Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo

11:50 AM


Bismillah,

Siapa sangka disebalik kejayaan pengasas Asyikin Exclusive, Puan Nur Asyikin Rahmat mengembangkan perniagaannya sehingga kini rupa-rupanya ada kisah yang lebih getir yang telah dilalui dan ditempuhinya sebelum ini. Sedikit sebanyak kisah tersebut telah memberi kesan kepada diri aku.


15 tahun yang lalu setelah tamat sekolah, beliau telah dilamar oleh seorang jejaka Tang Guo Hua atau lebih dikenali sebagai Haji Ishaq Tang Guo Hua yang berasal daripada sebuah perkampungan kecil di negara China yang bernama Tang Wang . Bagaimana wanita semuda itu telah memilih jodohnya dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Bagaimana dia melalui saat-saat getir sebelum empayarnya dibina tanpa ada satu sen di tangan.


Kini Asyikin Exclusive dimiliki oleh Puan Nur Asyikin Rahmat yang berasal daripada Melaka manakala BaBa Nyoya Shop merupakan syarikat tekstil yang diusahakan oleh suaminya Haji Ishaq Tang Guo Hua. Catatan Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo merupakan kisah percintaan dua benua, cara hidup dan bahasa yang jauh berbeza. Walaupun sudah menjangkau 15 tahun, tuan Haji Ishaq Tang Guo Hua masih belum fasih menuturkan bahasa Melayu dalam perbualannya. Setiap kata-katanya ada sahaja yang mencuit hati kami yang mendengar. Beliau lebih fasih berbahasa Arab kerana dahulu beliau menyambung pengajian bahasa Arab di sebuah institusi pengajian tempatan di Terengganu.


Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo merupakan jurnal perjalanan suka duka, jatuh bangkit dua orang usahawan sebelum membina empayar. Kisah mereka banyak memberi kesan kepada aku dan sebagai suntikan motivasi lebih-lebih lagi kepada usahawan di luar sana. Selain daripada itu aku kenal sebuah lagi perkampungan terpencil di sebuah daerah di negara China yang masih kekal dengan alam semulajadi.


Aku terpegun apabila Puan Nur Asyikin Rahmat menceritakan bagaimana dia memanaskan batu-batu kelikir dan diletakkan di bawah tilam sebelum tidur untuk memastikan mereka tidak kesejukan. Bagaimana mereka boleh terus survive sebagai pasangan suami isteri sehingga dikurniakan beberapa orang cahaya mata. Itu adalah sesuatu yang sukar dan pada aku itu lebih kepada pengorbanan.


Tak kering gusi kalau korang lihat gelagat pasangan suami isteri ini di dalam rancangan Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo. Rancangan ini ditayangkan sebanyak 9 episod pada setiap hari Ahad di Astro Oasis, pukul 7.30 malam. Sekarang dah episod ke 5 dan 4 more episode to go.

Layan ceritanya sebab jalan cerita dan penyampaiannya juga santai. Keletah suami isteri ini juga tak habis-habis buat aku tersenyum sendiri. Tak rugi kalau korang berpeluang untuk menontonnya.



You Might Also Like

3 comments

  1. kagum betul lah dengan semangat diorg ni..dr di bawah sampai lah dah berjaya masih lagi berusaha keras

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang Ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:+62852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
      KLIK-> PESUGIHAN TOGEL

      Delete