Tips Elak Menjadi Mangsa Penipuan Online


Bismillah,

Sekarang ni semuanya di hujung jari. Apa sahaja urusan yang kita lakukan saban hari semuanya dilakukan secara online. Pesanan makanan, beli barang runcit, tempahan penerbangan malah ada juga yang menawarkan perkhidmatan melipat pakaian secara atas talian. Sampai macam tu sekali! Tapi sedar atau tak yang kita sebenarnya terdedah untuk menjadi mangsa penipuan siber.


Terus terang aku cakap memang pembelian secara online sangat memudahkan kita tetapi bila kita deal di atas talian, pelbagai masalah boleh kita hadapi. Contohnya seperti barang yang kita pesan tak sampai, barang yang dipesan tak seperti yang dipamerkan atau barang yang dijual memudaratkan atau memberi kesan kesihatan kepada pengguna. Aku sendiri pernah ditipu hampir RM1000 kerana barang yang dipesan tidak sampai dan peniaga lesap sekelip mata. Orang yang deal ngan aku tu perempuan, dan aku anggarkan dia sebaya umur dengan mak aku melalui nada suaranya.

Jadi sebagai pengguna kita kena tahu apa hak kita dan apa perlu kita lakukan sekiranya perkara ini berlaku atau untuk mengelakkan perkara ini berlaku.

Apa Perlu Kita Lakukan Sebelum Membuat Pembelian Secara Online?

  • Sekiranya kita membeli sesuatu produk, dapatkan dulu testimoni pengguna produk tersebut. Lihat kebaikan dan kesannya yang dikongsi oleh pengguna yang lain. 
  • Lihat ingredient atau ramuan produk. Sesetengah kita mempunyai alahan jadi ambil tahu bahan apa yang kita gunakan dan bukan lihat kebaikannya sahaja. 
  • Pastikan produk yang hendak dibeli itu mempunyai pengiktirafan Halal daripada JAKIM, sijil daripada KKM, cop SIRIM atau MMC (elektronik) dan GMP (Good Manufacturing Practise) sekiranya perlu. 
  • Pastikan kita berurusan dengan peniaga yang mempunyai rekod baik dengan pelanggan dan tiada maklumbalas negatif lebih-lebih lagi melibatkan penipuan. 
  • Jangan dedahkan maklumat-maklumat peribadi seperti nombor akaun bank atau cetakan salinan kad pengenalan kepada sesiapa sekiranya diminta. 
  • COD atau Pos? Utamakan COD (Cash On Delivery) kerana kita dapat lihat sendiri barang yang hendak dibeli dan boleh uji sekiranya perlu. 
  • Pastikan kita dapatkan harga barang dan postage. Tanyakan berapa hari barang boleh diposkan dan sampai kepada kita. Dapatkan tracking number daripada peniaga. 
  • Jangan mudah terpengaruh dan percaya pada ayat dan kata-kata manis, nada kasihan kerana mereka mampu jadi apa sahaja asalkan matlamat mereka tercapai. 
  • Jangan mudah terpedaya dengan habuan dan pulangan modal yang besar hanya dengan melabur sedikit wang. Dapatkan bantuan pakar dan rujuk BNM mengenai status syarikat berkenaan. Kemungkinan syarikat terbabit didalangi dengan unsur penipuan dan scammer. 
  • Lebih percaya peniaga perempuan yang cantik ayu daripada peniaga lelaki? Itu semua dongeng! Jangan percaya bulat-bulat individu yang berurusan di belakang skrin laptop korang kerana kita tak tahu apa niat sebenar mereka. 
  • Buat hebahan kepada rakan-rakan dan orang ramai tentang syarikat yang jujur dan telus yang telah berjaya berurusan dengan korang. Ini membantu pengguna di luar sana mendapatkan khidmat atau barangan keperluan tanpa rasa was-was dan lebih yakin tanpa unsur penipuan. 
  • Dan jika dapati ada sebarang keraguan atau perlakuan penipuan, terus laporkan kepada KPDNKK untuk tindakan susulan. Jangan biarkan dan buat tak endah. Siapa tahu mangsa seterusnya adalah ahli keluarga kita. 


Apa Yang Perlu Kita Lakukan Sekiranya Terdapat Unsur Penipuan Atau Ditipu?

  • Dapatkan details berkenaan penipuan tersebut termasuk bukti perbualan, harga barang mahupun transaksi pembelian. 
  • Cuba berbincang terlebih dahulu dengan peniaga secara baik dan berhemah. Jangan mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan dan memburuk-burukkan peniaga di laman sosial.
  • Laporkan terus kepada KPDNKK tentang salahlaku dan penipuan yang telah dilakukan oleh peniaga tersebut.
  • Talian hotline KPDNKK 1-800-886-800
  • Membuat aduan secara online di http://eaduan.kpdnkk.gov.my
  • Lapor melalui SMS dengan menaip "KPDNKK ADUAN <butiran aduan>" dan hantar ke 15888
  • Laporkan ke cawangan KPDNKK yang berhampiran. 


