Restoran Gerak 23 | Restoran Nasi Berlauk Tengahari Kampung Baru, KL

11:27 PM


Bismillah,

Actually kat area KL ni tak susah pun nak cari tempat makan nasi berlauk waktu tengahari. Cuma kena pandai pilih la, kena google atau tanya orang terlebih dulu. Salah pergi kena ketuk la jawabnya. Aku pernah kena kat satu port area Hospital Kuala Lumpur. Aku anak beranak 3 orang makan kena RM39. Ikan kembung, ayam goreng, siput mangkuk kecil dan udang harimau 3 ekor saiz ibu jari. Apoo!!


Baru-baru ni aku ke area Kampung Baru memang niat nak cari nasi berlauk untuk makan tengahari. Kali ni aku ke Restoran Gerak 23, Kampung Baru KL. Asalnya aku nak pekena Itik Salai Masak Lemak Cili Api. Tup tup aku tengok kat Restoran Gerak 23, Kampung Baru KL banyak giler lauk. Siap ada ikan bakar lagi. Dah berbelah bagi plak hahaha.


Ada siput masak lemak cili api, ikan bakar pari, keli, terubuk, cencaru, tilapia, asam pedas ikan pari, pajeri nenas, daging masak lemak cili api, sayur rebung, ulam ulaman, sup tulang, sambal cencalok, budu, sambal tempoyak, masak kurma, tempe goreng sambal, sambal petai ikan bilis dan banyak lagi. Aku difahamkan anggaran lauk lebih 80 jenis lauk kot masakan tengahari kat Restoran Gerak 23, Kampung Baru KL. Actually aku rambang mata bila tengok macam-macam menu kat situ. Macam nak rasa semuanya je. Rasa sedap, cukup rasa macam kita masak sendiri kat rumah. Harga menu Restoran Gerak 23, Kampung Baru KL standard tak terlalu mahal. Tengok lah apa yang korang ambil. Restoran Gerak 23, Kampung Baru KL ni tak ada menu ketam ye sebab hari tu anak aku nak makan ketam tapi memang dorang tak sediakan menu tu.


Tu main menu je tau, kat bahagian dalam sekitar Restoran Gerak 23, Kampung Baru KL tu still ada booth makanan yang lain. Antaranya booth menu masakan salai, ada cendol KL, booth nasi ayam, mee sup utara, ada pelbagai variasi bubur, western dan banyak lagi. Cuma masa aku datang tu booth western tak bukak plak. Aku rasa dia bukak malam je kot. Hari tu aku rasa gak menu daging salai kat booth salai. Korang boleh rasa dan bau daging yang disalai tu. Bau dan rasa asap. Kuah pekat, semangkuk RM7 kalau aku tak silap. Saiz mangkuk standard besar tapak tangan.


Then aku order gak cendol kat booth cendol KL. Ok aku nak try cendol special dorang iaitu Cendol Banjir. Cendol Banjir ni merangkumi cendol condiments, pulut, durian D24 seulas, tapai ubi, laici melimpah ruah dan diisi dalam mangkuk besar 2 tapak tangan. Bila order aku sampai, terkejut gak aku. Mula mikir macamana aku nak habiskan sebab asalnya anak aku yang request. Aku boleh agak dia takkan boleh habis punya sebab memang besar saiz dia. Then sekali lagi aku terkejut sebab harga dia cuma RM8. Serius la aku ingat RM10 atau RM15 asalnya. Giler la memang berbaloi!


Ok Restoran Gerak 23, Kampung Baru KL boleh nampak dari tepi jalan je tak jauh dari Masjid Jamek Kampung Baru dan dari pintu gerbang Kampung Baru. Restoran Gerak 23, Kampung Baru KL ada menyediakan petak parkir dengan caj RM5 sekali masuk rasanya tapi kalau korang taknak bayar parkir pun boleh, korang kena jalan terus ke depan sikit. Boleh la parkir kat tepi jalan.


So kalau korang nak ke Restoran Gerak 23, Kampung Baru KL kat bawah ni aku bagi alamat ye. Dorang takde instagram la plak.


Restoran Gerak 23
36, Jalan Raja Abdullah
Chow Kit
50300 Kuala Lumpur

GPS Coordinate
(3.16075, 101.7025)

You Might Also Like

1 comments

  1. uihh meriah jugak lauk pauk dia tu...rambang mata boleh, jangan sampai tak jadi beli sebab tak tau nak pilih lauk apa..hahahahaha

    ReplyDelete

Blog Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *