Siapa Kata Bercinta Itu Seronok?


As salam,

Sebut pasal cinta semua orang bayangkan yang indah2 belaka lagi2 bila kita sendiri rasa susahnya nak mengorat. Main kejar2, kemana2 mesti berdua, cakap kat fon berjam2, boyfie nyanyikan lagu untuk girlfie sebelum tido, hadiah besday tak pernah miss, dapat bunga, makan bersuap, boyfie kol tiap2 malam, 'I love you, I miss you' tak pernah lupa, badan berbau dia kata bau wangi, nak keluar dating sanggup bangun awal pagi semata2 nak matchingkan baju ngan tudung.

Time tu kawan takde fungsi.. yang ada dalam hidup dia hanya pasangannya sahaja, kalau dating asyik borak nak dapat berapa anak, rumah besar mana, kereta jenama apa, gaji banyak mana.. semuanya tak nak mengalah. Almaklumlah depan girlfie kan? Alahai indahnya bercinta. But stop right there, fasa di atas hanya valid untuk 6 bulan pertama sahaja!

Lepas tu masuk fasa sebenar. Cemburu tak memasal, berkira2 turn siapa kena belanja, kalau dapat topup RM2 dari boyfie time ni kira tahap bersyukur ya amat sebab selalunya takkan dapat, nak keluar boleh jadi bergaduh sebab decide nak naik kereta sape, cakap dari berjam2 terus reduced ke minit sahaja, ayat jiwang diganti dengan 'haah' 'ye' 'ntah' 'ok' 'oo' sahaja dengan alasan mengantuk atau tengah study (padahal main game @ layan bola).

Mula bandingkan awek sendiri ngan awek kawan2 lain, ada je tak kena dari segi mekap mahupun penampilan, time tu awek lambat 5 minit terus cancel untuk keluar alasan banyak keje nak buat, keluar ngan awek selekeh.. tapi keluar ngan kawan lain kemain bergaya. Mesej pukul 7 pagi, 7 petang baru reply. Mula pakai 2 simkad. Citer pasal lipas pun time tu boleh bawak bergaduh. Asal bergaduh sikit.. mintak putus. Hahaha,

Bukan niat untuk menakutkan, tapi itulah hakikat sebenar alam percintaan. 6 bulan tu hanya anggaran, fasa untuk kita membuka 'pekung'. Bercinta bukan macam cerita sinetron atau drama2 tv.. takde masalah yang tak boleh diselesaikan dan komfom bahagia pada pengakhiran cerita.


Ini pengalaman aku. Seribu macam perkara kita kena fikirkan sebelum bercinta. Cinta memerlukan banyak pengorbanan. Bila kita memilih untuk bercinta, itu bermakna kita sudah bersedia untuk menghadapi risikonya. Cinta itu indah bila kita tahu menghargai setiap moment yang kita kongsikan bersama.

Apa2 pun.. good luck la ye :)

14 Comments

  1. huuu..seriusly bila cakap pasal soal bercinta bagai ni.. saya tak tahu dah nmcmane rasa mcmanaorang bercinta. bukan tak de pngalaman tp dalam tinggalkan.. just observe je dr kawan2 sekeliling.
    kekadang rasa macam dah ti dah berak retcinta tu macamne..
    doakan sy dapat jodoh yang baik =)

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum...
    cik azue BW n sampai sini terus polow.
    alahai dik.. tak perlu bercinta sebelum nikah dik.. cinta lepas nikah itu lebih indah if you really want to know.. cintai ILAHI lebihi apa yg kamu cintai di dunia ini.. nescaya kamu akan ketemu cinta yang lebih agung...

    kuazue.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. penuh dugaan bercinta ni..kalau malas bercinta,kawen terus,lagi seronok..hehe

    ReplyDelete
  4. kawen terus, bercinta lepas kawen lah best

    ReplyDelete
  5. cerita pasal lipas pun boleh bawak gadoh.. ok itu klakar. haha

    ReplyDelete
  6. Bercinta mmg mcm tu. Cara ko cerita ni, akan membuatkan budak2 takut nak kawen terus dan bercinta lepas kawen. Sebab nnt lepas 6 bulan baru keluar true colors pasangan. Adik2, yg abg afzal awk cerita ni, kalau bercinta ye. Maksudnya bercinta tu tak bagus pun sebenarnya. Kalau kawen terus dan bercinta lepas kawen itu lain. Bercinta lepas kawen adalah terbaik.

    ReplyDelete
  7. Zaman bercinta mmg semua indah..tapi bila dah khawin byk lah yg kena kejutan budaya..haha.. sana sini tak kena...apa pun bercinta mmg best lah...haha

    ReplyDelete
  8. salam. seronok ke? huhhu tak ada yg seronoknya pun lain la kalau da kahwin haha

    ReplyDelete
  9. kalau bab ni tok..hurmmm zaza pun sedang alamai...cara dia seperti suka kita...tp bila dh bterus terang xbg jawapan..senyap... tu yg errr...malas la fikir cinta... asyik nak ngis je kalau sebut... hukhuk...

    mencikkk... :D

    ReplyDelete
  10. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  11. apani tok?? buat entri deep gila. mcm tau2 je hal gua. sobsob.




    -_-

    ReplyDelete
  12. Hm... sy setuju dengan LydSunshine. Kalau dengar cerita di atas, mcm menakutkan pula untuk bercinta lepas kahwin. But I guess what makes falling in love after marriage different is that the relationship is halal jadi dapat berkat. Setiap perkara kita buat untuk semarakkan cinta pun dapat pahala.

    ReplyDelete
  13. tak ambil kisah pasal semua ni, buat pening kpala je, tp betul juga kan cinta tak semua indah..:)

    ReplyDelete
  14. seronok ke senonoott weyh hahaha

    ReplyDelete