Bismillah,
Semalam aku ke Suria KLCC, agak terkejut bila perasan yang cawangan
Texas Chicken kini mula beroperasi di sana. Yela korang tau je la kan
Texas Chicken sangat mendapat sambutan di Malaysia ni. Entahlah personally pada aku
Texas Chicken ni lain daripada yang lain. Tapi lebih mengejutkan aku lagi la, di sebelah
Texas Chicken Suria KLCC tu ada cafe nama
Tex Cafe.
Tex Cafe ni apa pulak?
Tengok oramg ramai beratur di kaunter luar
Tex Cafe tu, aku pun beratur sama. Nak gak tau apa yang ada di jual di situ. Specialities
Tex Cafe ni adalah coffee dan desserts. Hurmm menarik sebab tak semua orang suka makan yang berat-berat kan? Ada menu apa ye? Antaranya
Honey Butter Biscuits dan
Chocolate Chip Biscuits. Ehh ni dah macam biskut
Texas Chicken yang popular tu.
Selain daripada tu, menu-menu yang ada disediakan di
Tex Cafe adalah seperti
Strawberry Shortcakes, Chocolate Shortcakes, Chocolate Volcano, Cheesecakes, Red Velvet Muffin, Chocolate Chip Muffin dan banyak lagi. Tu bab desserts. Belum lagi hot drinks dan soft drink yang dorang jual. Antaranya
Hot Chocolate, Mocha, Cappucino, Americano, Flat White, Latte dan
Espresso manakala untuk cold drink pula antaranya adalah
Latte dan
Chocolate. Pergh banyak choice jugak ni. Aku nak cuba yang mana satu ni eh?
Aku pilih
Hot Latte, Chocolate Chip Muffin dan
Red Velvet Muffin. Harganya pun standard, tak mahal pun. Sementara tunggu pesanan aku siap, sempat la aku tanya kat staf kaunter tu. Tanya punya tanya baru aku tau yang
Tex Cafe ni cafe yang diperkenalkan oleh
Texas Chicken. No wonder la. Cawangan
Texas Chicken kat Suria KLCC ni merupakan cawangan yang ke 42 di Malaysia. Perghh dah 42 cawangan dah ye. Maju betul!
Aku juga diberitahu yang
Tex Cafe ni merupakan cawangan
Texas Chicken yang berkonsepkan cafe yang pertama di Malaysia dan juga satu-satunya di dunia! Wahh lagi aku kagum. Negara lain takde tau
Tex Cafe ni, kat Suria KLCC Malaysia je ada. Aku lihat perbezaan di antara restoran
Texas Chicken dan
Tex Cafe adalah
Texas Chicken menyajikan menu-menu berat yang berasaskan ayam. Ada burger, ada ayam, askrim dan desserts. Manakala
Tex Cafe pula mengetengahkan menu ringan dan berasaskan desserts atau pencuci mulut.
Ruang makan yang disediakan di
Tex Cafe lebih mesra pelanggan. Ada banyak pilihan meja dan kerusi, ada
kemudahan wifi dan juga
plug soket untuk kemudahan pengunjung yang ingin membuat kerja di sana. Nampak lebih santai dan selesa. Aku cadangkan
Tex Cafe akan di bina lebih banyak di beberapa lokasi di seluruh Malaysia sebab ciri-ciri yang ditampilkannya memang sangat mesra pelanggan. Tak hairanlah
Tex Cafe di Suria KLCC tu tak putus-putus dengan kehadiran pelanggan. Time aku beratur tu, aku lihat cafe tu pun dah penuh ngan pelanggan. Laris betul!
Apa-apa pun inovasi yang ditampilkan oleh
Texas Chicken kali ni memang terbaik untuk kesan dan pulangan masa panjang. Dah la menu-menu dia sedap belaka. Ditambah plak ngan kemudahan seperti ni, aku yakin ia akan menjadi salah satu restoran tersohor di Malaysia nanti.
Jom makan
Mexicana Burger jom!!
2 Comments
setakat tak pernah try lagi.
ReplyDeleteleh try la nanti.
Haah tapi kat KLCC je tau. Tmpat lain mmg xde lagi
Delete