'> Burger Babi Dinamakan P.Ramly | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Tuesday, October 25, 2016

Burger Babi Dinamakan P.Ramly


Bismillah,

Terkejut dengan artikel yang diambil daripada BH Online, sebuah restoran makanan segera yang terletak di salah sebuah pusat membeli belah Damansara telah mengeluarkan sejenis burger daging babi dengan menggunakan nama Melayu. Restoran tersebut yang menawarkan menu berasaskan daging babi dan telah lama beroperasi dan membuka cawangan di Melaka dan Negeri Sembilan tidak rasa bersalah apabila menamakan menu baru burger mereka sebagai P.Ramly sejak 31 0gos 2016 yang lalu.


Nama tersebut sangat tidak sesuai dan sinonim dengan nama Melayu yang terang-terangan menolak daging babi sebagai makanan dan haram dimakan. Apatahlagi menggunakan nama seakan-akan nama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, seorang tokoh dan seniman tanah air.


Walaupun apa alasan mereka, dengan menamakan burger tersebut dengan nama Melayu amatlah tidak wajar. Point apa yang mereka cuba sampaikan selain cuba mengelirukan masyarakat. Dalam banyak-banyak nama, kenapa nama tersebut dipilih? Kenapa bukan Burger Jalur Gemilang? Atau Burger Rojak yang aku rasa lebih sesuai diletakkan sebagai lambang kesatuan dan perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia.

Tindakan mereka meletakkan nama P.Ramly sebagai nama burger berasaskan daging babi tersebut turut dikecam netizen di laman Facebook. Rata-ratanya sangat tidak bersetuju dan meminta penjelasan di atas isu ini. Kalau mereka beralasan ini cuma salah satu cara untuk mereka mempromosikan restoran, mereka memang silap.




Aku harapkan pihak restoran makanan segera tersebut segera mengambil tindakan ke atas isu ini dan menjaga sensitiviti masyarakat Malaysia terutamanya yang beragama Islam. Beberapa laporan daripada netizen juga telah dihantar ke Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk tindakan susulan.



2 comments:

  1. memang tak patut bagi nama macam tu boleh mengelirukan orang Islam je..ish ish

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com