Bismillah,
Bosan mengadap menu yang sama hari-hari? Teringin nak cuba hidangan lain yang tak pernah kita jumpa? Nak cari menu negara lain yang agak
rare dan susah nak jumpa? Apa kata korang ke
Nook di
Aloft Kuala Lumpur Sentral kerana hotel tersebut akan mengadakan promosi
buffet menu dari negara
Ghana.
Bertemakan
Taste of Ghana, Nook @ Aloft Kuala Sentral memperkenalkan menu daripada negara Ghana melalui kepakaran eksekutif chefnya,
Phoebe Danko-Hanson menyediakan beberapa menu asli dan
signature dishes dari negara tersebut.
Sebelum itu kepada sesiapa yang tak tahu di mana lokasi
Nook, ia berada di tingkat 1 di bangunan
Aloft Kuala Lumpur Sentral yang terletak setentang dengan
KL Sentral dan bersebelahan dengan
NU Sentral. Restoran tersebut dihiasi dengan warna hijau muda di sebelah kanan eskelator.
Hari tu aku berkesempatan untuk mencuba sendiri beberapa hidangan
signature dish yang dimasak dan diketuai sendiri oleh
Chef Phoebe Danko-Hanson. Antara menu sihat bertemakan sayuran yang ada adalah seperti
Black Eyed Peas with Palm Oil, Jollof Rice with Seafood or Chicken, Rice and Beans, Palmnut Soup, Peanut Butter Chicken, Boiled Cocoyam dan
Gari Fotor.
Manakala menu lain yang turut diperkenalkan berasaskan daging dan ikan adalah seperti
Spicy Grilled Snapper, Ginger Roasted Chicken, Braised Lamb Shank dan Roasted Beef. Chef tersebut juga menunjukkan skil dan kemahirannya dalam menyediakan menu berasakan kari seperti
Spicy Shrimp Curry, Mutton Curry dan
Tomato Egg Curry. Malah
Chichinga juga termasuk di dalam senarai menu yang akan diperkenalkan di dalam set menu Ghana tersebut yang mana menu tersebut seiras dengan menu kebab yang terkenal du Malaysia.
Aku rasa menu negara Ghana tak jauh berbeza dengan menu tempatan kerana mereka juga menerapkan rasa pedas dan rempah ratus ke dalam masakan mereka. Aku terkejut kerana aku diberitahu yang masakan mereka lebih pedas berbanding masakan Malaysia. Malahan di
Nook aku dapat lihat beberapa variasi sambal pelbagai rasa dan warna turut disediakan.
Selain menu daripada negara Ghana, promosi tersebut turut menyajikan beberapa set menu tempatan sebagai juadah tambahan kepada pelanggan dan
foreigner secara khususnya. Korang patut cuba
Laksa Sarawak yang ada disediakan di Nook kerana difahamkan
Laksa Sarawak Nook antara yang terbaik di Kuala Lumpur. Kuahnya sangat pekat dan lazat.
Lagi satu korang patut cuba salah satu menu Ghana yang masih bermain-main di fikiran aku iaitu
Peanut Butter Chicken. Rasanya macam rendang tetapi siapa tau rupanya salah satu ramuannya adalah kacang tanah.
Promosi
Taste Of Ghana ini bermula dari
1 April sehingga 30 April 2017 pada harga
RM120 seorang yang akan dihidangkan bermula 6.30 petang sehingga 10.30 malam setiap hari sepanjang promosi berlangsung.
Nook mampu menempatkan sebanyak 144 pengunjung dan terdapat 25 buah bilik bagi mereka yang ingin membuat majlis korporat, harijadi atau sebarang
event rasmi syarikat.
Korang boleh rujuk maklumat di bawah untuk membuat sebarang tempahan atau pertanyaan.
Reservation : 03-27231181
2 Comments
ni first time tgk makanan ghana. anyway, cantik gambar
ReplyDeletenyummy.... ruginya tak datang
ReplyDelete