Bismillah,
Kali ini aku nak kongsikan lokasi ke 8 buffet Ramadhan yang boleh menjadi pilihan korang tahun ini. Lokasinya masih lagi di sekitar Kuala Lumpur iaitu Flavors Restaurant, Swiss Garden Kuala Lumpur. Hotel ini terletak tak jauh daripada Plaza Rakyat kira-kira dalam 500 meter sahaja. Jadi korang punya pilihan sama ada nak naik kereta ataupun naik LRT dan turun di Plaza Rakyat.
Selain daripada itu, beberapa gerai juga turut dibuka yang mana menyajikan menu makanan lain antaranya seperti Arabic Roasted Lamb, Chicken Shawarma, Noodle Stall, Cendol Tapai Pulut, Nasi Bukhari, Satay, Grilled Fish, Ayam Goreng Berempah dan banyak lagi. Dengan 20 tahun pengalaman menyajikan menu masakan Melayu, aku percaya yang Chef Yusoff Salleh mampu menarik lebih ramai pengunjung untuk merasai sendiri menu-menu yang diketengahkannya.
Harga yang ditawarkan adalah RM118 bersih untuk dewasa dan separuh harga untuj kanak-kanak. Bagi yang ingin membuat tempahan early bird sehingga 26 Mei 2017 ini, harga yang ditawarkan cuma RM70 bersih untuk dewasa dan RM35 bersih untuk kanak-kanak.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan promosi buffet Ramadhan Swiss Garden Hotel ini, korang boleh lah rujuk maklumat yang disediakan di bawah :
Email :
Contact :
+603-27851190
**********
Link Artikel Lokasi Berbuka Puasa 2017 :
Buffet Ramadhan 2017 Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur
Buffet Ramadhan 2017 Bangi Golf Resort Restaurant
2 Comments
terliur tengok ayam panggang percik tuh. hehe
ReplyDeleteYour post is very helpful and information is reliable. Thank you so much for posting this wonderful post. Deskgram- sponsored app displaying ads next to its claims to be a desktop Instagram version. Deskgram is the website that claims to be.
ReplyDelete