Jom Meriahkan Hari Peladang Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017


Bismillah,

Tak lama lagi Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani akan menganjurkan Sambutan Hari Peladang Penternak Dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2017 (HPPNK) yang bertempat di tapak MAEPS Serdang, Selangor. Sambutan tersebut bakal berlangsung dari 28 September 2017 sehingga 1 Oktober 2017 dan melibatkan pelbagai agensi khususnya dari pihak peladang, penternak dan juga nelayan.


Tahun ini HPPNK 2017 menjadikan "Makanan Kita Masa Depan Kita" sebagai tema untuk sambutan Hari Peladang Penternak Dan Nelayan Kebangsaan 2017 dan mensasarkan sebanyak setengah juta pengunjung dalam tempoh 4 hari tersebut. Tapak MAEPS Serdang dipilih sebagai lokasi Sambutan Hari Peladang Penternak Dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK) kerana kemudahan dan fasiliti lengkap yang ada di sana selain mampu menampung bilangan peserta dan pengunjung yang bakal hadir nanti.


Program anjuran Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani ini bertujuan untuk mengangkat martabat peladang penternak dan nelayan ke satu tahap yang lebih tinggi dan memastikan kesinambungan pengeluaran hasil ladang, ternakan dan tangkapan laut berterusan seiring dengan tema yang ditetapkan tahun ini iaitu "Makanan Kita Masa Depan Kita".


Dengan adanya program sebegini peladang, penternak, nelayan dan juga usahawan diberi penghargaan, dorongan dan galakan untuk terus menghasilkan produk yang lebih bermutu dan mampu menyaingi produk-produk keluaran luar negara. Selain daripada itu, ia juga mampu mempromosikan dan memperkenalkan hasil keluaran tempatan kepada masyarakat yang selama ini tidak diberi pendedahan tentang betapa bermutunya produk-produk yang ada.


Sehubungan itu satu anugerah khas bakal disampaikan sewaktu majlis perasmian Sambutan Hari Peladang Penternak Dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK) itu nanti. Dengan adanya anugerah seperti itu, ia dapat menyuntik semangat kepada peserta agar dapat lebih memajukan diri lebih-lebih lagi kepada golongan belia. Selaras hasrat Transformasi Nasional, HPPNK 2017 juga mensasarkan penglibatan belia dalam pertanian dapat terus dipertingkat menjelang 2050.


HPPNK 2017 juga turut memperkenalkan Malaysia Food Festival (MyFF), merupakan ekspo kepelbagaian hidangan produk makanan dari seluruh negara demi menghargai komuniti industri makanan negara. Melalui MyFF 2017, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai sajian (Farm-to-Fork) disamping memahami proses pengeluaran, penghasilan dan persembahan makanan di Malaysia.


Jadi jangan lupa dan tetapkan tarikh untuk datang melihat sendiri produk-produk dan hasil tempatan daripada ladang, ternakan dan tangkapan laut. Tak cuba maka tak cinta. Datanglah beramai-ramai ke Sambutan Hari Peladang Penternak Dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK) pada :

Tarikh : 28 September - 1 Oktober 2017
Tempat : MAEPS Serdang
Masuk adalah PERCUMA


1 Comments