Menu Fusion Enak Di Anggun Chef Cafe, KL


Bismillah, 

Ni nak bagitau kalau korang berada di sekitar Masjid Wilayah Kuala Lumpur, MITEC atau area Kompleks Kerajaan Jalan Dutamas apa kata korang try satu port baek bagi mereka yang gemarkan menu hipster dan fusion. Aku dah try dah hari tu. Namanya Anggun Chef Cafe. Cafe tu fully owned by bumiputera, halalan toyyiban dan dah beroperasi hampir 12 tahun ye! 


Time aku datang tu owner Anggun Chef Cafe ada kat situ. Sempat la borak-borak ngan dia. Kata puan Mimie Azura Mohamad, actually permanent cafe dorang akan dibuka kat salah satu lot dalam MITEC tu insyaAllah sekitar tahun ni gak. Buat masa sekarang ni Anggun Chef Cafe tu beroperasi di ruang legar di MITEC dalam bentuk kiosk. Tapi korang still boleh menjamu selera di situ memandangkan mereka ada menyediakan kerusi dan meja untuk para pelanggannya. 


Waktu operasinya dari pukul 8 pagi hingga 6 petang setiap hari. So kalau korang datang awal pagi tu, korang boleh la pekena variety of coffee dan crossant. Selain tu ada Membawang Basket yang dilengkapi dengan chicken fingers, fench fries, popcorn chicken dan house made dipping sauce. Eh sagu gula melaka pun ada tau. Untuk hidangan berat plak, korang boleh try seawal 11 pagi. Haa yang menariknya hidangan-hidangan yang dorang sajikan adalah gabungan western dan tempatan. Memang rare lah rasanya. Kebanyakan hidangan yang terdapat di Anggun Chef Cafe ni mengggunakan pes masakan dorang sendiri. Antara pes-pes yang digunakan adalah seperti Rendang Peanut Butter, Sour & Spicy, Seafood Platter, Beef Rendang Sauce, Vegetarian Green Curry Sauce, Satay Sauce, Sambal Dip Sauce dan Chilly Crab Sauce. 


Daripada pes-pes yang ada ni, korang boleh try beberapa menu fusion mereka antaranya Rendang Peanut Butter Beef Patty, Spaghetti Asam Pedas Lamb Grill dan Vegetarian Green Curry Spaghetti. Ada banyak lagi menu yang boleh korang cuba di sini ye. Kalau korang nak makan menu berasaskan nasi pun ada. Almaklumlah lunch hour kan, ada orang nak makan nasi. Korang boleh cuba Nasi Bukhara Chicken Briyani, White Rice With Chicken Korma, With Rice With Beef Curry dan White Rice With Green Vegetable Curry untuk mereka yang vegetarian. Bestnya di Anggun Chef Cafe ni, hidangan korang hanya akan disediakan based on pesanan. So korang akan dapat pesanan fresh dan panas-panas daripada dapur Anggun Chef Cafe. 


Mereka juga ada menyediakan caterer untuk majlis-majlis kecil sekitar 100 orang seperti majlis cukur jambul atau kenduri tahlil. Menu-menu yang boleh korang pesan adalah seperti  Nasi Briyani, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Dalca dan Acar Sayur. Bukan setakat menu berat malah kalau korang nak buat event syarikat pun boleh. Mereka boleh supply coffee dan breakfast untuk event awal pagi. Buat masa ni dorang boleh supply event sekitar Kuala Lumpur je ye. Luar kawasan insyaAllah lepas permanent cafe dorang beroperasi dalam tahun ni. 


So aku suggest korang datang dan cuba sendiri menu-menu yang disediakan di Anggun Chef Cafe ni. Unik rasanya dan mesti korang suka. Boleh la datang waktu lunch hour ngan kawan-kawan ofis. Aku kongsikan skali details pasal Anggun Chef Cafe di bawah ni ye. 

Anggun Chef Cafe
MITEC, 8, Jalan Dutamas 2
Kompleks Kerajaan
50480 Kuala Lumpur
.
Operation Hrs
8.00am - 6.00pm 


0 Comments