kerana inisiatif mereka untuk membawa permainan tradisional kepada masyarakat sedikit sebanyak dapat membuka minda anak-anak muda berkaitan permainan orang lama. Sekurang-kurangnya kami berpeluh dan pada masa yang sama kami enjoy.



Jadi kepada mereka di luar sana yang berminat untuk mengembalikan kenangan permainan tradisional dalam acara hari keluarga atau aktiviti korporat, boleh la terus hubungi syarikat Guligeng seperti yang tertera di bawah :


                                      Facebook : www.facebook.com/LengitbyGuligeng
                                      Laman web : www.guligeng.com
                                      Instagram : www.instagram.com/permainan.tradisional.malaysia
                                      No. telefon : 012-2488816 (Puan Yati) / 012-3963875 (En. Rahman)


Kredit gambar : #engkorangsemua

4 Comments

  1. ada kerja kosong tak dekat guligang? tengah cari kerja ni...nampak macam best ja kalau dapat kerja situ =)

    ReplyDelete
  2. haah, semua pun memori. xjumpa dah maenan2 ni sekarang. huhu

    ReplyDelete
  3. Tudiaaa, mulut koi... hahaha seronok main ritu ni.. kesan lebam kenangan pun hado lagi ni.. wkwkwkkww...

    ReplyDelete