Nikmati Hidangan Asli Pakistan Di Najia's Tawa & Grill KL

Bismillah,


Baru-baru ni aku ada lunch di Solaris Mont Kiara KL lepas jumpa kawan aku kat KL Sentral. Actually kitorang lunch kat sana pun sebab dia yang bawa. Aku memang jarang ke sana kalau tak ada tujuan. Dia plak kata kat Solaris Mont Kiara tu ada restoran Pakistan best. Serius la? Aku pun baru tau ni. Korang tau pasal Najia's Tawa & Grill? 


Najia's Tawa & Grill merupakan salah satu restoran pakistan yang menyajikan menu masakan asli negara Pakistan. Okay first time aku pekena menu Pakistan ni, tak sure boleh masuk ke tak. Actually sebenarnya menu-menunya tak jauh beza ngan menu masakan india atau restoran mamak di Malaysia ni tapi yang membezakan di Najia's Tawa & Grill korang boleh temui beberapa menu lain yang hanya ditemui di Pakistan sahaja terutama rempah ratusnya.


Aku tengok ada pelbagai jenis menu-menu yang belum pernah aku cuba. Ye la aku pun mana pernah makan makanan Pakistan ni kan? Kalau nak diikutkan lebih 80 jenis menu yang ada ditawarkan di Najia's Tawa & Grill ni. Aku sendiri rambang mata. Rasa macam nak rasa semua je haha. Najia's Tawa & Grill ni banyak menyajikan menu berunsurkan nasi briyani. Ada Karachi Mutton Biryani, Prawn Biryani, Balochi Keema Biryani, Beef Khatri Biryani, Vegetable Biryani, Afghani Pulao Mutton, Mutton Pulao, Mutter Pulao dan banyak lagi. 

Bindi Masala

Chicken Kadhai

Lahori Paratha

Selain menu wajib Mutton Biryani, ada macam-macam menu lain lagi yang kami order hari tu antaranya seperti :

Chicken Kadhai
• Prawn Masala
• Bindi Masala
• Garlic Butter Naan
• Lahori Paratha
• Puri Paratha
• Watermelon Juice
• Mango Lassi
• Sweet Lassi
• Mint Lemonade

Feveret aku? Of course aku sukakan nasi briyani. Tapi lebih lengkap lepas aku padankan dengan Chicken Kadhai dan Bindi Masala. Perghh marvellous! Tak nak makan nasi? Korang order Garlic Butter Naan atau Puri Paratha tu. Cicah dengan Prawn Masala atau Chicken Kadhai. Serius tak nampak orang lain dah haha. Then tak dilupakan one of my favourite dishes kat situ adalah Pizza Tikka Chicken. Doh dia dah lah lembut, topping plak banyak. Aku rasa kalau aku habiskan sorang pun boleh tu haha.

Puri Paratha

Mutton Biryani

Garlic Butter Naan

Aku sempat snap harga-harga makanan kat Najia's Tawa & Grill ni. Pada aku berpatutan. Takde la mahal sangat dan setiap hari ada menu-menu yang di highlightkan.  Kalau diikutkan macam harga kat restoran-restoran tempatan yang biasa kita makan je.


Pizza Tikka Chicken

Prawn Masala

Minuman pula aku rasa banyak lebih kepada minuman berjus buah-buahan dan Lassi. Lassi adalah minuman yoghurt sejuk yang berasal daripada kawasan Punjab di Pakistan dan juga India. Yogurt dikisar bersama ais dan buah-buahan. Rasanya seakan-akan masam dan manis. Memang sedap lagi-lagi dapat  potong rasa muak dan kenyang selepas makan. Antara minuman yang boleh korang cuba adalah seperti Mint Lemonade, Watermelon Juice, Mango Lassi dan juga Sweet Lassi. Semua segar dan menyegarkan dan menyegarkan.

Sweet Lassi, Watermelon Juice, Mint Lemonade & Mango Lassi


So kalau korang teringin nak makan menu masakan asli negara Pakistan, korang boleh cuba menu-menu yang ada di Najia's Tawa & Grill ni ye. Kat bawah ni aku kongsikan details Najia's Tawa & Grill kot-kot la korang nak try makan kat sana nanti bersama kawan mahupun keluarga.



Najia's Tawa & Grill
6, Jalan Solaris 5, Solaris Mont Kiara,
50480 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Maps

Call for delivery

Waktu operasi
Buka setiap hari kecuali Isnin
Dari pukul 11AM hingga 10PM

Instagram

Facebook





1 Comments