Blog Sihatimerahjambu

Promosi Buffet Ramadhan 2017 : Philea Mines Beach Resort

1:33 PM


Bismillah,

Kali ini aku nak ajak korang berbuka di Philea Mines Beach Resort plak. Lokasi buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort ini adalah di Serdang-Balakong, sekitar Mines Shopping Mall dan bersebelahan MIEC (Mines International Exibitionist Center). Kalau korang menggunakan aplikasi Waze, korang boleh waze Mines Beach Resort.



Ini merupakan cawangan Philea yang terbaru, yang mana dahulunya merupakan bangunan Mines Spa & Wellness. Untuk tahun pertama ini Philea Mines Beach Resort cuba memperkenalkan buffet Ramadhan dan pada masa juga mempromosikan Philea Mines Beach Resort kepada masyarakat setempat.


Buffet Ramadhan di Philea Mines Beach Resort ini bermula 29 Mei 2017 sehingga 22 Jun 2017 dan bertemakan Sajian Nostalgia yang bertempat di restoran Abdul & Charlie. Sajian buffet Ramadhan di Philea Mines Beach Resort ini menyajikan menu-menu tradisi masyarakat tempatan dan juga diselitkan menu-menu kegemaran Asia dari ulam-ulaman, pelbagai jenis makanan berasaskan sup, makanan laut, live action stall dan menu pencuci mulut yang cukup menyelerakan.


Antara menu-menu yang ada di hidang bersempena buffet Ramadhan di Philea Mines Beach Resort adalah Siput Sedut Masak Lemak Cili Api, Ikan Patin Masak Tempoyak, Gulai Ikan Masak Asam Pedas Johor, Gulai Tulang Rusuk Lembu, Sup Tulang Rawan, Nasi Kempuli, Serawa Durian, Satay, Kambing Golek bersama Nasi Arab Mandy dan banyak lagi.


Di buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort juga turut menyediakan menu masakan panas yang ada ditempatkan di beberapa gerai antaranya Gerai Mee Sup, Mee Hailam dan Laksa, Gerai Keropok Lekor dan Pisang Goreng, Gerai Spaghetti dan Carbonara, Gerai Roti John, Murtabak dan Roti Canai dan pelbagai lagi juadah yang lain | Senarai Buffet Ramadhan 2017



**********
Buffet Ramadhan 2017 Bangi Golf Resort Restaurant

Buffet Ramadhan 2017 Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan 2017 Bangi Golf Resort Restaurant


**********
Tempatnya luas, parkir pun percuma. Ada disediakan juga surau bagi kemudahan pengunjung yang ingin menunaikan solat. Yang menariknya sempena buffet Ramadhan ini, pihak pengurusan Philea Mines Beach Resort ada menyediakan Aiskrim Malaysia kepada pengunjung yang menikmati hidangan berbuka di sana. Selain daripada itu mereka juga menyediakan pelbagai jenis air sama ada yang sejuk dan panas. Pada aku menu yang dihidangkan mereka juga lazat dan memenuhi selera aku dan keluarga.


Di buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort ini juga korang menjamah pelbagai jenis menu pencuci mulut yang berwarna warni, dari puding, pelbagai jenis kek dan biskut. Jadi kepada mereka yang masih mencari-cari lokasi buffet Ramadhan di sekitar Selangor, Serdang dan Balakong aku syorkan korang untuk mencuba menu-menu yang ditampilkan pada buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort ini.


Harga yang ditawarkan hanya bagi dewasa adalah RM75 bersih dan RM40 bersih untuk kanak-kanak dari 5 hingga 12 tahun dan juga warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas. Untuk maklumat lanjut berkenaan Philea Mines Beach Resort atau tempahan buffet Ramadhan, boleh la rujuk maklumat yang tertera di bawah :


Philea Mines Beach Resort
Jalan Dulang, Mines Resort City
43300 Seri Kembangan
Selangor

Email

RSVP
0196001558



You Might Also Like

4 comments

  1. Huiyooo meriah betul makanan berbuka kat sini.. terbaik!

    ReplyDelete
  2. menarik. cuma tahun ni aku lagi prefer berbuka di rumah. baru 2 kali je berbuka di luar demi memenuhi permintaan

    ReplyDelete
  3. Wah tengok air sirap Bandung Tu sedapnya

    ReplyDelete
  4. Amboi menu-menu dia. Buat orang tak nak balik rumah gayanya.

    ReplyDelete