Blog Sihatimerahjambu

nasib si tua

Seratus Kali Ganda

4:54 PM

Bismillah,

Sebelum aku turun kereta, sempat puan isteri seluk duit di dalam dompet dia dan berikan pada aku.

"Untuk apa ni yang?", tanya aku.

"Abang sedekah kat pakcik depan bank tu ye",balasnya

Mata aku pantas memerhati seorang pakcik seusia abah aku duduk bersila di hadapan pintu masuk bank. Di hadapannya tersusun beberapa bungkus keropok untuk dijual.

kredit Zain Asri

Aku selesaikan urusan aku di bank terlebih dahulu dan kembali kepada pakcik tersebut. Pakcik tersebut senyum dan menawarkan keropok kepada aku. Aku boleh je sedekah tapi kasihan keropoknya tentu takkan habis terjual. Aku beli satu walaupun stok di rumah masih banyak tak terusik.

Aku ambil rambang dan serahkan wang kepadanya. Raut wajahnya menguntum senyum lagi dan ucapan syukur kedengaran. "Terima kasih nak. Semoga Allah murahkan rezeki anak insyaAllah", ujar pakcik tersebut.

Aku balas senyum. Doa tu pun dah cukup untuk aku sekeluarga.


**********

Keesokan hari aku dapat mesej dari puan isteri.

"Guess what abang.. ayang dapat bonus hari ni!"

Aku tergamam sebab nilainya seratus kali ganda daripada apa yang puan isteri keluarkan dari dompetnya semalam.

Syukur alhamdulillah.
Terima kasih pakcik, doa pakcik dah dimakbulkan Allah.


bangla

Inikan Pulak 1.5 Juta

3:57 PM


Aku bawa puan isteri ke pasar malam. Katanya nak jalan-jalan tapi kalau aku ke pasar malam, kompom aku akan bawa balik buah-buahan. Lagipun buah-buahan kat sana murah, boleh dapat tiga longgok RM10. Jangan la nak dibandingkan ngan buah-buah kat supermarket. Eventhough kualitinya lebih baik, tapi sepadan la dengan harganya kan. Bos aku pernah beli anggur, sekilo harga RM80! Kalau aku berduri tekak nak menelan.

Aku minta puan isteri pilih buah sementelah aku jaga Jasmeen. Padat sangat dengan bangla sampai aku rasa rimas. Rimas ngan bau keti sudah semestinya. Lagipun buah kat gerai tu memang murah. Tiba-tiba aku tengok puan isteri kembali kepada aku tanpa sebarang buah di tangan.

"Kenapa tak beli yang?", tanya aku

"Tadi masa ayang tengah pilih buah, tangan ayang ditarik ke belakang. Terkejut ayang. Rupa-rupanya akak tu yang tarik", kata puan isteri sambil menjuih ke arah seorang wanita. Mungkin sebab nampak dahi aku mula berkerut, dia cuba sambung ceritanya lagi.

"Akak tu tarik ayang sebab dia dah kena tadi.."

"Kena apa?", tanya aku musykil.

"Akak tu tengah pilih buah, dia rasa ada tangan raba dia dari belakang. Bila dia toleh belakang, semuanya bangla. Dia tengok belakang ayang pun sama terdedah untuk diraba, tu yang dia tarik ayang keluar", beria-ria puan isteri bercerita.


Masalah sosial melibatkan rakyat tempatan tak terhandle, ada hati lagi nak import lagi 1.5 juta? Kalau 1% bermasalah.. it's mean 15 000 orang daripada 1.5 juta. Tu atas kertas.. yang tak direkod nak kira sekali tak? Even bukan semua tapi still penyumbang dan penyebab kan?

Pening ngan masalah satu hal.. tambah plak pening bau 'bawang'. Adoyai