Jualan Buku Superfood Cookbook Bantu Kutipan Dana Yayasan IJN


Bismillah,

Kino Biotech, dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN), kini melancarkan buku resepi
yang mengandung pelbagai resepi sihat. Tujuannya adalah sebagai panduan kepada masyarakat dalam menyediakan sajian makanan yang berkhasiat.



Kino Biotech berpusat di tengah- tengah Asia dan mempunyai lebih daripada 4500 pusat jualan di China, Singapura, Malaysia, Vietnam, Thailand dan Indonesia. Kolaborasi dengan rakan-rakan jualan seperti Watsons, Guardian, Sasa, Tesco, Carrefour, Boots dan lain-lain membolehkan Kino Biotech membawa produk mereka ke pasaran luas dengan jayanya. Kini mereka mengembangkan sayap dengan berkolaborasi dengan Institut Jantung Negara (IJN) untuk menghasilkan buku resepi pemakanan sihat.


Selain mencari dana bagi membantu Yayasan IJN, buku tersebut juga bertujuan memberi pendedahan dan mengajar masyarakat bagaimana dengan pengambilan makanan sihat dapat membantu mengawal kadar kolesterol, berat badan dan tekanan darah tinggi yang mana kalau tidak dijaga dari peringkat awal akan menyebabkan penyakit jantung.


Buku tersebut yang dinamakan Superfood Cookbook mengandungi 18 jenis resepi pemakanan sihat telah mendapat cetusan idea daripada pakar-pakar diet dari Institut Jantung Negara (IJN) berasaskan daripada Kinohimitsu superfood. Harganya juga sangat murah iaitu RM10 senaskah dan hasil jualan buku tersebut akan disumbangkan kepada Yayasan IJN bagi tujuan menampung kos rawatan pesakit-pesakit yang mendapat rawatan di IJN.

Superfood Cookbook telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr
Hilmi Bin Haji Yahaya bersama-sama Ketua Pegawai Operasi IJN, Encik Akmal Arief Mohd Fauzi, Pengerusi Eksekutif Kino Biotech, Mr Ting Yen Hock dan Pengerusi Yayasan IJN, Toh Puan Datuk Seri Dr Hajjah Aishah Ong.


Tujuan Superfood Cookbook bukanlah semata-mata untuk menggalakkan pemakanan sihat dan mengumpul dana, tetapi ia juga sebagai panduan kepada masyarakat bahawa kehidupan dan jantung yang sihat bermula daripada pemakanan sihat.


Kinohimitsu Superfood terdiri daripada bahan-bahan semulajadi daripada tujuh kumpulan warna makanan. Ia diformulasi daripada pelbagai bijian dan bijirin, diperkaya dengan probiotik, lutein, spirulina dan lain-lain ramuan yang tinggi khasiatnya.

Superfood Cookbook boleh didapati di semua stor Watson Malaysia , Lazada dan Kinohimitsu e-store di http://my.kinohimitsu.com/. Setiap buku mengandungi baucer Superfood, Superfood Kids dan baucer tunai Watson bernilai RM15.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi :

TRN Marketing (M) Sdn Bhd
Tel:03-5525 9388
E-mail: enquiry@trnetworks.biz

1 Comments

  1. best gak kalau ada guide untuk makanan sihat setiap hari macam ni.

    ReplyDelete