Bismillah,
Sarapan adalah menu wajib yang diperlukan oleh badan kita setiap hari. Mak aku pernah kata, tak apa kalau aku tak makan tengahari tapi jangan sesekali miss breakfast memandangkan aku pun tengah jaga berat badan ni. Kalau mak aku sendiri dah kata macamtu, wajib aku kena ikut.
Kenapa Pengambilan Sarapan Itu Penting?
Kalau aku tak ambil, aku mula rasa mengantuk. Mungkin sebab tiada makanan yang boleh diproses untuk menghasilkan tenaga. Kalau tak ada tenaga macamana aku boleh buat kerja? Tetapi kalau ambil sarapan secara berlebihan pun tak bagus. Boleh menyebabkan mengantuk dan jadi malas nak buat kerja. So ambil sarapan ikut mana yang kita perlu sahaja. Kalau aku tak bawa sarapan sekalipun, kawan-kawan aku mesti akan offer sarapan yang dorang bawa kat aku. Baik kan?
Sarapan Apa Yang Bagus Diambil?
Penting untuk makanan yang boleh membekalkan tenaga lebih-lebih lagi macam aku yang lunch tak menentu. Aku akan makan nasi lemak, nasi goreng atau nasi berlauk tetapi dalam portion yang sedikit. Nasi selain mengandungi karbohidrat, ia juga mengandungi kanji yang mana kalau diambil berlebihan akan menyebabkan mengantuk. Paling baik kalau dapat ambil sarapan berserat seperti roti sandwich berserat dan buah buahan. Tapi kalau tak sempat sangat nak cari sarapan, aku akan beli sahaja di restoran makanan segera. Yang penting aku kena ambil sarapan.
Kenapa Mesti Dipadankan Dengan Susu?
Sebenarnya dengan susu sahaja cukup untuk mewakili sarapan seharian kita. Susu kaya dengan nutrisi penting seperti Kalsium, Magnesium, Fosforus, Vitamin A, B², C, D³,Selemin yang baik untuk tulang, gigi, mata dan badan. Selain daripada itu susu juga mengandungi Laktosa yang mudah dicerna dan diserap oleh badan. Pengambilan susu berkalsium tinggi dapat membantu menguatkan dan membina sel-sel tulang. Aku mula mengambil susu berkalsium tinggi secara serius sejak 13 tahun yang lalu selepas aku mengalami kemalangan jalan raya. Kaki aku patah dan terdapat jangkitan pada tulang.
Nak buat memang tak sempat. Mujur lah Dutch Lady ada susu kotak. Senang nak bawa ke mana-mana lagi-lagi ke tempat kerja. Aku bukan sahaja minum susu Full Cream dan Low Fat High Calcium, tetapi aku juga minum kesemua perisa susu Dutch Lady. Jangan pelik walaupun aku botak macam kaki pukul, tetapi aku suka perisa strawberi. Pink-pink gitew hahaha.
Inilah cabaran 7 hari sarapan aku bersama Dutch Lady. Cerita korang pula macamana?
7 Comments
hari2 breakfast dengan tamar koko + ESP + air kosong. alhamdulillah kenyang lama :)
ReplyDeletesusu dutch lady perisa strawberi memang sedap!
ReplyDeleteSama juga, makan tak tentu tapi kalau berat, memang portion sikit. Asalkan ada sarapan, tak adalah perut kena tahan sampai lunch kan?
ReplyDeleteSatu kotak tak cukup
ReplyDeletehee~ pek nih sampai jek, anak kaka rembat 3 kotak.. dah la tinggal 4 kotak nak siapkan task.. nanges weyh..
ReplyDeletefavourite ena. Even until now ena memang minum setiap pagi..
ReplyDeleteBiasa minum susu ni sebelum tidur je :)
ReplyDelete