Bismillah,
Kalau korang tak tau nak lepak mana petang-petang kat area
Shah Alam, nak cuba suasana baru.. apa kata korang ajak kawan korang ngeteh di
Jom Santai @ Pendeta Coffee House yang terletak
INTEKMA Resort.
Ada apa kat sana? Sebab di
Jom Santai @ Pendeta Coffee House ada menyediakan makanan dan minuman petang kegemaran rakyat Malaysia. Contohnya macam goreng pisang, mee goreng mamak, kuey teow goreng, murtabak, cucur udang, laksa dan mee rebus. Apa yang menariknya setiap hidangan akan diberi sama ada air teh tarik atau nescafe secara
PERCUMA.
Harga pun murah hanya serendah RM6.90/set sahaja. Konsep
Jom Santai @ Pendeta Coffee House ini adalah menyajikan makanan "
LIVE COOKING" daripada chef yang berpengalaman. Korang boleh memesan makanan panas-panas daripada chef itu sendiri.
Kafe ini beroperasi daripada pukul 4.00 petang hingga 10.30 malam setiap hari. Di sana juga ada disediakan kemudahan bilik solat, ruang parkir yang luas dan kemudahan servis
buggy untuk para pengunjung yang datang. Jadi jangan risau sebab pada aku semuanya
complete di sana.
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi :
Jom Santai @ Pendeta Cafe House
Hotline : +603 5522 5009/5000
Instagram : @intekmaresort
Twitter : @intekmarcc
Facebook : INTEKMA Resort & Convention Centre
3 Comments
Huishh bestnyaaa tengok juadah makanan untuk waktu petang. Semua nampak sangat tempting
ReplyDeleteMacam best je kat sini...nama je duk shah alam tapi tak pernah pergi pun kat intekma resort ni...
ReplyDeletetempat pun santai je tengok. best best best!
ReplyDelete