Selain daripada itu, korang juga boleh membuat laporan kepada KPDNKK melalui aplikasinya. Kini KPDNKK telah membangunkan aplikasi yang mana pengguna sendiri boleh menjadi pemantau dan memaklumkan kepada KPDNKK secara atas talian sekiranya didapati ada unsur penipuan atau tidak mematuhi undang-undang melanggar akta kawalan harga. Melalui aplikasi ini pengguna tidak perlu lagi ke pejabat KPDNKK untuk membuat laporan malah laporan hanya perlu dihantar secara online melalui aplikasi ini.

Aplikasi yang mana pengguna sendiri boleh menjadi pemantau dan memaklumkan kepada KPDNKK secara atas talian sekiranya didapati ada unsur penipuan atau tidak mematuhi undang-undang melanggar akta kawalan harga

Aplikasi ni selain memudahkan pengguna, ianya juga memudahkan kerajaan dalam mengemaskini data dan laporan yang diterima. Selain daripada itu, ia dapat membantu KPDNKK mengenalpasti premis-premis yang melanggar peraturan dan membuat pemantauan ke premis tersebut secara berkala.


Kita secara tak langsung menjadi mata-mata kepada KPDNKK dan tidak bergantung harap 100% kepada penguatkuasa. Yela banyak kot tempat nak dipantau jika nak dibandingkan dengan bilangan penguatkuasa yang ada. Yang paling penting aplikasi ini dibangunkan untuk semua peranti supaya setiap masyarakat khususnya pengguna dapat menggunakannya pada bila-bila masa sahaja.


Korang boleh ikut langkah-langkah di bawah memuat turun dan mendaftar Friends Of KPDNKK.

  1. Cari Friends Of KPDNKK di Google Play Store. Muat turun dan install aplikasi berkenaan. 
  2. Selesai install, tekan butang BUKA dan tekan butang DAFTAR BARU
  3. Isikan maklumat yang diminta
  4. Tekan butang DAFTAR SEBAGAI AHLI BARU dan tekan butang OK
  5. Kemudian taip ALAMAT EMEL yang didaftarkan tadi sebelum tekan butang LOG MASUK
  6. Masukkan NO. KAD PENGENALAN yang didaftarkan tadi
  7. Pada skrin akan dipaparkan KAD MAYA yang membuktikan korang telah berjaya mendaftar sebagai Friends Of KPDNKK. 

Selain daripada aplikasi Friends Of KPDNKK, korang juga boleh memuat turun aplikasi KPDNKK yang lain di Google Playstore seperti Aplikasi PAPARAN HARGA dan juga Aplikasi EZ ADU KPDNKK. Aplikasi PAPARAN HARGA bertujuan untuk membantu pengguna di luar sana mendapatkan produk dengan perbandingan harga yang ditawarkan di pasaran. Ia sedikit sebanyak dapat membantu pengguna berjimat dan membuat pilihan dengan lebih bijak. 



Aplikasi ini dibangunkan untuk semua peranti supaya setiap masyarakat khususnya pengguna dapat menggunakannya pada bila-bila masa sahaja

Aplikasi EZ ADU pula membolehkan pengguna membuat aduan secara terus kepada KPDNKK secara atas talian terhadap sebarang penipuan dan pencatutan harga barang. Pengguna hanya perlu melakukan 4 langkah mudah untuk membuat aduan iaitu :



  • Memasukkan butiran aduan
  • Laporan aduan
  • Memasukkan koordinat / geo-tagging
  • Memasukkan gambar sebagai bukti

Korang boleh dapatkan maklumat lanjut berkaitan aplikasi ini di laman web yang tertera di bawah. 


Korang boleh muat turun aplikasi FOK, PAPARAN HARGA & EZ ADU di bawah melalui peranti IOS ataupun Android. 

----------Friends Of KPDNKK----------

ios
https://itunes.apple.com/my/app/friends-of-kpdnkk/id1231336846?mt=8

Android
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.kpdnkk.fokv2


------------ Paparan Harga ------------

ios
https://itunes.apple.com/my/app/paparan-harga/id1249619299?mt=8

Android
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.opensoft.paparanhargaandroidv2

---------------- Ez Adu ----------------

ios
https://itunes.apple.com/my/app/ez-adu-kpdnkk/id1012529241?mt=8

Android
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.kpdnkk.ezaduforandroid

2 Comments