Tempat Makan Best Di KL | Nasi Lemak Champion Pak Omar


Bismillah,

Sedapnya kalau dapat pekena nasi lemak memalam cenggini kan? Dah la kat luar hujan lebat, lawan plak ngan kopi o panas kaw. Perghh masyuk. Bila cakap pasal nasi lemak ni, teringat plak aku pada Nasi Lemak Champion Pak Omar. Korang pernah dengar tak pasal Nasi Lemak Champion Pak Omar ni?
Nasi Lemak Champion Pak Omar ni berlokasi di Blok A1, Publika di Solaris Dutamas. Ala tak jauh dah daripada Masjid Wilayah Kuala Lumpur.


Actually last week aku dijemput ke perasmian pembukaan Nasi Lemak Champion Pak Omar di sana. Ramainya orang weh, dan aku pasti kesemua tu regular customer dia. Nasi Lemak Champion Pak Omar dah lama beroperasi cuma baru nak dirasmikan hari tu. Tak hairan lah customer dorang ramai huhu. Tapi apa yang champion sangat pasal Nasi Lemak Champion Pak Omar eh?


Bila aku tengok senarai menu, aku aku dapat simpulkan menu-menu utama di sini memang nasi lemak dengan pelbagai jenis lauk. Awal-awal lagi aku dah tertarik dengan menu Nasi Lemak Jumbo. Harganya RM39.90. Wow nasi lemak apa sampai harganya mencecah puluhan ringgit ni? Bila aku tanya di kaunter, portion Nasi Lemak Jumbo ni untuk 3 ke 4 orang makan. Ada lauk ayam berempah, sambal sotong, rendang kambing, sayur kangkung, dan 3 mangkuk nasi. Mujur la aku tak order sorang, kang sape plak nak habiskan hahaha melainkan korang punya tangki cukup besar untuk memuatkan semuanya dalam satu-satu masa hahaha.


Ok selain daripada Nasi Lemak Jumbo yang ada di Nasi Lemak Champion Pak Omar ni, ada juga Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Berempah (RM15.90), Nasi Lemak Rendang Kambing (RM16.90), Nasi Lemak Rendang Ayam (RM15.90), Nasi Lemak Sambal Sotong (RM14.90), Mee Siam Rendang Ayam (RM14.90), Mee Siam Ayam Goreng Berempah (RM14.90), Mee Siam Sambal Sotong (RM13.90), Mee Siam Rendang Kambing (RM15.90) dan juga karipap. Oh lupa plak ada juga Sambal Goreng Petai dan Sambal Goreng Bendi. Dia punya karipap humangaih besar tapak tangan tu haha. Isi plak penuh. Aku makan seketul pun dah kenyang tapi ia dijual pada harga 3 ketul RM10.


So kalau korang nak cuba penangan Nasi Lemak Champion Pak Omar ni, korang boleh la rujuk maklumat yang dapat aku sertakan di bawah ni. Jangan lupa bawa family dan kawan-kawan juga ye dan kalau datang ke Nasi Lemak Champion Pak Omar ni makesure yang perut korang betul-betul kosong tau sebab portion dia memang cukup besar dan pasti mengenyangkan. Nyum nyum!!


Nasi Lemak Champion Pak Omar
Blok G2-A1-07, Publika
Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas
50480 Kuala Lumpur

Contact
011-56211006

Email
pakomar.champion@gmail.com

Waktu Operasi
Isnin -  Sabtu : (10 am - 9 pm)
Ahad : (10 am - 5 pm)



1 Comments