10 Kelebihan Pakej Haji Rayhan FELDA Travel


Bismillah,

Wife aku since tahun lepas dah berangan-angan nak mengerjakan haji. Teringin nak lihat rumah Allah dengan mata sendiri. Empat rukun Islan dah pun kami lengkapkan. Cuma rukun kelima masih tertangguh. Harap tahun ni adalah rezeki untuk kami insyaAllah. Masih meneruskan tabungan ni. Pada masa yang sama riki-riki gak pakej haji yang ada ditawarkan. Korang pernah tengok tak Pakej Haji Rayhan di FELDA Travel? Boleh tahan best gak weh.


Bila aku compare dengan pakej haji syarikat lain, boleh aku listkan ada 10 kelebihan yang boleh korang perolehi sekiranya mengikuti Pakej Haji Rayhan di FELDA Travel ni. Antara 10 kelebihan yang aku maksudkan itu adalah :

Hotel Sangat Dekat Dengan Masjidil Haram
Hanya 250m saja ke Masjidil Haram. Tak perlu nak berjalan kaki lebih 1km. Sangat sesuai untuk warga emas atau jemaah yang ada sakit lutut, berkerusi roda dan mempunyai masalah kesihatan. Boleh ulang alik ke masjid untuk beribadah dengan selesa.


Tiada Transit Hotel di Aziziah
FELDA Travel boleh membawa korang terus masuk ke hotel di Mekah. Korang tak perlu transit di kawasan Aziziah yang jaraknya 4.5km ke Mekah. Jadi, korang dapatlah berulang alik ke Masjidil Haram setiap kali masuk waktu solat jika pergi dengan Pakej Haji Rayhan di FELDA Travel ni.

Ustazah Pembimbing Haji
Melalui Pakej Haji Rayhan di FELDA Travel ni, seorang Ustazah akan dibawa khas untuk membantu menjawab segala permasalahan wanita dalam ibadah haji. Ya, tak semua agensi bawa ustazah sebab ianya kos tambahan, tapi FELDA Travel sedia membawa dan menyediakan servis terbaik kepada bakal haji dan hajjah di sana nanti.

Menu Makanan Citarasa Melayu
Buffet akan disediakan untuk para jemaah haji oleh Felda D'Saji sepanjang lebih 30 hari korang di Mekah. Menu yang disajikan sememangnya memenuhi citarasa dan selera kita so korang
tak perlu risau nak cari makanan lagi. Makan sahaja apa yang disediakan nanti ye.


Saiz Kumpulan Yang Lebih Kecil
Saiz jemaah yang ditetapkan oleh FELDA Travel ini di limit kan bagi memastikan jemaah dapat menikmati perkhidmatan yang berkualiti dengan layanan yang istimewa. Kiranya jemaah tak rasa diri diabaikan dan dapat fokus dalam melaksanakan rukun Islam kelima di sana.

Percuma Qurban
Melalui Pakej Haji Rayhan di FELDA Travel, korang akan diberi Qurban percuma seekor kambing untuk setiap jemaah status terpilih awal. Perghh best gila yang ni. Alhamdulillah kalau mereka yang belum pernah melakukan ibadah Qurban, inilah rezeki untuk korang. Melalui Pakej Haji Rayhan di FELDA Travel ni korang boleh melakukan ibadah Qurban dan melakukan ibadah haji pada masa yang sama.


Hari Tarwiyah
Tak semua agensi buat sebab ada tambahan kos, tapi melalui Pakej Haji Rayhan di FELDA Travel ni, jemaah akan dibawa bermalam di Mina pada 8 Zulhijah, seperti sunnah Nabi SAW.

Agensi Berpengalaman
Alhamdulillah ini tahun ke 14 FELDA Travel diberi lesen oleh Tabung Haji untuk mengendalikan pakej haji dengan barisan staff yang cukup berpengalaman. Satu masa yang agak lama ye dan korang boleh lihat betapa teratur dan efisyen nya staf-staf FELDA Travel menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka terhadap kebajikan korang sewaktu menunaikan haji di sana nanti.

Sebelas Hadiah Percuma
FELDA Travel akan beri 11 hadiah percuma bagi memudahkan persiapan jemaah menyempurnakan rukun Islam ke 5 ini. 


Pembimbing Haji Berpengalaman
FELDA Travel akan membawa 2 ustaz dan 1 ustazah berpengalaman khusus untuk menjadi pembimbing haji di Mekah. Mereka didatangkan khas untuk membantu korang mendapatkan haji yang mabrur.

**********

Dan lagi menarik ada promosi untuk bakal jemaah yang mendaftar haji sebelum 25 Mac 2020 ni tau! Daftar cepat-cepat dan korang boleh nikmati 10 kelebihan yang ditawarkan oleh Pakej Haji Rayhan FELDA Travel ni.



Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, korang boleh rujuk maklumat yang aku kongsikan di bawah ni ye. Semoga bermanfaat kepada korang sekeluarga.


Facebook : feldatravel
Instagram : @feldatravel


Contact No. :
Pn Shidah +60192010843
Tn Hj Rizal +60192637028

Email : 

#feldatravel #pakejhaji #pakejhaji2020 #haji2020 #panggilanhaji2020

0 Comments