10 Tips Atasi Masalah iPhone 6 Freeze Atau Hang

8:18 PM


Bismillah,
10 Tips Atasi Masalah iPhone 6 Freeze Atau Hang | Semua jenis telefon dan model mempunyai masalah. Kalau bukan masalah besar, mesti dengan masalah kecil. Ia tak perfect kerana telefon juga merupakan mesin.
Jadi dalam 100 biji telefon, pasti ada 1 ke 2 telefon yang defect. Jadi nak tak nak korang kenalah terima. Jadi pastikan korang buat survey terlebih dahulu dan kenal pasti pro dan cons setiap jenis telefon sebelum membeli


Pernah tak korang mengalami masalah 'phone hang' atau skrin  iPhone 6 korang freeze tiba-tiba? Tak bertindak balas apabila korang cuba tap atau swipe? Jangan bimbang, korang boleh lakukan 9 tips di bawah sekiranya iPhone 6 korang mengalami masalah seperti di atas.
Ia sering berlaku walaupun kita tahu model iPhone 6 keluaran Apple ni adalah antara model yang terbaik di pasaran. Tetapi ia tetap akan berlaku pada sesetengah keluaran.
Bila kita hidupkan fon, tiba-tiba ia stuck atau freeze walaupun korang cuba tap atau swipe berkali-kali. Kalau handphone jenama lain boleh lah kita keluarkan bateri, tetapi iPhone tak boleh. Jadi apa perlu korang lakukan sekiranya masalah ini berlaku? 
10 Tip & Cara Mengatasi Masalah Skrin iPhone 6 Hang Atau Freeze.
  • Cuba lihat kembali adakah skrin telefon korang memang kerap hang atau ianya hang selepas korang install sebarang aplikasi? Kalau ia berlaku selepas install aplikasi, cuba korang uninstall balik dan lihat kesannya. Jika ok, bermakna aplikasi itu lah yang bermasalah.
  • Adakah jari korang basah atau lembab? Pastikan jari korang cukup kering, tidak basah dan berminyak sebelum tap atau swipe skrin iPhone 6 korang.
  • Adakah korang menggunakan sarung tangan? Sesetengah sarung tangan bertindak balas dengan touchscreen tetapi kebanyakannya tidak.
  • Cuba tanggalkan screen protector terlebih dahulu sekiranya korang sedang menggunakannya. Lihat hasilnya.
  • Lap permukaan skrin iPhone 6  korang dengan kain khas. Kadang-kadang permukaan skrin yang basah tak mampu untuk detect jari menyebabkan ia tak bertindakbalas apabila korang tap atau swipe.
  • Katakan iPhone 6 korang mempunyai fungsi 3D Touch Sensitivity Settings. Pergi ke Settings > General > Accessibility > 3D Touch dan laraskan sensitiviti bar.
  • Jika masalah skrin berkaitan dengan rotation (iaitu enggan rotate seperti yang korang nak, atau rotate dengan tiba-tiba), semak Lock Orientation. Leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk membuka Pusat Kawalan, dan pilih ikon 'rotate'.
  • Tekan butang 'Home' dan butang On/Off (Sleep/Wake) serentak dalam 10 saat. Cara ini akan restart balik iPhone 6 korang dan restore balik phone korang seperti asal.
  • Cara terakhir adalah dengan reset iPhone 6 korang ke factory setting. Aku tak galakkan korang untuk buat kaedah ini kerana ia akan menghilangkan dan membuang semua data dalam fon korang. Jadi jangan guna kaedah melainkan korang memang dah backup data korang siap-siap ke peranti lain.
  • Kalau masih mengalami masalah yang sama, pergilah ke pusat servis Apple sekiranya fon korang masih di dalam warranti. Jangan lakukan sendiri sekiranya korang tak mahir. Dari masalah kecil, mungkin ia akan menjadi masalah besar dan memerlukan kos yang lebih mahal.


Jadi jangan bimbang sekiranya iPhone 6 korang mengalami masalah skrin freeze atau hang. Jangan panik sekiranya fon korang masih mempunyai warranti. Dapatkan khidmat pakar, rujuk forum yang berkaitan yang boleh korang temui di dalam enjin carian Google.
Tips ini bukan hanya untuk pengguna iPhone 6 sahaja ye malah ia juga boleh digunakan untuk semua jenis model iPhone. Masalah ini adalah masalah terpencil dan jarang sekali berlaku. Tetapi apa boleh aku katakan iPhone 6 adalah antara telefon terbaik  yang pernah dihasilkan oleh Apple.
Jadi selamat mencuba! 

You Might Also Like

2 comments

  1. Thanks share. Ena pun baru tukar IP6s ni, kena hati-hati. Boleh guna tips ni.

    ReplyDelete