Tex Cafe : Texas Chicken Berkonsepkan Cafe Yang Pertama Di Dunia

12:10 PM


Bismillah,

Semalam aku ke Suria KLCC, agak terkejut bila perasan yang cawangan Texas Chicken kini mula beroperasi di sana. Yela korang tau je la kan Texas Chicken sangat mendapat sambutan di Malaysia ni. Entahlah personally pada aku Texas Chicken ni lain daripada yang lain. Tapi lebih mengejutkan aku lagi la, di sebelah Texas Chicken Suria KLCC tu ada cafe nama Tex Cafe. Tex Cafe ni apa pulak?



Tengok oramg ramai beratur di kaunter luar Tex Cafe tu, aku pun beratur sama. Nak gak tau apa yang ada di jual di situ. Specialities Tex Cafe ni adalah coffee dan desserts. Hurmm menarik sebab tak semua orang suka makan yang berat-berat kan? Ada menu apa ye? Antaranya Honey Butter Biscuits dan Chocolate Chip Biscuits. Ehh ni dah macam biskut Texas Chicken yang popular tu.


Selain daripada tu, menu-menu yang ada disediakan di Tex Cafe adalah seperti Strawberry Shortcakes, Chocolate Shortcakes, Chocolate Volcano, Cheesecakes, Red Velvet Muffin, Chocolate Chip Muffin dan banyak lagi. Tu bab desserts. Belum lagi hot drinks dan soft drink yang dorang jual. Antaranya Hot Chocolate, Mocha, Cappucino, Americano, Flat White, Latte dan Espresso manakala untuk cold drink pula antaranya adalah Latte dan Chocolate. Pergh banyak choice jugak ni. Aku nak cuba yang mana satu ni eh?


Aku pilih Hot Latte, Chocolate Chip Muffin dan Red Velvet Muffin. Harganya pun standard, tak mahal pun. Sementara tunggu pesanan aku siap, sempat la aku tanya kat staf kaunter tu. Tanya punya tanya baru aku tau yang Tex Cafe ni cafe yang diperkenalkan oleh Texas Chicken. No wonder la. Cawangan Texas Chicken kat Suria KLCC ni merupakan cawangan yang ke 42 di Malaysia. Perghh dah 42 cawangan dah ye. Maju betul!


Aku juga diberitahu yang Tex Cafe ni merupakan cawangan Texas Chicken yang berkonsepkan cafe yang pertama di Malaysia dan juga satu-satunya di dunia! Wahh lagi aku kagum. Negara lain takde tau Tex Cafe ni, kat Suria KLCC Malaysia je ada. Aku lihat perbezaan di antara restoran Texas Chicken dan Tex Cafe adalah Texas Chicken menyajikan menu-menu berat yang berasaskan ayam. Ada burger, ada ayam, askrim dan desserts. Manakala Tex Cafe pula mengetengahkan menu ringan dan berasaskan desserts atau pencuci mulut.


Ruang makan yang disediakan di Tex Cafe lebih mesra pelanggan. Ada banyak pilihan meja dan kerusi, ada kemudahan wifi dan juga plug soket untuk kemudahan pengunjung yang ingin membuat kerja di sana. Nampak lebih santai dan selesa. Aku cadangkan Tex Cafe akan di bina lebih banyak di beberapa lokasi di seluruh Malaysia sebab ciri-ciri yang ditampilkannya memang sangat mesra pelanggan. Tak hairanlah Tex Cafe di Suria KLCC tu tak putus-putus dengan kehadiran pelanggan. Time aku beratur tu, aku lihat cafe tu pun dah penuh ngan pelanggan. Laris betul!


Apa-apa pun inovasi yang ditampilkan oleh Texas Chicken kali ni memang terbaik untuk kesan dan pulangan masa panjang. Dah la menu-menu dia sedap belaka. Ditambah plak ngan kemudahan seperti ni, aku yakin ia akan menjadi salah satu restoran tersohor di Malaysia nanti.


Jom makan Mexicana Burger jom!!

You Might Also Like

2 comments

  1. setakat tak pernah try lagi.

    leh try la nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah tapi kat KLCC je tau. Tmpat lain mmg xde lagi

      Delete