Bismillah,
Lately ada ramai tanya aku mana mana lagi tempat makan yang aku nak terjah. Haha sabar.. sabar. Satu satu la ye. Makan, makan jugak. Tapi kesihatan dan perut kena jaga. Kang makan banyak-banyak sakit plak aku haha. Tapi hari ni aku nak list kan beberapa online food delivery yang boleh korang cuba. Bukan sahaja sedap malah menjimatkan masa bagi mereka yang sentiasa bizi dengan kerja dan tiada waktu untuk keluar. So check it out.
Saleduck merupakan portal membeli belah online dan tidak asing dikalangan warga kota. Sejak kebelakangan ini, trend
online food delivery mula popular di Lembah Klang. Daripada Nasi Lemak Salad
hingga ke Nutella French Toast yang dihantar terus ke rumah korang, semua vendor ini menawarkan pelbagai jenis hidangan yang
unik dan lazat.
Pilihan ini sesuai untuk hari di mana korang memerlukan makanan yang enak tetapi malas untuk keluar atau menyediakannya sendiri. Di Saleduck, korang boleh dapatkan beberapa senarai online food delivery yang boleh korang pilih sendiri. Sebelum itu, jangan lupa untuk lawati laman web Saleduck untuk tawaran hebat daripada beberapa laman web di bawah untuk lebih banyak penjimatan.
Pilihan ini sesuai untuk hari di mana korang memerlukan makanan yang enak tetapi malas untuk keluar atau menyediakannya sendiri. Di Saleduck, korang boleh dapatkan beberapa senarai online food delivery yang boleh korang pilih sendiri. Sebelum itu, jangan lupa untuk lawati laman web Saleduck untuk tawaran hebat daripada beberapa laman web di bawah untuk lebih banyak penjimatan.
Chai Salad Bar
Ucapkan
selamat tinggal kepada salad dengan sayur-sayuran yang membosankan dan selamat datang kepada sayur-sayuran segar dan topping lazat. Chai Salad Bar membolehkan
pengunjung memesan makanan mereka secara online dan pesan home delivery. Pilih
daripada senarai gabungan signature mereka ataupun buat salad korang sendiri
daripada pilihan yang terdiri dengan 70
bahan dan 15 jenis kuah seperti mi soba, quinoa, labu panggang, kimchi dan
banyak lagi. Bukan hanya untuk vegetarian, Chai Salad Bar juga memenuhi pencinta daging
dengan Steakhouse Salad mereka, satu
kombo enak yang terdiri daripada daging panggang, caramelised onions,
kentang, bayam dan diakhiri dengan sos blue cheese. Untuk selera Malaysia yang
asli, pilih Nasi Lemak Salad atau Chicken Rice Salad - rasa yang sama tetapi
lebih sihat!
Dish by Ili
Jika korang minat makanan yang dimasak penuh dengan kasih sayang, Dish by Ili adalah
pilihan terbaik. Daripada masakan ala kampung seperti Ayam Masak Rendang Api ke
kegemaran peranakan seperti Ayam Pongteh, korang boleh harapkan masakan gaya
tradisional dengan sentuhan dari Ili. Dihantar dalam bekas tiffin gaya old
school, Dish by Ili dibina atas konsep bahawa makanan seharusnya dikongsi
dengan orang yang anda hargai. Menu di Dish by Ili amat sesuai untuk dikongsi
bersama dua atau tiga orang - bergantung kepada saiz selera korang.
Foodmatters.me
Foodmatters.me
adalah perkhidmatan
“healthy meal delivery” yang mempunyai menu fusion, Asia dan Barat dengan
karbohidrat rendah, rendah lemak, pilihan vegetarian dan bebas gluten. Menu di Foodmatters.me direka oleh pakar pemakanan Alexandra Prabaharan, yang disahkan
oleh AFPA turut menawarkan hidangan
tempatan seperti Nasi Ulam, Ayam Percik dan Nasi Lemak - semuanya berada di
bawah 500 kalori dan sesuai ketika korang mempunyai keinginan untuk makanan
tradisi Malaysia yang sihat. Dengan hidangan yang bermula dari RM10, Foodmatters.me adalah bukti bahawa pemakanan yang sihat tidak perlu datang
dengan harga yang mahal.
Yumcious
Sebuah
online marketplace untuk masakan halal, Yumcious terdiri daripada online
komuniti yang menyediakan hidangan lazat dengan pelbagai jenis cuisine. Menjadi salah satu pilahan aku kerana ia membolehkan kita mencari makanan yang lazat di seluruh KL
di samping mewujudkan platform untuk tukang masak berkongsi ciptaan mereka dengan
komuniti pencinta makanan. Naikkan selera korang dengan pilihan seperti Mee Kari
dan Mee Siam atau cuba sesuatu yang baru seperti Spiced Chicken Rissoles atau
Soft Shell Crab Spaghetti dengan daun kari beraroma dan cili padi, komuniti
Yumcious bersedia untuk membawakan pilihan makanan enak terus ke rumah korang.
DahMakan
Dapatkan makanan yang sihat setiap hari dengan
DahMakan. Korang boleh pilih
daripada tiga hidangan setiap hari dan ia akan dihantar terus ke rumah korang secara PERCUMA. Langgan pakej hidangan dan pesan sehingga 100 jenis hidangan. Antara hidangan kegemaran aku termasuklah French Lamb Stew with Wild Rice dan Peri
Chicken with Tomato Pilaf Rice. Beritahu keluarga, rakan-rakan dan rakan
sekerja korang dengan pilihan Group Order daripada memesan makanan
yang tidak sihat seperti pizza yang kebiasaannya berminyak.
Jadi amacam dengan juadah pilihan makanan yang aku syorkan melalui portal online Saleduck? Menarikkan? Bukan itu sahaja, korang boleh dapati perbagai lagi jenis makanan dan juadah menarik di sana. Lagi menarik bila segalanya terletak dihujung jari korang.
Selamat menjamu selera!
6 Comments
wah menarik ni untuk mereka yang sibuk. boleh klik klik saja. entry sangat membantu sis.
ReplyDeletejemput singgah baca entry terbaru di blog saya sis..:)
http://dotneeda.blogspot.my/2017/03/set-penjagaan-wajah-nutriwhite-yang.html
wah menarik ni😍
ReplyDeletepernah beli kat dah makan ni.. tp kan kawasan beranang tak cover la.. husband kena ambik kat ofis huhuhuhu
ReplyDeleteadoi !! lagi bertambah malas la kite nak masak ha.. hahahaha~
ReplyDeletemenarik ekk bisnes gini.
ReplyDeletekretif.
memang tak keluar rumah la jawabnya lepas ni..hihi
ReplyDelete