Port Makan Best Cyberjaya | Restoran Mangkuk Ayam, D'Pulze


Bismillah,

Baru-baru ni aku ke D'Pulze, Cyberjaya memandangkan aku ada urusan kerja di sana. Masuk lunch hour mengagau cari port makan best kat sana. Kat D'Pulze Cyberjaya tu memang ada banyak port makan menarik tapi biasa la kan lunch hour penuh dengan orang. Pusin dog punya pusing at last aku berhenti di Restoran Mangkuk Ayam yang terletak di level LG, sama level ngan tempat parkir kereta aku.


Restoran Mangkuk Ayam ni bertentangan dengan lot kedai My News, betul-betul berhadapan pintu masuk ke parkir level LG. Masa aku datang tu orang tak ramai lagi, so cepatlah pesanan aku sampai. Oh ye aku tak datang sendirian, malah aku datang kawan-kawan aku yang lain. Restoran Mangkuk Ayam ni ada sijil halal JAKIM ye so thats why la aku yakin makan di sini tanpa was was haha.


Okay kita cerita plak pasal menu-menu yang ada di Restoran Mangkuk Ayam ni ye. Aku boleh katakan menu-menu yang ada dihidangkan di Restoran Mangkuk Ayam ni merupakan gabungan menu citarasa tempatan dan baba dan nyonya haha. Sebab menu-menu dia seperti menu masyarakat Melayu tetapi dihidangkan di dalam mangkuk porselin bercorak ayam. Antara menu-menu yang ada dihidangkan di Restoran Mangkuk Ayam ni adalah seperti Nasi Lemak Ayam Berempah, Nasi Lemak Rendang Daging, Nasi Lemak Ikan Tongkol Masak Sambal, Nasi Lemak Ikan Kembung Goreng, Nasi Lemak Kari Ayam, Kuey Teow Sup, Asam Laksa, Mee Kari, Rojak Mee bersama Sambal Sotong, Rojak Mee Ayam Goreng Berempah, Rojak Biasa dan banyak lagi.


Bukan tu saja malah kat Restoran Mangkuk Ayam ni juga ada menu pencuci mulut antaranya cendol, ABC, Mangga Ais dan Rojak Buah. Menu dia tak banyak tapi rasanya memang puas hati lagi-lagi sambal nasi lemak dia. Perghh memang mengancam. Aku siap minta tambah sambal lagi weh. Portion dia besar, aku rasa kalau korang bebetul lapar baru boleh habiskan menu yang korang pesan tu. Tapi pada aku semangkuk Laksa atau Mee Kari dia macam 2 orang makan tau haha. Harga pun dari RM6.90 ke RM13.90 untuk satu hidangan je. Memang berbaloi sangat ngan rasa dan saiz hidangan.


Malah kalau korang nak lebih jimat korang boleh cuba 11 jenis set menu dorang. Set menu ni didatangkan bersama air teh o ais limau atau air bandung. Kalau korang datang awal pagi tu boleh la breakfast dengan Nasi Lemak Daun Pisang dorang. Harga dia plak RM3.90 je. Hari tu aku nak try tapi habis plak. Waiter dia kata memang selalu sold out. Kalau korang nak tau Restoran Mangkuk Ayam ni ada buat Happy Hour tau haha jangan main-main.


BUY 1 FREE 1 ASAM LAKSA
Isnin - Jumaat (6pm - 10pm)
Sabtu & Ahad (12pm - 10pm)

Haa amacam? Kalau korang nak jimat datang makan Asam Laksa time ni. Hanya di Restoran Mangkuk Ayam D'Pulze Cyberjaya je tau. So kat bawah ni aku kongsikan details mana la tau korang ada kerja kat sini ke, nak bawa family atau pasangan korang ke kan?


Restoran Mangkuk Ayam
P10 D'Pulze Shopping Centre
63000 Cyberjaya, Selangor

Facebook

Waktu Operasi
11am - 10pm (setiap hari)


0 Comments