SEGMEN : PUTUS CINTA

1:08 PM

Aku tertarik nak join segmen ni sebab aku ada banyak kisah nak diceritakan. Hmm..tapi aku tak nak cerita semua sekali. Aku tau pasal segmen ni pun dari blog mentor aku wancikgumuzik dan aku rasa berminat nak masuk. Boleh ye tuan segman?Ha tuan punya segmen ni adamainaa. Hehe. So kalau korang turut berminat, terjah la segmen ni ye :)


Meh KLIK sini kalau korang berminat macam aku :P


Aku kenal ngan Nia (bukan nama sebenar) sewaktu majlis persandingan Pak Su aku. Aku pengapit lelaki, manakala Nia pengapit perempuan. Dari mata bertentang mata, kemudian senyum2 malu dan akhirnya bertukar2 nombor telefon. Nia merupakan rakan kepada Mak Su aku..jiran sekampungnya. Semangat aku semakin lama, semakin berkobar2 tatkala hasratku ingin berkenalan dengan Nia disambut baik oleh abahku sendiri. Abahku berkenan dengan sikapnya yang lemah lembut, tampak ayu gitu. Familiku tiada masalah dalam hubungan kami, cuma Pak Su aku saja..mengambil keputusan berdiam diri. Tak menunjukkan tanda setuju..ataupun membantah. Aku bahagia sewaktu dengan Nia.


27 November 2008 kami mula berkenalan sehingga kedua2 belah pihak mencapai kata sepakat untuk melangsungkan upacara merisik dan bertunang 6 bulan kemudian. Terlalu awal kan untuk mengenali hati budi masing2?? Sehari selepas majlis pertunangan, Nia terus tak membalas mesej dan panggilanku. Pada mulanya aku fikir mungkin dia penat selepas kenduri, tetapi masalah ini berlanjutan selama seminggu..dua minggu. Setiap mesej2 dan panggilanku tak pernah dibalasnya. Aku pernah menelefon akaknya bagi mendapatkan kepastian.Tapi hampa kerana akaknya tidak mahu masuk campur. 


Kerunsingan tersebut terbawa2 sehinggakan mengganggu kosentrasi kerjaku di pejabat, lantas pegawai atasan mengarahkanku agar mengambil cuti tanpa rekod. Aku cuba menemui Nia di rumah sewanya di Putrajaya, namun dia sanggup tidak membuka pintu, membiarkan aku menunggu selama 2 jam di luar rumah. Akhirnya aku terpaksa kembali ke Kuantan tanpa menyelesaikan apa2 masalah.


Masalahku akhirnya dihidu oleh kedua orang tuaku dan akhirnya kami membuat keputusan untuk berjumpa familinya. Selepas aku putus, tiba2 aku terima mesej darinya mengucapkan terima kasih kerana melepaskannya dan mengatakan aku berhak dapat yang lebih baik daripadanya. Akhirnya kebenaran terbongkar, Pak Su aku sebenarnya tidak mahu menghampakan harapan aku..apatah lagi aku anak buah yang paling rapat dengannya. Dia menceritakan perihal buruk perangai Nia dan keluarganya yang pada aku sangat mengaibkan. Baru aku tau, selama ini dia menerima aku kerana dia sedang bergaduh besar dengan teman lelakinya. Teman lelakinya memujuknya kembali apabila mendapat tahu status pertunangannya dan Nia akhirnya tinggalkan aku dan kembali kepada bekas teman lelakinya..


Tidak habis dengan itu, famili aku turut terkena tempias apabila famili Nia merasakan mereka telah dimalukan dengan mengenakan ilmu hitam ke atas kami..walhal pertunangan itu diputuskan sendiri oleh bapa Nia. Kami tak terkata apa2. Dari kami berhabis duit membalas perbuatan mereka, lebih baik kami gunakannya untuk mengubati penyakit yang kami alami. Alhamdulillah hampir setahun berubat, mak abah aku sembuh sepenuhnya. Aku juga dapat tahu teman lelaki Nia menggunakan ilmu hitam untuk menambat hati Nia kembali.


Aku bersyukur sangat2, Allah tunjukkan aku banyak kebenaran sebelum aku mengikat hubungan yang lebih serius dengan Nia. Dalam zaman begini, masih ramai yang taksub menggunakan ilmu sesat untuk memenuhi kehendak diri sendiri. Apa2 pun aku lega dan bersyukur ditunjukkan kebenaran ini dan selamat dari sebarang musibah..




P/s : "Kun Fa Ya Kun" Kalau Allah kata jadilah.. maka tetap akan terjadi. Kita sekadar
         merancang.. tetapi Allah Maha Perancang dan Dia lah sebaik2 perancang. Dia lebih
         mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Tak kenal maka tak cinta, tak gitu?

You Might Also Like

47 comments

Blog Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *